Paras Air 17 Sungai Tujuh Daerah Di Pahang Rekod Peningkatan Sungai Pahang Di Bera Tahap Bahaya




KUANTAN: Sejumlah 17 sungai di tujuh daerah di Pahang direkod sekurang-kurangnya pada paras amaran termasuk satu iaitu Sungai Pahang di Bera yang disenarai dalam kategori bahaya.
Berdasarkan data Jabatan Pengairan dan Saliran, stesen Sungai Pahang di Waterfront (F1) di Bera merekodkan bacaan 28.12 meter (m) berbanding 24m paras normal.
Sementara enam lagi sungai di enam daerah iaitu Lipis, Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Rompin merekodkan bacaan paras amaran, manakala 10 lagi pada paras berjaga-jaga.
Enam sungai dalam kategori amaran adalah Sungai Pahang di Kuala Tembeling dengan bacaan (51.03m), Sungai Pahang di Jerantut Feri (48.09m), Sungai Pahang di Kuala Krau (39.14m), Sungai Pahang di Lubuk Pasu (31.31m), Sungai Pahang di Kampung Chenor (22.23m) dan Sungai Pahang di Lubuk Paku (18.83m).
Dalam pada itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengarahkan semua 11 Ketua Polis Daerah (KPD) di negeri itu menyemak kembali tahap keupayaan aset menyelamat masing-masing bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL).
Selain itu, katanya pemantauan di kawasan rendah dan rondaan dari semasa ke semasa juga perlu dipertingkatkan, dengan kerjasama agensi lain.
"Ia penting untuk memastikan mangsa segera berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) sebaik diarahkan berbuat demikian, sekali gus mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
"Selain itu, ketua formasi kontinjen Pahang perlu mematuhi arahan pembekuan cuti dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang bagi mengoptimumkan tahap kesiapsiagaan dan operasi pengurusan bencana.
"Pada masa sama, menjunjung titah Sultan Pahang supaya dilaksanakan solat hajat bagi memohon keberkatan daripada Allah SWT serta dipohon negeri Pahang dijauhkan dari bencana banjir besar seperti yang sedang melanda Raub, Lipis dan Jerantut," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menyelamat dan Pemindahan Mangsa Banjir Pahang memaklumkan 858 PPS disediakan di Pahang yang boleh menampung lebih 160,000 mangsa, namun setakat ini tiga daerah di Pahang mengalami banjir dan Raub merekodkan jumlah mangsa paling ramai.
Menurut info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 1,842 mangsa daripada 597 keluarga berada di 22 PPS di daerah Raub, Jerantut dan Lipis. #BeritaHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2024/12/paras-air-17-sungai-tujuh-daerah-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Orders Setting Up Of Sungai Pahang Rescue Team

Sultan Orders Setting Up Of Sungai Pahang Rescue Team

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 102 hits
The Sultan of Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah observed the search and rescue operation for a teacher who went missing while fishing at Sungai Pahang near the Chenor jetty KUANTAN The Sultan of Pahang Al Sultan Abdullah Sultan Ah...
Guru Penolong Kanan Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang Ketika Memancing

Guru Penolong Kanan Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Pahang Ketika Memancing

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 110 hits
MARAN Seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan Chenor di sini dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang sewaktu memancing petang tadi Perkara itu disahkan Ahli Dewan Undan...
Tanah Milik Kerajaan Pahang Seluas 1 000 Ekar Di Sungai Perdak Bentong Dikesan Telah Diceroboh

Tanah Milik Kerajaan Pahang Seluas 1 000 Ekar Di Sungai Perdak Bentong Dikesan Telah Diceroboh

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 133 hits
KUANTAN Kira kira 404 hektar tanah milik kerajaan negeri Pahang di Sungai Perdak Mukim Sabai Bentong dikesan telah diceroboh kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail Beliau berkata kawasan yang diceroboh terbabit terletak di lokas...
Kerajaan Pahang Menyasarkan 90 Peratus Isu Bekalan Air Dapat Diatasi Menjelang Akhir Tahun 2026

Kerajaan Pahang Menyasarkan 90 Peratus Isu Bekalan Air Dapat Diatasi Menjelang Akhir Tahun 2026

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 116 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang menyasarkan 90 peratus isu bekalan air dapat diatasi menjelang akhir tahun 2026 Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bagi tujuan itu sebanyak RM91 97 juta diperuntukkan melalui Pengurusan Air Pahang ...
Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 445 hits
Hiking spot with city view waterfall near KL It s Sri Permata Hill at Sri Gombak Selangor Nestled between urban farmlands and virgin rainforests this hill offers a birds eye view of Selayang Kuala Lumpur and the Tujuh Puteri Waterfall which...
Bukan Sebab Kekejangan Kaki Lopak Air Menjadi Punca Penjaga Gol Sri Pahang Fc Buat Kesilapan

Bukan Sebab Kekejangan Kaki Lopak Air Menjadi Punca Penjaga Gol Sri Pahang Fc Buat Kesilapan

papar berkaitan - pada 26/11/2024 - jumlah : 92 hits
KUANTAN Sri Pahang FC sekadar merekodkan keputusan seri 1 1 menentang Selangor FC dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Temerloh pada Sabtu Dalam perlawanan itu Sean Selvaraj meletakkan Tok Gajah di depan pada minit ke 27...
Sebanyak 107 Daripada 217 Projek Pembangunan Bekalan Air Pahang Fasa 1 Telah Siap Dilaksanakan

Sebanyak 107 Daripada 217 Projek Pembangunan Bekalan Air Pahang Fasa 1 Telah Siap Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 4/12/2024 - jumlah : 92 hits
KUANTAN Sebanyak 107 daripada 217 projek pembangunan bekalan air negeri Pahang Fasa 1 telah siap dilaksanakan sehingga September tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata baki 33 projek masih dalam pembinaan man...
Kpdn Pahang Berjaya Membongkar Aktiviti Simpan Barang Kawalan Bersubsidi Di Bera Pagi Tadi

Kpdn Pahang Berjaya Membongkar Aktiviti Simpan Barang Kawalan Bersubsidi Di Bera Pagi Tadi

papar berkaitan - pada 24/11/2024 - jumlah : 120 hits
KUANTAN Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Pahang membongkar kegiatan menyimpan barang kawalan bersubsidi di Bera pagi tadi Pengarahnya Jezlily Jamaluddin berkata kejayaan itu dilakukan menerusi dua serbuan serentak ole...
Sejak Paras Air Naik Saya Pergi Sana Setiap Hari Individu Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Cukup Makan

Sejak Paras Air Naik Saya Pergi Sana Setiap Hari Individu Sanggup Redah Banjir Demi Pastikan Kucing Cukup Makan

papar berkaitan - pada 1/12/2024 - jumlah : 97 hits
Seorang lelaki sanggup meredah banjir sejauh 300 meter dengan ketinggian paras air melebihi satu meter bagi memastikan 400 ekor kucing yang terperangkap di pusat perlindungan di Tok Uban selamat dan mendapat makanan Memetik dari NST pengasa...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu