Parti Politik Persoal Sop Tahun Baru Cina Tidak Waras Prof Teo



Ahli-ahli politik yang sengaja membesar-besarkan isu pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat sambutan Tahun Baru Cina disifatkan seperti individu yang tidak waras.
Tindak-tanduk mereka itu bukan sahaja menjengkelkan tetapi tidak rasional ketika penularan jangkitan Covid-19 di negara ini sedang mengganas.
Prof. Datuk Dr Teo Kok Seong menegaskan, makan malam bersama yang diraikan oleh masyarakat Cina setiap kali sambutan Tahun Baru Cina merupakan satu adat sahaja, bukannya upacara keagamaan.
Oleh itu, tidak ada sebab untuk membuat bantahan besar-besaran sedangkan keselamatan keluarga sepatutnya menjadi keutamaan sekarang.
Beliau mendakwa pemimpin-pemimpin Cina dari parti pembangkang dan parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional sengaja berbuat demikian untuk survival politik masing-masing.
Malah, beliau beranggapan pemimpin-pemimpin parti yang mempersoalkan pelaksanaan SOP ketat Tahun Baru Cina dengan kebenaran operasi pasar malam sebagai satu perbandingan bodoh.
“Pasar malam mempunyai keluasan ruang, yang mana SOP penjarakan fizikal boleh dipatuhi, selain operasi boleh dipantau oleh pihak berkuasa tempatan.
”Sedangkan makan besar di rumah, siapa yang hendak pantau?
“Saya mintalah kalau hendak memperjuangkan satu-satu isu lihatlah pada logiknya, jangan cepat melenting. Kalau mencanang-canangkan satu perkara yang tidak betul memang anda tidak waras,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rayuan pemimpin-pemimpin parti yang mewakili masyarakat Cina supaya SOP Tahun Baru Cina disemak semula oleh kerajaan.
Teo berkata, beliau amat terkilan apabila isu ini turut ‘didendangkan’ oleh parti dalam kerajaan yang sepatutnya bersatu hati menangani penularan wabak Covid-19 yang membawa maut.
“Kalau parti pembangkang, saya tahulah itu memang kerja mereka. Tapi kalau parti dalam kerajaan pun sama naik, itu amat memeranjatkan.
“Saya tidak faham kenapa mereka ini tidak faham mengenai normal baharu yang bermaksud amalan untuk sementara sahaja, bukan new norms.
“Yang buat saya tidak faham lagi ialah makan besar hanya satu budaya, langsung tidak ada unsur-unsur keagamaan,” ujar beliau.
Tambahnya, jika masyarakat India boleh bertolak-ansur untuk tidak menyambut Thaipusam – acara keagamaan, jadi mengapa SOP makan besar perlu diperbesar-besarkan.
“Orang Melayu pun tidak dibenarkan beramai-ramai menghadiri solat Jumaat walhal ia adalah solat fardhu lagi, pun boleh akur dengan arahan kerajaan.
”Nampak sangat orang Melayu dan India lebih waras, boleh berkompromi demi keselamatan dan kesejahteraan kesihatan.
“Satu lagi, individu yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga langsung tidak dibenarkan untuk diziarah, walaupun anak kandung mereka. Ini pun diakur oleh keluarga si mati. Tidak malukah mahu perjuangkan isu makan malam secara berlebih-lebihan?,” soalnya lagi.
Beliau menambah, SOP ketat yang diumumkan kerajaan berhubung kunjungan ke tokong juga tidak salah kerana keluasan tokong terhad berbanding keluasan masjid yang dibina untuk solat berjemaah.
Di tokong, ujarnya, tiada konsep berjemaah sebab itu keluasannya terhad dan kalau pergi beramai-ramai boleh mengundang risiko penularan wabak.
Oleh itu, beliau berharap masyarakat Cina tidak terikut dengan rentak pemimpin politik dalam isu SOP Tahun Baru Cina kerana menjaga kesihatan adalah tanggungjawab sendiri.
“Kalau sakit tanggung sendiri, sakit pun sendiri. Jadi berfikirlah secara waras dalam segala tindakan yang diambil.
“Kepada pemimpin politik Cina, saya nasihatkan mereka agar wujudkan sikap negarawan dan bukannya berpolitik sepanjang masa sehingga gagal membezakan keselamatan dan kepentingan politik,” ujarnya sambil meminta kerajaan tidak mengubah SOP yang disediakan semata-mata untuk menampakkan golongan penentang sebagai hero. MG

The post Parti politik persoal SOP Tahun Baru Cina tidak waras – Prof Teo appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/06/parti-politik-persoal-sop-tahun-baru-cina-tidak-waras-prof-teo/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=parti-politik-persoal-sop-tahun-baru-cina-tidak-waras-pr

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Tahun Baru Cina Pelik Memeningkan

Sop Tahun Baru Cina Pelik Memeningkan

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 367 hits
Menjelang Tahun Baharu Cina yang akan disambut pada 12 Februari ini Majlis Keselamatan Negara seharusnya mengeluarkan Prosidur Operasi Standard yang memudahkan kaum Cina untuk menyambut perayaan tersebut bukan mengelirukan mereka Menurut Ah...
Sop Versi Baharu Tahun Baru Cina Diumum Isnin Ini

Sop Versi Baharu Tahun Baru Cina Diumum Isnin Ini

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 262 hits
KUALA LUMPUR 24 Jamadilakhir 1442H Sabtu Versi terbaharu prosedur operasi standard untuk perayaan Tahun Baru Cina kemungkinan akan diumumkan pada hari Isnin kata seorang pemimpin kumpulan agama Presiden Gabungan Persatuan Taois Ma
Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

Masakan Ayam Goreng Cili Halia Masam Manis Sempena Tahun Baru Cina Untuk Sekeluarga Nikmati

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 291 hits
Ayam goreng sememang menjadi kesukaan ramai Namun lebih enak jika dihidangkan berkuah seperti menu ayam goreng cili halia masam manis ini Sempena tahun baru cina menu istimewa ini boleh dihidang untuk makan bersama keluarga Jika anda tidak ...
Darul Islah Bawa Ceria 039 Rumah Baru 039 Bagi Wanita 87 Tahun Sempena Tahun Baru Cina

Darul Islah Bawa Ceria 039 Rumah Baru 039 Bagi Wanita 87 Tahun Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 229 hits
SINGAPURA Tahun Baru Cina ini cukup istimewa bagi seorang wanita berusia 87 tahun yang tinggal bersendirian Dia seolah olah mendapat rumah baru hasil kerja keras enam bekas pesalah dadah dari Darul Islah Cik Chow Yin Yoke yang sudah uzur da...
Selamat Tahun Baru Cina 2021

Selamat Tahun Baru Cina 2021

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 1563 hits
Selamat Tahun Baru Cina 2021 kepada semua pengunjung blog khususnya yang berbangsa cina terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography photoblog SJCAM SJ4000 J3 Samsung Fujifilm altek cubic love followme beautiful blogoftheda...
7 Masjid Tidak Dibuka Untuk Solat 5 Waktu Pada Cuti Tahun Baru Cina Muis

7 Masjid Tidak Dibuka Untuk Solat 5 Waktu Pada Cuti Tahun Baru Cina Muis

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 244 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Tujuh masjid tidak akan dibuka bagi solat lima waktu pada cuti umum Tahun Baru Cina namun akan tetap mengadakan solat Jumaat minggu ini pada 12 Feb Perubahan pada operasi masjid masjid itu adalah disebabkan perminta
Pertemuan Dua Budaya Apabila Tok Dalang Menyambut Tahun Baru Cina

Pertemuan Dua Budaya Apabila Tok Dalang Menyambut Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 281 hits
PASIR MAS Meskipun Tahun Baru Cina yang disambut Jumaat mungkin suram ketika berlangsungnya Perintah Kawalan Pergerakan namun keluarga tok dalang wayang kulit berbangsa Cina yang terkenal di Kelantan ini tetap ceria menyambutnya Eyo Ho
Pavillion Kini Mempunyai Paparan Ilusi 3d Sempena Tahun Baru Cina

Pavillion Kini Mempunyai Paparan Ilusi 3d Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 245 hits
Paparan ilusi 3D diperkenalkan tahun lalu di bangunan SMTown COEX Korea Selatan dan telah digunakan pelbagai syarikat untuk mempromosikan produk Teknologi ini memerlukan dua sisi bangunan dilitupi skrin LED untuk menghasilkan ilusi tiga dim...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas