Parenting Journey Vs Taare Zameen Par



 Parenting Journey VS Taare Zameen Par



Buku Parenting Journey 



Cerita ni bagus bagi yang nak faham anak yang ada masalah dyslexia. Salah faham yang serius dengan anak buat anak rasa tersisih & di pandang hina oleh kawan-kawan, cikgu malah ayah sendiri. Patut ayah dia baca buku Parenting Journey ni..hehehe

Taare Zameen Par tajuknya.
Bila saya menonton movie ni, baru saya terperasaan anak buah saya seorang ada simptom-simptom dyslexia. Saya jenis yang tidak kisah sebenarnya dengan ipar-duai saya, lebih-lebih lagi dalam cara mendidik anak. Cara saya mendidik tidak sama dengan mereka, maka saya tidak akan tegur. (siapa saya nak memandai-mandai kan?) Kadang timbul dihati saya, nak bagi jer buku Parenting Journey tu supaya berilmu sikit. Tapi nanti bukan dibaca pun..sebab sibuk dengan hp jerr.
Setiap anak lahir dengan kondisi paling fitrah yang sebaik-baik penciptaan mereka. Jika kita faham fitrah mereka ini, nescaya kita akan lebih memahami maksud di sebalik setiap kerenah dan tingkahlaku anak anak.    Kadang punca kita cepat marah dan stress dalam parenting selalunya berpunca daripada tak faham kenapa anak kita begitu. Bila tak faham, buruk sangka mudah terjadi. Itu masalah besar bila dah timbul buruk sangka.     Ada orang keluar pagi kerja tak jumpa anak, balik malam pun tak jumpa anak sebab dah tidur.    Ada orang seminggu sekali baru jumpa anak, selalunya sebab pjj atau dah berpisah    Ada orang seorang diri handle anak 3 4 5 orang, penat bukan kaleng kaleng    Ada orang rezeki anak istimewa bukan sekadar penat tapi burnout setiap hari.    Eh, journey ni macam macam. Berjuta journey. Journey you custom made just for you. Apa yang kita rasa hanya kita je rasa, apa yang kita experience hanya kita je tahu, apa yang kita pendam hanya kita je hadam. Seriously, nak cerita journey sendiri kat orang pun tak sure macam mana nak mula cerita. Journey bukan setakat level emosi, level fizikal semata tapi boleh impak pada jiwa juga. Tu yang kadang kadang boleh termenung sorang sorang, fikiran boleh melayang nun jauh ingat masa silam dan sebagainya.Setiap yang berlaku dalam journey you tak kira la teruk ke, baik ke, bahagia ke, murung ke, adil ke, tak adil ke, it custom made just for you. Dengan satu tujuan untuk membentuk you jadi ‘someone’ yang telah ditakdirkan untuk jadi hari ini. You deserve to be someone you are destined to be!
Tapi bila si anak dibiar dan  diurus oleh anak pertama dia (lain bapa) yang baru saja tamat STPM. Ibunya tidak bekerja tapi ikut suaminya yang bertugas di satu tempat (Tak perlulah saya nyatakan) Sebenarnya, boleh jer stay jaga anak istimewa ni tapi apa yang saya nampak mereka lebih lepas tangan dan lebih tumpukan pada anak kedua mereka dan suaminya. Dulu pun, masa masih kecil anak pertama ni dia biarkan juga mak bapa dia jaga. Sekarang, dah besar dia suruh jaga anak baru dia pulak.
Paling kasihan bila, dibiasakan dengan gadjet, makanan ringan (jajan) dan makanan segera sebab MALAS sediakan makanan berkhasiat. 

Setiap anak ada sifat semulajadi tersendiri yang kadang beza 'sikit je' tapi lebih bermasalah ialah anak yang ada beza 'banyak' berbanding kanak-kanak lain.

Tapi hakikatnya kebanyakan anak di ajar & dikerah untuk jadi 'sama' semuanya.
Bagus movie ni... tak jemu tengok. Usaha seorang guru dengan cara tersendiri mendepani anak istimewa. Sebak rasa tengok cerita ni. anak istimewa yang punya dunia imaginasinya tersendiri. Pandangan kita tak sama dengan keadaan sebenar mereka. Perlukan semangat juang dan kesabaran dalam mendepani anak-anak istimewa begini

Yang sebenarnya anak hari ini tak ada beza dengan anak generasi 70 80 90an pun..Kanak-kanak zaman mana pun sama je.. kuat main & melasak kuat buat kepala sendiri kuat bikin mak ayah marahHatta zaman jahiliah dulu pun kanak-kanak sama je fitrahnya. Yang beza bukan anak tapi mak ayah.Mak ayah 70 80 90an mereka tak pernah sengaja memilih untuk marah anak tanpa sebab. Tapi mak ayah sekarang sengaja marah anak dengan alasan itu cara untuk mendidik.. tak semua tapi ada..Mak ayah 70 80 90an dulu mereka tak pernah menolak ilmu parenting, apa sahaja yang orang tua tua sampaikan itulah ilmu mereka. Tapi mak ayah sekarang dengan sengaja menolak ilmu parenting, sengaja memilih untuk tak nak belajar, mereka pulak sengaja nak jadi jahil.. tak semua tapi ada..Mak ayah 70 80 90an anak mereka mencabar juga, tapi dulu tak ada media sosial nak banding banding anak sangat.. Tapi sekarang? Tahu tahu sendiri la.. semua nak berlumba lumba jadikan anak trofi kejayaan parenting masing masing.. tak semua tapi ramai begini..Yang sebenarnya kita ni tanpa sedar tak mampu MOVE ON daripada masa silam tu je. Jangan ikut akal, perasaan & pengalaman semata mata dalam mendidik amanah besar ni.
2 perkara ni je patut jadi ikutan baru kita tak sesat. Quran ( ilmu & panduan ) Sunnah ( praktikalnya )











Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://eryati.blogspot.com/2024/06/parenting-journey-vs-taare-zameen-par.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Qris Quests Zeus Slot S Journey Through Slot Pulsa Territories

Qris Quests Zeus Slot S Journey Through Slot Pulsa Territories

papar berkaitan - pada 15/6/2024 - jumlah : 166 hits
Introduction to QRIS Quests and its popularity Step into the enchanting realm of QRIS Quests where thrilling adventures and lucrative treasures await Amongst the vast landscape of online gaming one slot game stands out like a shining star Z...
Family Camping Journey Tokba Campsite Kami Datang Lagi Nak Tahu Kenapa Kami Datang Untuk Kali Ke 3

Family Camping Journey Tokba Campsite Kami Datang Lagi Nak Tahu Kenapa Kami Datang Untuk Kali Ke 3

papar berkaitan - pada 2/7/2024 - jumlah : 150 hits
Assalamualaikum Camping untuk permulaan tahun baru 2024 kami ke nbsp Tokba Campsite sekali lagi Ini kali ketiga kami repeat tempat yang sama dan kali nie kali pergi camping secara solo family Kalau sebelum nie group kami ramai paling ramai ...
Psychological Therapy In Wynnum Brisbane A Journey To Self Discovery

Psychological Therapy In Wynnum Brisbane A Journey To Self Discovery

papar berkaitan - pada 3/7/2024 - jumlah : 282 hits
The human condition is always a source of suffering for everyone It can be overwhelming carrying the burden of past traumas as well as the present difficulties Through psychological therapy we re able to tackle these issues find effective w...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023