Pas Akan Tumbang Di Kedah Kali Ini



ALOR SETAR: Di atas kertas, seharusnya parti gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu tersenyum lebar di Kedah, seandainya keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dijadikan ukuran.
Dengan kemenangan 21 kerusi ketika itu, PH dan BN yang kini bergabung nampak mudah untuk menewaskan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Namun terlalu banyak berlaku sejak PRU14. Tampuk pentadbiran negeri berubah, malah lebih penting keputusan PRU15 pada November menyaksikan rakyat Kedah benar-benar 'kalih' apabila memberi 14 daripada 15 kerusi Parlimen kepada PN. Hanya Parlimen Sungai Petani kekal milik PH.
Aura 'gelombang hijau' turut melanda Perlis sehingga kubu kuat BN itu tumbang ke tangan PN. Lantas, ramai mengandaikan keputusan di negeri berjiran itu semakin pasti berjangkit ke Kedah.
Jika ini jadi sandaran, gabungan PN membabitkan PAS, BERSATU dan Parti Gerakan Rakyat (GERAKAN) lebih layak tersenyum.
Tidak hairanlah Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sejak awal lagi melaungkan keyakinan mampu menang 34 daripada 36 kerusi DUN.
Kedudukan semasa, PN menguasai 20 kerusi DUN iaitu 14 melalui PAS dan enam milik BERSATU. PH pula dengan 10 kerusi iaitu masing-masing empat milik PKR dan AMANAH selain dua DAP. UMNO dan PEJUANG pula menguasai masing-masing dua kerusi.
Baki dua lagi kerusi kosong apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun daripada PKR, Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu selepas dilantik Yang Dipertua Dewan Rakyat, manakala ADUN Belantek daripada PAS, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lalu.
Meskipun ramai melihat arus lebih berpihak kepada PN, tidak adil menafikan sepenuhnya peluang PH dan BN di Kedah. Pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 mungkin sedikit mengubah situasi. Justeru, PN tidak boleh terlalu yakin tsunami kemenangan 14-1 pada November lalu akan berulang pada PRN nanti.
Bagi PH dan BN, semestinya kelebihan selaku teraju Kerajaan Perpaduan pada peringkat Pusat akan dimanfaatkan sebaik mungkin. Tidak hairanlah Anwar bersama jemaah menterinya dilihat semakin kerap turun ke Kedah.
Yang pasti, tumpuan PRN Kedah akan terarah kepada beberapa kerusi DUN yang pernah menjadi rebutan antara PAS dan BN, khususnya memperlihatkan calon BN tewas dengan majoriti bawah 2,000 undi seperti Kuala Nerang, Pedu, Bukit Lada, Tanjong Dawai, Bayu dan Merbau Pulas. BN dikhabarkan mengintai untuk merampas kembali kerusi ini.
BUKAN TUGAS MUDAH
Apa pun ia bukan tugas mudah kerana ramai percaya sentimen penolakan terhadap UMNO dan BN masih menebal. Lebih menyukarkan UMNO dan BN kini 'tidur sebantal' dengan DAP dan ia bukan mudah untuk diterima termasuk dalam kalangan ahli UMNO sendiri.
Perangai lama orang UMNO juga perlu diambil kira. Risiko sabotaj jika tak lekat sebagai calon menjadi 'duri dalam daging' BN sejak sekian lama. Lantas, apakah jaminan jentera UMNO dan BN akan turun bekerja keras semata-mata untuk memenangkan calon PKR dan DAP, sedangkan sesama parti yang berlainan kapal pun susah nak bawa bincang. Tidak keterlaluan dikatakan, ini antara cabaran paling besar untuk UMNO dan BN khususnya di Kedah.
Perlu juga diingat ramai warlord UMNO kini tiada jawatan selepas tumbang pada PRU15. Ini menyebabkan perebutan untuk menjadi calon semakin sengit bukan hanya sesama UMNO dan BN, malah terpaksa pula berkongsi dengan PKR, DAP dan AMANAH.
Dengan 'kek' untuk dikongsi semakin kecil, isu agihan kerusi bukan mudah. Lebih sukar untuk memastikan keputusan agihan kerusi dan pemilihan calon dapat diterima semua dan tidak 'disailang'.
Jika ini berlaku, misi UMNO dan BN untuk merampas kembali sekurang-kurangnya kerusi tradisi yang dianggap kubu kuatnya sebelum ini pasti sukar.
Menurut sumber parti, beberapa nama besar seperti Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Othman Aziz, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Shahanim Mohamad Yusoff dijadikan sandaran untuk menggalas misi ini.
Dalam konteks PH, peluang gabungan itu dilihat baik di tiga kerusi dengan peratusan tinggi pengundi Cina seperti Kota Darul Aman di bawah Parlimen Alor Setar, selain Bakar Arang dan Sidam di bawah Parlimen Sungai Petani dengan mengambil kira kekuatan pada PRU14.
KUBU TERAKHIR PEJUANG
Dua kerusi dikuasai PEJUANG iaitu DUN Jitra disandang Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Anak Bukit disandang Datuk Amiruddin Hamzah, pasti menjadi rebutan. Mengambil kira rekod PEJUANG ketika PRU15, agak sukar untuk parti itu mempertahankan dua kubu terakhir itu.
Pensyarah Kanan Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shafezah Abdul Wahab, berkata PH/BN dan PN masing-masing mempunyai kelebihan serta memiliki jentera serta penyokong tegar masing-masing, lantas PRN Kedah pastinya sengit.
Namun, katanya, PN khasnya PAS mempunyai sedikit kelebihan dengan konflik dalaman, terutama dihadapi UMNO yang boleh menjejaskan peluang PH dan BN untuk menang di Kedah.
"Rakyat melihat apa berlaku, contohnya pemecatan dalam kalangan ahli UMNO dan pertukaran Ketua Menteri Melaka secara tiba-tiba. Semua perkara ini mampu menyumbang kepada keputusan PRN bukan sahaja di Kedah, malah di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu," katanya.
Diramalkan, PAS, BERSATU dan GERAKAN mungkin mampu menang sehingga 30 kerusi DUN.
Apa pun, masih berbaki sebulan lebih untuk PRN yang kini kuat menunjukkan akan diadakan pada Ogos.
Masih ada waktu untuk keajaiban berlaku terutama jika PH dan BN mampu melakukan pecutan akhir mendekati pengundi masing-masing supaya misi 'Kalih Bagi Sama' disahut dan menjadi realiti.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/06/pas-akan-tumbang-di-kedah-kali-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahfuz Undi Kalih 10 Pas Tumbang Di Kedah

Mahfuz Undi Kalih 10 Pas Tumbang Di Kedah

papar berkaitan - pada 3/7/2023 - jumlah : 146 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan Barisan Nasional Kedah yakin negeri itu berpotensi dirampas dari cengkaman PAS sekiranya berlaku peralihan 10 undi menjelang PRN Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar berkata selain peralihan undi daripad...
Kedah Pas Wing Anwar A Failed Pm Disturbed Over Sanusi

Kedah Pas Wing Anwar A Failed Pm Disturbed Over Sanusi

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 195 hits
Kedah PAS Women s wing has described Anwar Ibrahim as a failed prime minister Its information chief Mardhiyyah Johari stated this was because the premier appeared to be disturbed by political competition from Kedah Menteri Besar Muhammad Sa...
Young Voters Can Help Align Kedah With Putrajaya Says Mahdzir

Young Voters Can Help Align Kedah With Putrajaya Says Mahdzir

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 334 hits
Kedah BN chief Mahdzir Khalid said Anwar Ibrahim visited universities to talk about government policy and not to fish for young voters support PETALING JAYA Young voters in Kedah now have a chance at the coming state elections to choose a p...
Terengganu Hilang Khidmat Empat Import Bertemu Kedah Darul Aman

Terengganu Hilang Khidmat Empat Import Bertemu Kedah Darul Aman

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 151 hits
Foto TFCKUALA TERENGGANU Terengganu FC tempang berdepan Kedah DaruI Aman FC pada aksi ke 15 Liga Super seIepas tidak dapat menurunkan empat importnya pada aksi yang bakaI berIangsung di Stadium SuItan Mizan ZainaI Abidin maIam esok Empat pe...
Pkr Kedah Ph Tanding Lebih Kerusi Di Kedah

Pkr Kedah Ph Tanding Lebih Kerusi Di Kedah

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 186 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pakatan Harapan dijangka bertanding 20 kerusi manakala Barisan Nasional bertanding 15 kerusi menjelang PRN Kedah kata Pengarah Pilihan Raya PKR negeri Phahrolrazi Zawawi Katanya bagaimanapun satu lagi baki kerusi ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu