Panik Diserang Monyet Liar Di Kawasan Hotel Bayi Tersembam Dari Stroller Luka


Bila bawa ahli keluarga bercuti, keselamatan memang perlu dititikberatkan. Tambah lagi jika bawa ke kawasan hotel yang ada kolam renang atau berdekatan hutan. Ini kerana segala kemungkinan boleh berlaku.
Seperti perkongsian seorang ibu ini, Norazimah Bunihan, pengalaman di kejar monyet liar ketika berada di kawasan hotel benar-benar meninggalkan kesan trauma. Tambah pula, ia melibatkan kecederaan pada bayinya.
Disebabkan keadaan tergesa-gesa nak selamatkan diri, bayi dalam stroller mengalami kecederaa kerana terjatuh dan mukanya tersembam ketika menginap di salah sebuah hotel di Teluk Chempedak, Kuantan.

KAMI DISERANG MONYET LIAR !
8/11/2021- 5.52pm
Kami sekeluarga berjalan kaki ke kereta untuk ambil selipar dan ingin ke Teluk Cempedak yang terletak bersebelahan dengan resort kami. Tergerak hati nak rakam video ketika menuju ke kereta. Terdapat segerombolan monyet liar di pokok pokok dan ada juga yang memanjat kereta pengunjung disitu.

Setibanya kami yang berhampiran dengan kereta, suami saya berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta memandangkan ada beberapa ekor monyet yang berada di atas kereta bersebelahan kereta kami. Ketika itu monyet tersebut tidak menunjukkan reaksi terancam. Belum sempat suami tiba di kereta, ada seekor monyet yang agak besar diantara monyet monyet lain terus mengejar dan ingin menerkam suami.
Keadaan ketika tu dah jadi panik dan suami terus berlari semula ke arah resort. Saya dan anak anak yang lain turut panik dan cuba untuk lari kan diri kerana monyet liar tu betul betul berada disebelah stroller bayi saya. Saya cuba untuk selamatkan diri dan anak anak dengan tolak stroller bayi secepat yang boleh. Tiba-tiba bayi saya terjatuh tersembam ke jalan kerana pusingan stroller yang terlalu pantas ekoran keadaan semakin panik. Bayi saya mengalami luka dan lebam dimuka. Anggota badan lain tidak cedera. Ketika kejadian tiada seorang pun pengawal yang berada berhampiran kami.

Memang banyak monyet liar, ancam keselamatan orang ramai
Kami terus duduk dilaluan pejalan kaki bersebelahan tempat parking kereta dibahagian dalam. Ada seorang pengawal parking bahagian dalam cuba keluar untuk bertanya apa yang berlaku. Ketika itu monyet tersebut sudah lari ke hutan berhadapan parking luar. Pengawal tersebut terus memanggil Security Manager beritahu apa yang terjadi. Pengawal tersebut maklumkan kepada kami sebelum ni memang banyak monyet liar disini dan sudah maklumkan pada perhilitan. Dia menyuruh kami untuk menghubungi perhilitan. Saya bertanya semula kepadanya, “kami ke yang perlu hubungi? Bukan pihak hotel?” Dia maklumkan parking diluar itu adalah diluar kawasan hotel, jadi bukan tanggungjawab mereka. Parking di bawah jagaan resort tersebut dah penuh dan kawasannya agak kecil. Ramai pengunjung memarking kenderaan mereka sebaris kereta kami. Tiada tempat lain, hanya itu dan juga parking dalam yang dah penuh.
Security Manager datang menghampiri kami dan bertanya apa yang terjadi? Kami ceritakan semua dan dia meminta pengawal keselamatan resort tersebut mengambil kayu dan menghalau monyet monyet liar disitu. Selepas itu Security Manager tersebut meminta kunci kereta pada suami dan dia bantu alihkan kenderaan untuk dibawa masuk parking dibahagian dalam di parking oku kerana kotak parking biasa sudah penuh. Memandangkan kami membawa bayi yang ada sawan dan cedera ketika itu, dia benarkan kami parking dipetak OKU untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi.

Security Manager tersebut terus hubungi ambulans di HTAA untuk berikan rawatan kepada bayi saya yang cedera akibat terjatuh dari stroller. Ambulans sampai diperkarangan resort, saya dan bayi serta anak sulung saya terus menaiki ambulans dan menuju ke HTAA. Suami dan anak kedua kami membawa kereta menuju ke HTAA.
Setibanya di HTAA, keadaan agak rumit untuk pendaftaran bayi kerana kami terlupa untuk bawa sijil lahir bayi kami. Selalunya mana sahaja kami pergi, kami pasti akan bawa. Waimah dalam daerah kami pun saya tetap masukkan sijil lahir dalam begnya. Tapi tak jangka kali ni betul betul terlupa nak bawa dan berlaku perkara yang tak diingini. Okey sambung semula cerita di HTAA.
Setibanya kami disana, pihak pendaftaran HTAA minta kami sijil lahir atau nombor ic anak jika tidak pendaftaran dan rawatan tidak boleh diberikan. Malangnya saya memang betul betul tak ingat nombor ic bayi saya. Saya terus hubungi pihak Hospital Enche Kluang untuk dapatkan nombor ic bayi saya kerana pihak hospital Enche Kluang ada maklumatnya. Alhamdulillah Allah permudahkan pihak hospital Enche Kluang berikan nombor ic bayi saya.

Keadaan bayi stabil, luka tak serius
Menunggu giliran untuk diberi rawatan. Alhamdulillah doktor di kecemasan HTAA maklumkan luka bayi saya tak serius dan telah dibersihkan untuk elakkan jangkitan kuman. Doktor tersebut meminta untuk kami buat x-ray dikepala bayi kerana dikhuatiri ada retakan dan sebagainya. Alhamdulillah proses tak terlalu lama. Result x-ray dapati semua dalam keadaan sihat dan tiada sebarangan retakan.
Doktor beri kebenaran kami pulang ke hotel dengan syarat pantau keadaan bayi sekiranya bayi ada muntah muntah, menangis tanpa henti atau sawan lain dari yang lain, terus datang semua ke HTAA. Kami terus pulang ke resort. Setibanya di resort kami terus menuju ke cafe kerana ketika itu kami sekeluarga sangat lapar dan jam sudah menunjukkan 8.37pm. Tiada mood untuk pergi ke kedai makan yang berada diluar resort kerana masing masing dah letih dan perasaan menjadi tak happy. Security manager tersebut datang ke cafe untuk berjumpa dan bertanya khabar keadaan bayi kami. Ketika kami berada di HTAA pun dia ada hubungi suami bertanya keadaan bayi kami. Dia minta kami order sahaja apa yang kami ingin makan tanpa bayaran.

Walaupun keadaan tu tak setimpal dengan apa yang terjadi, tetapi pihak hotel masih mengambil berat dan tidak lepas tangan.Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut. Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa.
Terima kasih Hyatt Regency Kuantan Resort atas layanan yang terbaik diberikan kepada kami. Dari check in sehingga check out semuanya tiptop. Tetapi mungkin boleh ditambahbaik tempat parking kereta pengunjung disitu. Atau boleh sediakan parking valet untuk khidmat hantar dan ambil kereta pengunjung ditempat parking. Kalau tak boleh juga, at least sediakan pengawal untuk menghalau monyet monyet liar disitu.
Bukan ingin mengajar, tapi hanya cadangan untuk keselamatan. Ikhlas, Pengunjung 2105.
Kredit: Norazimah Bunihan

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Panik Diserang Monyet Liar Di Kawasan Hotel, Bayi Tersembam Dari Stroller & Luka appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/panik-diserang-monyet-liar-di-kawasan-hotel-bayi-tersembam-dari-stroller-luka/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedih Bayi Perempuan Parah Diserang Biawak Di Pulau Tioman

Sedih Bayi Perempuan Parah Diserang Biawak Di Pulau Tioman

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 121 hits
Seorang bayi perempuan yang baru berusia 8 bulan parah digigit oleh seekor biawak di rumahnya di Kuarters pekerja sebuah resort di Pulau Tioman kira kira jam 10 pagi semalam Kejadian tersebut disedari oleh si ibu yang berusia 20 an sebelum ...
Tergempar Nenek Lahirkan Seorang Bayi Pada Usia 65 Tahun

Tergempar Nenek Lahirkan Seorang Bayi Pada Usia 65 Tahun

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 179 hits
Inderapura Seorang nenek berusia 65 tahun telah melahirkan seorang anak dalam umur yang terlalu lanjut ramai masyarakat amat terkejut tentang perkara yang telah berlaku atas nenek itu Beramai ramai masyarakat ingin tahu adakah benar berita ...
Shera Aiyob Bayi Dalam Kandungan Biarlah Rahsia Kami

Shera Aiyob Bayi Dalam Kandungan Biarlah Rahsia Kami

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 139 hits
Ini satu lagi pasangan suami isteri selebriti yang sedang berdebar menanti kelahiran anak sulung mereka dan kandungan si isteri kini sudah pun masuk trimester ketiga Shera Aiyob mendedahkan yang imbasan untuk mengetahui jantina anak sulung ...
Anak Kedua Lahir Di Tanggal Cantik Arief Muhammad Ungkap Nama Sang Bayi Yang Tak Kalah Cantik

Anak Kedua Lahir Di Tanggal Cantik Arief Muhammad Ungkap Nama Sang Bayi Yang Tak Kalah Cantik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 253 hits
Tak perlu jalani proses bayi tabung seperti kehamilan pertama Arief dan Tipang benar benar bersyukur dengan kehadiran Mecca Selamat
Sebelum Lahirnya Bayi Ke Dunia

Sebelum Lahirnya Bayi Ke Dunia

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 131 hits
Adalah dikisahkan pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata Bayi itu bertanya kepada Tuhan Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia tetapi bagaimana cara saya hidup di sana Saya begit...
Lagi Kes Bayi Meninggal Dunia Di Taska

Lagi Kes Bayi Meninggal Dunia Di Taska

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 215 hits
PUTRAJAYA 30 Sept Seorang bapa Muhamad Zamri Anuar 34 begitu gembira menerima kehadiran orang baharu dalam keluarganya Begitu juga isteri dan dua lagi anaknya Namun Muhamad Zamri langsung tidak menduga kegembiraannya menerima Nur Imna Khali...
Penyusuan Bayi Di Khalayak Ramai Anda Boleh

Penyusuan Bayi Di Khalayak Ramai Anda Boleh

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum Lama rasa tak update tentang blog ni Alhamdulillah sekarang ni anak kedua sudah mencecah usia 9 bulan Ye saya akui saya telah pun mencampurkan susu formula kepada anak ketika si kecil tu berada di taska Namun jika si kecil b...
Punca Bayi Lemas Dalam Kandungan

Punca Bayi Lemas Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 193 hits
saya ada cerita pasal adik yang terpaksa bersalin kerana bayinya dikatakan hampir lemas Jadi terpaksalah pembedahan caesarean dilakukan Dalam dok mencari punca punca yang boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan akhirnya saya terjumpa b...
Tips Tidurkan Bayi

Tips Tidurkan Bayi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 130 hits
Assalamualaikum dari alam mama Tidur kita tidak lagi sama sejak kehadiran cahaya mata berbanding ketika kita bujang dan anak dara dahulu Namun ia bukanlah masalah kerana demi anak segalanya mungkin Tetapi ada juga ibu bapa yang bermata pand...
Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian

Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan Pemilik Kafe Tak Jadi Gulung Tikar Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Why Shouldn T Young Malays Reject Equal Rights