Pas Islamik Kelantan Tak Hilang Dengan Tiadanya Husam


N Faizal Ghazali 
   
PAS Kelantan mengingatkan Husam Musa, pengerusi PH Kelantan itu adalah antara orang yang bertanggungjawab merangka dan melaksanakan dasar kerajaan negeri yang kini dikritiknya sebagai "syok sendiri".

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohd Ariff Abdullah, berkata 1990 - iaitu apabila PAS mengambil alih pemerintahan - dasar Membangun Bersama Islam diletakkan sebagai asas dalam pentadbiran negeri terbabit.

"Adakah ciri-ciri Islam Kelantan ini hilang hanya kerana Husam tiada lagi dalam kerajaan Kelantan?" katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Mohd Ariff sebelum itu diminta mengulas kenyataan Husam mengenai kedudukan kerajaan Kelantan ketika ini yang dianggapnya "syok sendiri".

Husam yang kini dilantik menjadi anggota Dewan Negara berkata, jika diperhalusi keadaan semasa di Kelantan, tiada apa-apa pun yang boleh dibanggakan bagi menunjukkan ia lebih Islamik berbanding negeri lain.

Husam yang juga bekas exco kanan Kelantan turut membangkitkan persoalan mengenai asas apa yang dirujuk untuk membuat PAS yakin bahawa negeri itu Islamik.

Letak nilai halal, haram "Apa KPI (indeks petunjuk prestasi) untuk Kelantan? Kalau lombong haram wujud di Kelantan, ini tidak Islamik. Kalau pembalakan berleluasa di Kelantan, ini tidak Islamik.

"Kalau anak-anak syarikat kerajaan negeri mengalami kerugian kerana kegagalan urus tadbir, ini juga tidak Islamik.

"Kalau negeri lain lebih bersih tetapi Kelantan tak bersih, bermakna dari segi KPI itu, tidak Islamik.

"Cuma kita syok sendiri, kita kata kitalah paling Islamik," ujarnya.
Mohd Ariff berkata sejak dahulu lagi Kelantan terkenal dengan gelaran negeri serambi Mekah dan asas gelaran tersebut - yang didakwanya tidak bolehdipertikaikan - adalah kerana banyak program keilmuan dan agama dihidupkan untuk rakyat.

Katanya, hasil daripada meletakkan Islam sebagai dasar, lebih 100 pembaharuan diperkenalkan oleh Kelantan yang suatu ketika dahulu dibanggakan sendiri oleh Husam.

"Mungkin beliau sudap lupa di Kelantan tiada kedai nombor ekor, tiada kedai arak berleluasa, hari Jumaat dijadikan hari cuti dan hari ilmu.

"Di Kelantan juga tiada lagi kelab malam, sistem pajakan Islam diperkenalkan," katanya.

Mohd Ariff menambah Husam juga mungkin tidak lagi menyedari bahawa Kelantan yang diperintah PAS adalah negeri yang bersih daripada kes rasuah dan penyelewengan.

Baca Selera PAS tiada pada PH
Katanya selama 29 tahun dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan ia berjaya mendidik rakyat negeri itu meletakkan nilai halal dan haram - atau dosa dan pahala - dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

"Kesalahan dan ketelanjuran perlakuan sebilangan individu tidak boleh dibuat kesimpulan kepada keadaan keseluruhan perlakuan rakyat Kelantan," jelasnya.

Justeru kata Mohd Ariff, naib presiden Amanah itu wajar bermuhasah dan mencermin dirinya untuk melihat apa yang dilakukan oleh partinya untuk Islam setelah mendapat kuasa di Putrajaya.

"Yang kita tahu, masa hadapan Islam, bumiputera dan umat Islam semakin terancam sejak PH memerintah negara lebih setahun lalu.

"Kata-kata yang cukup diingati penyokong PAS ialah, sebilangan kecil daripada mereka yang meninggalkan PAS untuk bersama DAP ialah, mereka mahu menumpukan usaha menjatuhkan BN dan kemudian selepas memerintah, Islam akan dilaksanakan.

"Sekarang mereka sudah berkuasa namun ia tidak lebih daripada indah khabar daripada rupa," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/pas-islamik-kelantan-tak-hilang-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah S Husam Invites Pas To Join Pakatan Dap Says Nothing

Amanah S Husam Invites Pas To Join Pakatan Dap Says Nothing

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 360 hits
Amanah vice president Datuk Husam Musa called out to his former party PAS to rethink its political alliance with Umno and join the ruling Pakatan Harapan instead He said that if the Islamist party changed sides it could even be part of the ...
Claim That Kelantan Is Most Islamic State Just Syiok Sendiri Says Husam

Claim That Kelantan Is Most Islamic State Just Syiok Sendiri Says Husam

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 269 hits
The state government s claim that Kelantan is a more Islamic state than the rest of the country is nothing more than syiok sendiri says state Pakatan Harapan chairperson Husam Musa This is escapism In fact there is nothing more Islamic in K...
Husam Pelawa Pas Sertai Ph Bersama Kuburkan Umno

Husam Pelawa Pas Sertai Ph Bersama Kuburkan Umno

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 337 hits
NAIB Presiden Parti Amanah Negara Datuk Husam Musa hari ini mempelawa PAS untuk mempertimbangkan tawaran menyertai Pakatan Harapan supaya dapat menjadi kerajaan Husam berkata ini adalah masa terbaik untuk PAS dan pemimpinnya berfikir jika t...
6 Tempat Menarik Ini Jika Pergi Ke Kelantan

6 Tempat Menarik Ini Jika Pergi Ke Kelantan

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 693 hits
Kali ini saya nak berikan sedikit review berkenaan dengan tempat menarik di Kelantan yang anda boleh jadikan sebagai satu destinasi percutian yang menarik Sebenarnya memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati di Kelantan dan orang Kel...
Peniaga Kelantan Lelong Durian Penuh Plastik Hanya Rm10

Peniaga Kelantan Lelong Durian Penuh Plastik Hanya Rm10

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 506 hits
Sebut saja buah durian ramai yang gilakan raja buah ini Rasa buahnya yang lemak manis tiada siapa boleh tolak keenakan buah durian Pasti ramai tahu musim durian hanya tinggal beberapa hari saja lagi Susulan itu ramai peniaga menjual durian ...
Siapa Permaisuri Kelantan Raja Perempuan Kelantan

Siapa Permaisuri Kelantan Raja Perempuan Kelantan

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 348 hits
Makluman mengenai pemakaian gelaran berkaitan dengan kerabat diraja adalah dikeluarkan oleh pihak istana Justeru jika tiada apa apa pemakluman mengenainya maka ia adalah perkara yang tidak berkaitan Hanya pengumuman rasmi dari pihak istana ...
Penyebaran Pengakuan Palsu Di Instagram Rihana Istana Kelantan Murka

Penyebaran Pengakuan Palsu Di Instagram Rihana Istana Kelantan Murka

papar berkaitan - pada 16/7/2019 - jumlah : 829 hits
KUALA LUMPUR Pengumumam terbaru Istana Kelantan agar rakyat tidak mudah mempercayai maklumat daripada media sosial difahamkan merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V menerusi Instagram sejak kebelakangan ini
Istana Kelantan Murka Setelah 8 Bulan Berdiam Akhirnya Istana Kelantan Dedah Perkara Sebenar

Istana Kelantan Murka Setelah 8 Bulan Berdiam Akhirnya Istana Kelantan Dedah Perkara Sebenar

papar berkaitan - pada 18/7/2019 - jumlah : 402 hits
Baru baru ini sebuah akaun Instagram bernama Rihana Petra mendakwa sebagai Permaisuri Kelantan telah berkongsi pelbagai kisah peribadi termasuk gambar bersama Sultan Muhammad V Istana kelantan murka Setelah 8 bulan berdiam akhirnya Istana k...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi