Panduan Untuk Pastikan Apa Yang Anda Sasarkan Berjaya Dilaksanakan Dan Mencapai Kejayaan




"Ambil masa 15 minit untuk tulis 5 perubahan kecil yang anda mahu buat dalam menjalani kehidupan seharian anda bermula dari sekarang"
Itu latihan kerja yang saya biasa berikan kepada semua peserta, setiap kali kendalikan kursus keusahawanan.
Anda boleh berhenti sekejap dari membaca untuk lakukan perkara yang sama. 
Hanya senaraikan perkara mudah sahaja untuk buat perubahan. Contohnya daripada seorang yang tidak membaca lansung buku ilmiah, kepada seorang yang istiqamah meluangkan masa 20 atau 30 minit membaca setiap hari.
Saya harap anda dah ada 5 perkara mudah yang nak diamalkan bermula dari hari ini.
Kenapa penting untuk tambah amalan baru dalam hidup anda sekarang, saya terangkan di bawah.
Amalan berbeza untuk berubahUntuk jadi seorang yang berbeza dari apa yang ada pada diri anda sekarang, perlu pastikan cara anda menghabiskan masa setiap hari, minggu dan bulan juga berbeza dari apa yang anda amalkan selama ini.
Konsep mahu kekal sama tapi berbeza adalah konsep yang gila tak masuk akal. Tapi itulah kebanyakan orang mahu dalam kehidupan mereka. Mahu berada dalam keadaan yang sama, cara hidup sama, cara fikir sama, kawan-kawan yang sama, kerja yang sama, tapi mahu lebih kaya dari sekarang.
Memang tak akan berlaku!
Jika anda benar-benar mahukan sesuatu yang baru menjadi milik anda, perlu sanggup untuk melepaskan beberapa amalan atau pegangan yang dah lama bertapak dalam diri.
Sebab itu tugasan menyenaraikan perubahan kecil yang mahu dibuat adalah permulaan kepada mengubah diri anda sendiri.
Jangan mulakan dengan azam untuk buat perubahan besar-besar dahulu. Anda perlu latih diri untuk membentuk tabiat melaksanakan azam terlebih dahulu. Bila tabiat tu dah melekat, azam lah apa saja, insyaallah anda akan laksanakan. Saya terangkan di bawah.
Bina tabiat laksanakan azamMacam saya sebut di atas tadi, siapa saja boleh tanam azam. Malah setiap awal tahun baru, semua orang akan bercerita tentang azam barunya. Setakat nak berazam memang sesuatu yang mudah. Tetapi membina tekad untuk melaksanakan azam tersebut merupakan satu masalah besar yang dihadapi oleh kebanyakan orang.
Dengan gangguan suasana sekeliling yang cukup mencabar sekarang ini, terlalu mudah untuk kita melencong dari melaksanakan apa yang telah diazamkan. Sedar-sedar dah nak masuk tahun baru sekali lagi dan tak ada apapun yang dilakukan. Semuanya masih kekal sama saja seperti tahun-tahun yang dah berlalu sebelum ini.
Jika anda hadapi masalah sebegitu, jangan risau. Saya ada solusi bagaimana anda boleh tanam tabiat untuk melaksanakan segala azam yang anda buat.
Anda boleh amalkan tiga petua mujarab dibawah berikut.
1. Latih diri dengan azam mudah.Tujuan untuk senaraikan 5 perubahan kecil yang saya sebut di atas tadi bertujuan untuk melatih diri melakukan azam yang anda sudah nekad mahu laksanakannya.
Paling penting, azam atau amalan yang anda nak buat itu wajib boleh dilaksanakan. Pastikan yang ia bukan satu azam atau amalan yang umum.
Dalam setiap kursus, majoriti peserta akan tuliskan 5 amalan baru yang mereka nak buat. Tapi malangnya semua amalan tersebut sangat umum. 
Bila umum, sudah tentu mustahil untuk dilakukan. Saya beri contoh mudah di bawah.
Contohnya, perubahan yang nak dibuat adalah dalam bab tidur. Anda sering masuk tidur lewat malam sebab suka layan TV.
Majoriti orang akan tulis azamnya adalah untuk mula tidur awal.
Itu sangat umum. Awal macam mana?
Adalah lebih mudah dan anda mampu lakukan segera hari ini juga jika anda tulis azam untuk tidur awal 15 minit lebih awal daripada biasa. Jika selama ini anda hanya masuk tidur setelah masuk pukul 12 malam, maka bermula dari sekarang, anda akan masuk tidur pukul 11:45 malam.
Nampak tak bagaimana cara anda buat azam juga sangat penting untuk pastikan azam itu dapat dilaksanakan.
Pastikan juga azam atau amalan yang nak dibuat itu kecil dan mudah saja. Dalam bab tidur awal di atas tu, hanya 15 minit lebih awal. Mudah saja.
Kajian menunjukkan aktiviti melaksanakan sesuatu perkara yang mudah seperti duduk tegak ketika melakukan kerja di pejabat mempunyai kesan latihan mental yang sama hebat dengan cubaan melaksanakan perkara lain yang lebih sukar seperti berhenti merokok atau menurunkan berat badan.
Oleh itu buat satu azam yang kecil dan mudah untuk melatih kawalan minda anda sebagai persediaan yang lebih besar seperti melaksanakan azam niaga dan sebagainya.
2. Buat satu demi satu.Jangan kejar masa untuk cuba melaksanakan banyak azam dalam satu masa. 5 amalan baru sudah memadai. Kalau anda nak kurangkan lagi kepada 3 sahaja pun sudah memadai.
Ambil masa anda dan lakukannya perlahan-lahan. Setelah anda berjaya melakukan satu azam yang kecil dan mudah secara istiqamah, barulah beralih pula kepada azam yang lain.
Begitulah kekuatan berazam dipupuk dan dilaksanakan sedikit demi sedikit sehinggalah satu masa nanti anda mampu untuk buat azam yang jauh lebih besar.
3. Pantau azam secara seriusJangan ambil ringan setiap azam yang anda dah buat. Pantau dengan serius dan dapatkan pertolongan kawan-kawan atau saudara terdekat untuk menjadi pemantau bebas buat diri anda.
Lebih ketat pemantauan anda lebih terjamin kejayaannya sehingga ia beralih menjadi tabiat baru anda. Nyatakan pada mereka azam yang mahu anda laksanakan supaya mereka dapat berikan peringatan bila anda terlupa.
Jangan lupa buat catitan secara terperinci azam yang mahu dilaksanakan itu dan jika gagal, teruskan lagi berusaha sehinggalah ia meresap menjadi darah daging dalam diri anda.
Kenapa azam besar tak jadiJika selama ini anda mengeluh terhadap satu azam besar yang anda tanam tetapi masih tak dapat laksanakan, anda dah tahu apa puncanya.
Tabiat melaksanakan azam masih belum wujud dalam diri anda. Malah tabiat untuk mulakan sesuatu yang baru itu makin lama makin sukar dilaksanakan sebab kesan dari kegagalan seribu azam lain yang anda dah buat sejak dari kecil dahulu. 
Fikiran separa sedar anda sendiri dah tak percaya apa yang anda azamkan. 
Bila jadi begitu, tak ada siapa lagi yang dapat bantu anda melainkan diri anda sendiri. Ubah semula minda dan apa yang anda percaya selama ini secara tidak sedar dengan mula melakukan azam-azam yang kecil sedikit demi sedikit.
Ini akan membantu meningkatkan kuasa kawalan minda anda.
Dengan minda yang yakin dan berpengalaman melaksanakan azam-azam yang kecil, anda mampu merealisasikan azam yang besar pula seperti azam niaga dan seumpamanya.
Sebagai permulaan, saya cadangkan anda berazam untuk membaca maksud Al-Quran 1 atau 3 ayat sahaja sehari. Tak payah nak azam sampai satu juzuk!
Setakat 1 atau 3 ayat itu, lansung tidak memakan masa yang lama dan anda boleh lakukannya selepas selesai salah satu dari solat 5 waktu anda.
Selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/03/bagaimana-tanam-azam-niaga-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Berjaya Kekal Kestabilan Politik Dari Awal

Anwar Berjaya Kekal Kestabilan Politik Dari Awal

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 141 hits
Shahrul ShahabudinPETALING JAYA Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah melakukan yang terbaik memastikan kestabilan politik dalam tempoh 100 hari beliau berkuasa kata penganalisis Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata keputusan Anwar...
Berjaya Corp Founder Vincent Tan Resigns As Chairperson Stays On As Advisor

Berjaya Corp Founder Vincent Tan Resigns As Chairperson Stays On As Advisor

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 210 hits
Berjaya Corporation Bhd founder Vincent Tan Chee Yioun relinquished his position as non independent non executive chairperson of the company effective yesterday Tan who turned 71 last February would assume the role of advisor to provide gui...
Tiada Formula Ajaib Untuk Berjaya

Tiada Formula Ajaib Untuk Berjaya

papar berkaitan - pada 7/3/2023 - jumlah : 92 hits
Bang MatTengah hari tadi saya dibawa melawat Kilang Beras PLS Marketing Sdn Bhd yang terletak di Sekinchan Selangor Di situ saya dapat melihat kawasan sawah padi yang sekata tersusun dan subur menghijau Melalui penggunaan teknologi terkini ...
Inflasi Menyerderhana Usaha Stabilkan Harga Berjaya Rafizi

Inflasi Menyerderhana Usaha Stabilkan Harga Berjaya Rafizi

papar berkaitan - pada 9/3/2023 - jumlah : 128 hits
Inflasi bagi Januari 2023 yang menyederhana berbanding bulan sama pada 2022 atau Disember sebelumnya menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan dalam menstabilkan harga barang dan kos hidup berjaya Menurut Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli kadar ...
Kurangkan Sifat Malu Wanita Perlu Bangkit Amp Tampil Lebih Yakin Ini Antara Perkongsian Daripada Mereka Yang Berjaya

Kurangkan Sifat Malu Wanita Perlu Bangkit Amp Tampil Lebih Yakin Ini Antara Perkongsian Daripada Mereka Yang Berjaya

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 296 hits
Siapa pernah dengar perkataan self love Perkara ini bukanlah senang untuk dibuat sebab sudah menjadi tabiat kita membandingkan diri dengan orang lain dan pengakhirannya akan membuatkan kita jadi insecure atau kurang keyakinan diri Namun sel...
Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya Ryan Bakery Dedah Kisah Disebalik Kena Buang Kerja Rupa Rupanya

Di Sebalik Kejayaan Lelaki Ada Wanita Di Belakangnya Ryan Bakery Dedah Kisah Disebalik Kena Buang Kerja Rupa Rupanya

papar berkaitan - pada 28/2/2023 - jumlah : 235 hits
8220 Di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya 8221 Ryan Bakery dedah kisah disebalik kena buang kerja rupa rupanya Di sebalik kejayaan yang dicapai personaliti media sosial Ryan Bakery siapa sangka isterinya iaitu Elyia Ibrahim ...
Kejayaan Kesilapan Anwar Sepanjang 100 Hari Jadi Pm

Kejayaan Kesilapan Anwar Sepanjang 100 Hari Jadi Pm

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 188 hits
Ainin Wan SallehPETALING JAYA Hari ini genap 100 hari Anwar Ibrahim memegang jawatan perdana menteri selepas hampir tiga dekad menjadi ketua pembangkang Sejak mengangkat sumpah jawatan pada 24 Nov 2022 pelbagai usaha dilakukan Anwar dan ker...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord