Pas Dah Tak Pedulikan Kami



HUBUNGAN PAS dengan pertubuhan Melayu dan Islam semakin menjauh selepas parti Islam itu menyertai kerajaan dan mendirikan pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di Putrajaya dan beberapa negeri setahun yang lalu, kata pemimpin badan masyarakat (NGO).
Mereka merasakan PAS tidak lagi mempedulikan mereka walaupun suatu ketika dahulu bersama-sama NGO Islam memperjuangkan isu-isu agama dan masyarakat.
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Aminuddin Yahya berkata pihaknya juga terkilan kerana PAS seolah-olah menganggap NGO seperti mereka bukan sebahagian daripada komponen dalam masyarakat yang boleh memberi impak kepada pentadbiran negara.
“Hubungan (dengan PAS) sekarang terputuslah sedikit, biasalah mereka dah dapat jawatan… macam kata pepatah, habis manis sepah dibuang.
“Ketika nak dahulu kita diangkat dan dipuji, tapi bila mereka dah pegang jawatan (dalam kerajaan) kita nak panggil nak berjumpa pun susah,” kata Aminuddin.
Aminuddin juga melihat PAS seakan hilang arah tuju selepas menjadi kerajaan dan hanya bertindak mengikut arus tanpa panduan yang jelas.
“Negara sekarang dipandu siapa yang kuat melobi… bukan agenda sebenar, sebab itu agenda Melayu, perpaduan Islam semua bungkus. Semua tak fikir itu sebagai kepentingan dan benda utama.
“Hala tuju pun tidak jelas, bila dapat tampuk kuasa itu yang hilang arah tuju jadi tak tahu apa nak buat akhirnya ikut sahaja.
“Siapa kuat melobi itulah yang dapat apa yang dia nak,” katanya.
Ummah adalah antara NGO di barisan hadapan mengkritik pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diterajui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
NGO Melayu Islam kemudiannya dianggap oleh penganalisis sebagai proksi parti-parti politik Melayu khususnya Umno dan PAS menentang kerajaan PH, dengan sasaran utama mereka DAP.
Menurut Aminuddin, PAS seharusnya terus menonjolkan suara yang lantang seperti sebelum ini, ketika mereka di luar kerajaan.
Beliau mengingatkan suara lantang mereka adalah sebab utama rakyat menyokong gerakan yang dibawa oleh parti Islam itu.
“Kita faham kadang-kala ada perkara yang memakan masa (untuk dilaksanakan) tapi sepatutnya kenyataan mereka harus konsisten macam yang diperjuangkan dahulu
“Sepatutnya PAS kena tonjolkan suara mereka yang dahulu, sebab itu yang diperjuangkan puluhan tahun dan rakyat menyokong atas dasar itu,” katanya lagi.
Jangan berubah
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berpandangan PAS tidak boleh bertolak ansur dengan asas perjuangannya dan berubah mengikut keadaan.
Presidennya Nadzim Johan berkata asas perjuangan adalah pegangan kekal sesebuah pertubuhan.
“Dulu semasa di luar kerajaan mereka komen, mereka bantah, bila dalam kerajaan tidak pula jadi begitu.
“Asasnya perjuangan dan kita harap ia diteruskan. Kalau tak, esok lusa dah masuk (jadi) kerajaan, semua okay, sedangkan kita nak kebenaran,” kata Nadzim kepada The Malaysian Insight.
Penganalisis politik sebelum ini melihat PAS sudah tidak lagi agresif membangkitkan isu berkaitan agama Islam setelah jadi kerajaan di Putrajaya.
Pemimpin PAS sebaliknya menegaskan pendirian parti Islam itu mengenai beberapa isu tidak pernah berubah sebaliknya fokus mereka sebagai kerajaan kini bertumpu pada krisis Covid-19.
Dalam pada itu, Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, menganggap PAS tidak menunjukkan prestasi yang baik dalam pentadbirannya.
Beliau berkata, wakil parti Islam dalam kerajaan juga tidak dapat menonjolkan ketokohan mereka membantu rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik Covid-19 sekarang.
“Maksudnya, dalam keadaan rakyat tertekan, PAS patut ada penyelesaian. PAS pentingkan soal ibadah sahaja, muamalat tidak ada.
“Dari segi jenayah pun, kita tahu PAS sekejap bawa hudud sekejap tak hudud. Kelam kabut, benda itu tak jelas.
“PAS tidak membawa fikrah Islam yang jelas. Islam sebagai agama yang komprehensif, agama yang ada jawapan kepada persoalan kepada kehidupan manusia,” katanya.
PAS juga katanya sekadar melaungkan Islam tanpa praktikal dan ilmu yang sebenar.
“Setakat cakap kita nak Islam, semua nak Islam tapi tidak ada bentuk Islam yang praktikal dan jalan penyelesaian, dan ilmu.
“PAS banyak bercakap, tapi tiada isinya, mereka memerlukan ilmu dan kepakaran, lebih-lebih lagi dalam realiti baru.
“Kita kena bawa Islam kontemporari sesuai dengan zaman tapi kaedah, asas pegangan kekal…tetapi keupayaan untuk melihat suatu perkara di perspektif yang betul tidak ada dalam PAS,” tambahnya.
Sementara itu, Ummah mengingatkan PAS bahawa realiti kuasa tidak akan kekal selamanya.
“PAS belum tentu terus memerintah. Dahulu pernah bersama Umno, kena buang,” kata Aminuddin, merujuk kerjasama PAS dalam Barisan Nasional pada tahun 1970-an.
“Sekarang memerintah, dan akan datang boleh kena buang balik.
“Kita jangan jadi buih yang hanyut sekadar mengikut arus, kita kena ada jati diri,” tambahnya lapor The Malaysian Insight



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/pas-dah-tak-pedulikan-kami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Pas Serah 12 Kerusi Roda Untuk Ppv

Ketua Pemuda Pas Serah 12 Kerusi Roda Untuk Ppv

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 175 hits
HARAKAH DAILY KUALA KRAU Ketua Pemuda PAS Malaysia Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin telah memberi sumbangan 12 kerusi roda untuk kegunaan di Pusat Pemberian Vaksin di Stadium Tun Razak di sini kelmarin Penyerahan sumbangan tersebut bagi...
Sungguhkah Pas Gagal 100

Sungguhkah Pas Gagal 100

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 154 hits
Kata Muammar PAS hanya tahu mengejar kekayaan dengan lantikan menteri dan timbalan menteri walaupun kalah teruk Pilihan Raya Umum ke 14 juga lantikan di GLC dengan gaji belasan dan puluhan ribu ringgit sebulan PAS berupaya menggunakan Ahli ...
Sumber Rujukan Mana Lebai Ini Pun Kelaut Patut Ahli Pas Dah Ada Plan Pengganti

Sumber Rujukan Mana Lebai Ini Pun Kelaut Patut Ahli Pas Dah Ada Plan Pengganti

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 235 hits
JAMZURI ARDANIFakta sejarah Vatican City tidak wujud sehinggalah tahun 1929 Penggunaan nama Vatican City digunakan untuk pertama kali di dalam Perjanjian Lateran yang ditandatangani pada 11 Februari 1929 iaitu 418 tahun setelah kejatuhan Me...
Tentera Siber Pas Selar Pemimpin Sendiri

Tentera Siber Pas Selar Pemimpin Sendiri

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 205 hits
Tentera siber Pas selar pimpinan parti lambat bagi penerangan ahli banyak dihentamSURI LAILATentera Siber Pas menganggap media penerangan parti itu sangat lemah dari sudut penyampaian dan fakta sehingga ahli bawahan seringkali dihentam meny...
Pas Nafi Nik Abduh Akan Keluar Pn Bersama Tujuh Mp

Pas Nafi Nik Abduh Akan Keluar Pn Bersama Tujuh Mp

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 243 hits
Malaysiakini Naib Presiden PAS Idris Ahmad menafikan dakwaan yang tular di media sosial sejak semalam yang mengaitkan anggota Parlimen Bachok Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz akan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Me...
Dari Menipu 440 Ngo Hingga Membisu Tiga Negeri Pas Bernafsu Gugat Kuasa Raja Raja Melayu

Dari Menipu 440 Ngo Hingga Membisu Tiga Negeri Pas Bernafsu Gugat Kuasa Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 341 hits
Dari menipu 440 NGO hingga membisu tiga negeri Pas bernafsu gugat kuasa Raja Raja MelayuSENATOR RAJA BAHRIN SHAHSangat ketara tiga negeri diterajui Pas iaitu Terengganu Kelantan dan Kedah yang juga merupakan tiga negeri majoriti rakyat Mela...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet