Paru Sambal Cili Kering




Insya Allah malam ini malam ke 23 Ramadhan, malam Jumaat yang terakhir Ramadhan jika Hari Raya jatuh pada hari Jumaat. Kita mulakan langkah sebaik selepas azan Maghrib, jika Lailatul Qadr pada malam ini. Dari kuliah Ustazah Dr Fatma El Zahraa tadi dinasihatkan supaya kita cuba bertenang, elakkan perasaan tak puas hati, marah atau mengkritik orang lain. Kalau boleh sebelum azan, kita dah mula mohon ampun dan perbanyakkan istighfar. Janji dengan Allah untuk tidak mengulangi dosa lama, bertaubat dan menyesal dengan dosa lalu. Mohon kemaafan pada semua orang. 
Selepas terawih, tidur dan bangun dalam sekitar pukul 4 pagi. Perbanyakkan berzikir Allahumma innaka affuwwun tuhibbul Afwa fa'fuanna, rabbana dzhalamna anfusana wa il lam tagfir lana wa tar-amna lanakụnanna minal-khasirin dan zikir zikir taubat yang lain juga. 
Malaikat turun ke bumi. Bawa turun qadar dan qadr kita dari Luh Mahfuz letak di Baitul Izzah dari Lailautul Qadr tahun ini hingga Lailatul Qadr tahun depan.  Semua bertulis. Jika takdir bagus, kita syukur, jika tak baik kena redha.  Rukun iman ialah percaya pada qada dan qadr. 
Namun qadr yang tak baik boleh ditukar jadi baik. Caranya ialah dengan bertaubat dan berdoa supaya ianya jadi baik. Ganti takdir yang tak baik dengan yang baik, ya Allah. Tolak yang buruk. Selamatkan lah kami, suami serta anak dan cucu kami Ya Allah. Biar mereka menjadi orang yang taat pada Mu. 
Perbanyakkan beristighfar, berselawat sebelum dan selepas berdoa. Siang hari boleh baca Al Quran tapi malam hari disyorkan banyak zikir, doa dan solat. Orang perempuan lagi afhdal solat di rumah di bilik tidurnya. Tetap akan dapat pahala sama macam orang bersolat jemaah di masjid. Kadang kadang bila di masjid, banyak terdedah pada perkara lain seperti mengata telekung orang, mengumpat dsb. Baik dok di rumah, tak jumpa orang. 
Ada soalan berkenaan meninggalkan solat bertahun tahun apakah perlu diganti. Majoriti ulamak berpendapat, bila taubat, tak perlu ganti solat dulu. Macam mana nak ganti solat 10 tahun tinggal. Sebaliknya banyakkan bertaubat dan melakukan solat sunat Nawafil sebanyak 12 rakaat setiap hari secara istiqamah. Solat sunat sebelum Zohor 2 rakaat, selepas Zohor 4 rakaat, selepas Maghrib 2 rakaat, selepas Isyak 2 rakaat dan sebelum Subuh 2 rakaat. 
Baca doa Allahumma Innaka 'Afuwwun Tuhibbul 'Afwa Fa'fu 'Annaa. Dosa akan terus dipadam dari buku catatan amal dan tak akan disoal. Annaa jika doa kita juga untuk semua suami anak anak. Sama sama kita amalkan. Semoga bermanafaat. 


Saya satu masa dulu setiap minggu kemaruk sangat dengan nasi lemak lauk sambal paru dan makan lontong pun dengan lauk paru. Sampai jer terus ke tempat lauk paru dulu. Ambil cepat cepat sebab kalau lambat, memang habis. 
Tapi sayang mereka dah tak berniaga kerana penat katanya. Dari itu, saya call beberapa kali untuk mendapatkan resipi dan cara cara penyediaannya. 
Oleh kerana suka dengan sambal paru mereka, saya menyalin resipi untuk rujukan akan datang. Mereka tak bagi lah sukatan, tapi saya sendiri yang mengagak dan mencuba sendiri. 
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba....

Paru Sambal Cili Kering
Oleh: Azie Kitchen


Bahan rebus:
700 gram paru 
2 hiris halia
1 batang serai - ketuk
Sedikit garam


Bahan kisar:
9-10 tangkai cili merah - guna 3 sudu besar cili kering kisar
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 inci halia


Bahan lain:
1 batang serai - ketuk
1 ½ -2 sudu besar gula atau secukupnya - bergantung pd kepedasan cili 
½ sudu kecil garam atau secukupnya
1 keping asam keping


Cara cara:
Paru direbus bersama halia, serai dan garam sehingga empuk (nota: saya guna periuk tekanan selama 35 minit). Rebus sehari sebelum dimasak. Masak sampai paru empuk.  Cucuk dengan lidi atau cake tester untuk dicucuk tengok kalau dah tak liat. Tos kan airnya. Bila sejuk, baru dipotong nipis nipis. Paru dilumur sedikit garam jika suka dan biarkan seketika.


Panaskan minyak dengan api yang kuat dan goreng paru (pastikan tenggelam dalam minyak yang banyak). Sentiasa dibalik balikkan supaya garingnya rata. Bila sudah garing, angkat dan ketepikan. 





Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama dengan serai, sehingga naik bau dan terbit minyak. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. 


Masukkan gula, garam dan asam keping. Mesti ada rasa manis manis sikit, baru sedap.





Akhir sekali, masukkan paru yang telah digoreng dan gaul sebati. Angkat dan sedia untuk dinikmati. 





Nota:
Rahsia mendapat gorengan rangup adalah menggunakan api besar.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2023/04/paru-sambal-cili-kering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambal Cili Api Sardin

Sambal Cili Api Sardin

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 156 hits
Alhamdulillah hari ini kita akan berada pada malam ke 29 Ramadhan antara malam ganjil yang dinantikan seluruh umat Islam untuk mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadr Insya Allah kita sama sama beribadah dan melakukan qiyam mulai sekarang...
Gabungan Rasa Pedas Masam Stail Cina Muslim Sedap Sungguh Ayam Masak Cili Kering Ni

Gabungan Rasa Pedas Masam Stail Cina Muslim Sedap Sungguh Ayam Masak Cili Kering Ni

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 272 hits
Kadang kadang kering idea nak masak apa untuk keluarga Lai lagi raya dah semakin hampir ni jadi nak masak yang mudah saja Kalau boleh biarlah resipi itu tidak renyah dan semua bahan untuk menyediakannya ada di dapur berkongsi satu resipi ya...
Resepi Ayam Cili Daun Kesum Memang Sedap

Resepi Ayam Cili Daun Kesum Memang Sedap

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 208 hits
RESEPI AYAM CILI DAUN KESUM MEMANG SEDAP Resepi tiktok ni korang kena cuba tau Memang sedap rasanya Ada rasa rasa lemak dan daun kesum tu yang menyedapkan ayam cili ni Ini adalah kali kedua umi buat sepanjang bulan puasa ni yelah nak buat s...
Daging Masak Lemak Cili Api Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap

Daging Masak Lemak Cili Api Buat Cara Tumis Luar Biasa Sedap

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 279 hits
Daging kalau dibuat masak lemak cili api memang terangkat habis Lauk buat menambah nasi jadinya Lagi lagi kalau dibuat pedas sedikit Jika lazimnya cara memasak daging masak lemak cili api akan terus dicampur semua bahan sekali ke dalam peri...
Gulai Lemak Cili Api Telur Itik

Gulai Lemak Cili Api Telur Itik

papar berkaitan - pada 15/4/2023 - jumlah : 348 hits
Minggu ini sekali lagi saya temankan encik suami bermusafir Nampaknya sejak 4 minggu terakhir ni setiap minggu kami berulang alik di antara Pulau Pinang dan kawasan tengah juga ke rumah sendiri di Negeri Sembilan Memang terasa lebih letih d...
Rendang Ayam Nogori Rasa Kick Pedas Cili Padi Mudah Rupanya

Rendang Ayam Nogori Rasa Kick Pedas Cili Padi Mudah Rupanya

papar berkaitan - pada 17/4/2023 - jumlah : 274 hits
Rendang merupakan menu wajib hari pada hari raya Pelbagai jenis rendang ada tapi jika anda mahukan resipi rendang yang ringkas serta cepat masak Rendang ayam nogori atau rendang ayam negeri sembilan ini memang ada perlu cuba Resipi dari sau...
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Padi

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Padi

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 236 hits
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Api Ayam merupakan salah satu bahan makanan yang paling ramai digemari oleh masyarakat Malaysia Ada pelbagai proses masakan yang boleh disajikan dengan menggunakan ayam seperti ayam goreng kunyit atau ayam masak...
Ketupat Palas Pulut Hitam Dan Daging Dendeng Cili Padi Nikmatnya

Ketupat Palas Pulut Hitam Dan Daging Dendeng Cili Padi Nikmatnya

papar berkaitan - pada 16/4/2023 - jumlah : 332 hits
Sambutan Hari Raya pasti ada ketupat Memang nikmat betul dapat makan ketupat palas pulut hitam Diganding pula daging dendeng cili padi Memang padu Menu begini kadang kadang memang jarang kita temui pada hari biasa Namun pada Hari Raya meman...
Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Tempoyak Sedapnya Lain Macam

Resipi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Tempoyak Sedapnya Lain Macam

papar berkaitan - pada 3/4/2023 - jumlah : 266 hits
Resipi pisang muda masak lemak cili Api tempoyak ini memang sedapnya lain macam sungguh Kalau dimasak untuk hidangan berbuka mesti bertambah nasi Ini memang menu orang dulu dulu Dicampur pula dengan ikan bilis dan tempoyak Nostalgia sangat ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill