Panduan Menjual Mata Wang Kripto Di Binance P2p Malaysia


Saya sering diajukan pertanyaan tentang bagaimanakah cara untuk seseorang menjual mata wang kripto di Binance P2P? Mudah atau tidak untuk menukarkan coin pilihan kita ke Ringgit Malaysia(RM)?
Pertanyaan ini kebiasaannya datang daripada mereka yang baru berkecimpung dalam dunia cryptocurrency hasil pengaruh rakan-rakan dan trend. Seperti pucuk dicita ulam mendatang, sambil-sambil belajar melabur mereka teruntung pula.
Disebabkan ingin menikmati keuntungan yang dikecapi hasil daripada simpanan dan pelaburan mereka di Binance, maka mereka keluarkan sedikit pecahan daripada portfolio untuk dimasukkan terus ke dalam akaun bank mereka. Sekurangnya dapat juga merasa manisnya pelaburan.
Disitulah saya peranan membantu mereka untuk lebih memahami fungsi P2P di Binance kerana ia cukup mudah untuk dilakukan. Kurang 5 minit, transaksi dapat diselesaikan. Apapun semuanya bergantung dengan siapa anda berurusan dan waktu urusan. Namun yang pasti, menggunakan P2P lebih mudah berbanding membaca graf. Haha.
Jadi bagaimana cara menjual? Jika anda mencari artikel ini, saya pasti anda juga punyai masalah yang sama. Jangan risau saya tidak akan benarkan anda terkapai-kapai mencari pemahaman yang diperlukan. Saya akan ajar secara terperinci tentang penggunaan P2P di Binance. Ianya juga sesuai untuk pemula (Beginner).
Sebelum kita bermula, ada beberapa maklumat yang perlu disediakan oleh anda. Antaranya ialah:
Akaun Binance
Pastikan anda punyai akaun Binance. Jika anda masih belum mendaftar, sila mendaftar menerusi pautan berikut. (Klik sini)  Akaun Bank
Anda memerlukan akaun bank untuk menerima hasil jualan mata wang kripto anda dalam Ringgit Malaysia (RM). Mata wang kripto
Pastikan akaun Binance anda memiliki wang kripto di akaun P2P. Jika wang tersebut terletak di Spot, sila pindahkan ke akaun P2P. Baiklah, itu hal asas yang anda perlu diketahui dan sediakan sebelum melakukan transaksi di Binance P2P.
Tutorial menjual mata wang kripto di Binance P2P Baiklah berikut pula adalah tutorial bagaimana cara untuk anda menjual mata wang kripto anda kepada pengguna lain menggunakan platform P2P di Binance dan menukarkannya kepada Ringgit Malaysia (RM). Bagi tutorial dibawah, saya menggunakan USDT sebagai mata wang tukaran.
Cara-caranya adalah seperti dibawah:
1. Pilih jenis mata wang kripto yang hendak dijual Binance mempunyai mata wang kripto yang pelbagai
Binance menyediakan hampir 150 jenis coin yang boleh didagangkan di platform mereka. Namun begitu di platform P2P, mereka hanya menyediakan 5 jenis mata wang kripto sahaja yang boleh dijual. Antaranya ialah Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Binance Coin (BNB), Tether (USDT) dan Dai Coin (DAI).
Jika anda memiliki mata wang kripto selain daripada itu, lebih elok kiranya anda menukarkan dahulu portfolio anda kepada salah satu jenis mata wang kripto ini sebelum mula menjual. Sebagai contohnya anda memiliki Solana (SOL), anda perlu menukarkan terlebih dahulu SOL anda kepada USDT.
Pastikan juga anda membuat perbandingan harga antara 5 jenis mata wang kripto ini. Ada diantaranya mempunyai exchange rate yang lebih murah berbanding yang lain.
2. Pindahkah portfolio daripada akaun Spot ke P2P Jangan berasa pelik jika anda tidak dapat menjual mata wang kripto anda kerana ia jumlah yang dipaparkan di akaun P2P anda adalah kosong. Salah satu faktornya ialah wang yang dimiliki anda masih lagi bertempat di akaun Spot. Jadi bagaimana hendak selesaikan masalah ini?
Pindahkan wang daripada akaun Fiat and Spot kepada akaun P2P
Apa yang anda perlu buat adalah pindahkan portfolio sedia ada daripada akaun Spot ke akaun P2P. Pindahan boleh buat menerusi fungsi “Transfer” yang terdapat pada overview dashboard atau P2P dashboard.
P2P Dashboard: Klik sini
Selain daripada itu, anda juga boleh mengikut flow berikut. Overview > P2P > Transfer dan pindahkah mata wang kripto anda daripada “Fiat and Spot” kepada “P2P”.
3. Set akaun bank anda Seterusnya anda perlu set dahulu akaun bank yang ingin digunakan terutama bagi mereka yang ingin menerima wang ringgit menerusi kaedah pindahan wang. Anda boleh menambah akaun bank anda di Profil > [email protected] > Payment > P2P > Add a payment method. Caranya seperti berikut:
Daftarkan akaun bank anda di Binance
Isikan maklumat berkaitan
Maklumat telah berjaya diisi
Payment Dashboard: Klik sini
Masukkan nama penuh, nombor akaun, jenis bank dan branch (pilihan). Kemudian klik “Save”. Selesai mendaftar akaun Bank anda, anda kini boleh menerima pembayaran menerusi pindahan bank.
4. Pilih pembeli yang mempunyai reputasi di P2P Anda sudah selesai membuat tetapan asas. Seterusnya adalah fasa menjual mata wang kripto pilihan anda. Jadi pergi dulu ke laman P2P yang memaparkan senarai pembeli.
Anda dapat lihat senarai pembeli kripto. Sila pilih satu.
Pastikan anda menekan butang sell dan memilih USDT untuk dijual. Masukkan juga jumlah yang anda ingin tukar daripada USDT ke MYR dan tekan butang “Search”. Senarai yang dikemaskini akan memaparkan pembeli yang sanggup membeli jumlah yang anda inginkan mengikut limit yang mereka tetapkan.
Terdapat ratusan profil yang tersenarai di halaman hadapan P2P. Anda boleh pilih individu yang memenuhi kriteria yang anda mahukan.
Sentiasa peka dengan harga semasa, masa, terma dan syarat serta jumlah wang yang ditukar
Jika anda sudah memilih, paparan seperti diatas akan keluar di skrin anda. Sila pilih kriteria pembeli mengikut keselesaan anda. Sebagai contohnya price rate, payment time limit dan terma dan syarat. Bagi saya limit masa 30 minit adalah sesuatu yang boleh diterima. Namun apabila saya memerlukan wang dalam kadar yang segera, saya lebih selesa dengan pembeli yang mempunyai limit masa 15 minit.
Masukkan juga jumlah USDT yang ingin dijual dan pilih kaedah pembayaran ke akaun pilihan. Sebagai contoh dalam gambar ini saya menjual USDT1069.09 untuk RM4653.79. Jika anda bersetuju dengan rate yang diberikan, maka kini tibalah masa untuk menunggu pembeli terbabit untuk membuat pindahan wang ke akaun anda.
5. Tunggu pembeli memasukkan wang anda Diketika ini, anda perlu menunggu mereka memasukkan wang ke akaun bank anda
Ini adalah fasa yang mendebarkan (sebenarnya tak ada apa pun) dimana anda menunggu wang ringgit anda dimasukkan ke dalam akaun bank. Kebiasaannya proses memakan masa kurang 5 minit. Apapun ia tetap bergantung kepada situasi dan waktu.
Elakkan kalau boleh membuat transaksi pada waktu yang janggal. Sebagai contohnya pada tengah malam atau 4 pagi. Isunya bukan pada scam atau tidak, tetapi wang anda akan dimasukkan lambat. Maklumlah waktu tidur orang. Yang korang kacau orang tidur buat apa.
Anda akan diberitahu apabila pembeli memasukkan RM pada akaun Bank anda. Kebiasaannya ada notis yang menyatakan si polan telah “Marked as paid” di ruangan chat.
AMARAN, pastikan anda tidak RELEASE kripto sehingga anda mengesahkan sendiri wang telah dimasukkan pada akaun bank anda. Periksa secara manual ya pada laman web penyedia perkhidmatan bank masing-masing.
6. Lepaskan mata wang kripto anda Jika anda mendapati wang telah dipindahkan ke akaun bank anda, lepaskan pembayaran USDT
Selepas anda mendapat notifikasi yang menyatakan pembeli telah “marked as paid” dan jumlah wang dimasukkan sama seperti jumlah perjanjian, maka anda bolehlah melepaskan mata wang kripto anda kepada pembeli. Caranya cukup mudah, klik sahaja pada butang “Confirm Release” masukkan beberapa kod yang anda boleh dapat daripada email, sms dan Google Authenticator. Selesai urusan.
Tranksaksi diantara anda dan pembeli sudah selesai
Maka selesailah urusan diantara anda dan juga pembeli. Win-win situation.
Selepas membaca penerangan ini anda masih kurang faham, saya ada menyediakan video yang disediakan oleh MOHD HAUDLI tentang bagaimana cara untuk menjual mata wang kripto di Binance P2P.

Kesimpulan Saya harapkan penerangan ini cukup ringkas untuk memudahkan anda memahami bagaimana cara untuk menggunakan platform P2P. Jangan risau, lama-lama anda akan terbiasa. Platform Binance sangat mesra pengguna. Itu jaminan yang saya cukup pasti.
Baca juga: 3 platform jual beli Bitcoin di Malaysia untuk pemula
Baca juga: Cara jual Bitcoin di LocalBitcoins, sebuah platform P2P
Baiklah. Terima kasih kerana sudi membaca. Jangan lupa tinggalkan sebarang komen jika anda punyai sebarang persoalan.
The post Panduan menjual mata wang kripto di Binance P2P Malaysia? appeared first on Azmir Shah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://azmirshah.com/jual-kripto-di-binance-p2p-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Mata Wang Kripto Akan Disahkan Oleh Perundangan Sebagai Kaedah Pembayaran

Adakah Mata Wang Kripto Akan Disahkan Oleh Perundangan Sebagai Kaedah Pembayaran

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 197 hits
Bekas Presiden AS Donald Trump menganggap Bitcoin sebagai penipuan Pada hari Isnin dia mengatakan bahawa Bitcoin bersaing dengan status dolar AS Dia tidak menyukainya dan dia selalu inginkan dolar AS akhirnya menjadi mata wang utama dunia T...
Volatiliti Mata Wang Dan Indeks Saham Adalah Minimum Sejak Tahap Pra Pandemik Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

Volatiliti Mata Wang Dan Indeks Saham Adalah Minimum Sejak Tahap Pra Pandemik Gambaran Keseluruhan Usd Cad Jpy

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 251 hits
Turun naik mata wang dan indeks saham telah jatuh ke tahap minimum dari tahap pra pandemi kerana para pelabur kekurangan panduan dan menunggu hasil pertemuan Fed pada 16 Jun Semuanya bermula dengan laporan pekerjaan AS pada hari Jumaat yang...
Tiba Masa Untuk Watak Pasangan Mata Wang Usd Brl Berubah Menjadi Antagonis

Tiba Masa Untuk Watak Pasangan Mata Wang Usd Brl Berubah Menjadi Antagonis

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 245 hits
Real Brazil telah mengalami penurunan yang agak mendadak setelah ia mencapai paras puncaknya pada tahun 2012 tetapi sudah tiba waktunya untuk menjadi kontroversi Setelah mencapai puncak 6 0000 dan menjadi berita halaman depan di Economist y...
Pasangan Mata Wang Eur Usd Meneruskan Dagangan Menaik

Pasangan Mata Wang Eur Usd Meneruskan Dagangan Menaik

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 255 hits
Pergerakan pasangan mata wang EUR USD tidak dapat dipastikan dalam jangka pendek setelah kegagalannya untuk membuat penurunan yang lebih besar Pedagang sedang menunggu momentum kenaikan harga untuk menolak pasangan mata wang ini berdagang l...
Faktor Wang Kaburkan Mata Wijnaldum Sehingga Tolak Barcelona Dan Sertai Psg

Faktor Wang Kaburkan Mata Wijnaldum Sehingga Tolak Barcelona Dan Sertai Psg

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 221 hits
Georginio Wijnaldum hampir pasti akan menyertai Barcelona selepas meninggalkan Liverpool pada musim panas ini Wartawan terkenal Fabrizio Romano sebelum ini melaporkan perjanjiann secara lisan telah tercapai diantara pemain itu dengan Barcel...
Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 10 Jun 2021

Analisis Dan Ramalan Untuk Pasangan Mata Wang Gbp Usd Pada 10 Jun 2021

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 302 hits
HarianPasangan mata wang pound dolar AS mempunyai masalah dengan bergerak membeli Kami bercakap mengenai tanda 1 4200 yang bertindak sebagai halangan serius untuk pertumbuhan sebut harga selanjutnya Pada awal bulan ini kenaikan pada pound b...
Pasangan Mata Wang Audcad Berpotensi Untuk Menurun Lebih Jauh Di Luar Pivot Cenderung Untuk Melanjutkan Penurunan Harga

Pasangan Mata Wang Audcad Berpotensi Untuk Menurun Lebih Jauh Di Luar Pivot Cenderung Untuk Melanjutkan Penurunan Harga

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 242 hits
Pasangan mata wang AUDCAD kini berada di atas rintangan pertama yang selari dengan Penarikan Semula Fibonacci 61 8 dan Lanjutan Fibonacci 78 6 Sekiranya harga berjaya menembusi tahap rintangan 1 maka penurunan harga yang selanjutnya dijangk...
Pasangan Mata Wang Nzdcad Menguji Tahap Rintangan Pertama Berpotensi Untuk Pembalikan

Pasangan Mata Wang Nzdcad Menguji Tahap Rintangan Pertama Berpotensi Untuk Pembalikan

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 214 hits
Harga menguji tahap rintangan pertama sejajar dengan Anjakan Semula Fibonacci 50 Lanjutan Fibonacci 127 2 Penarikan semula rintangan mendatar dan rintangan garis arah aliran menurun Kami dapat melihat pembalikan di sini dan penurunan lebih ...
Analisis Mata Wang Btc Untuk 10 Jun 2021 Penembusan Untuk Saluran Terbalik Dan Berpotensi Untuk Turun Ke Tahap 31 000

Analisis Mata Wang Btc Untuk 10 Jun 2021 Penembusan Untuk Saluran Terbalik Dan Berpotensi Untuk Turun Ke Tahap 31 000

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 268 hits
Analisis teknikal Mata wang BTC diperdagangkan ke bawah dalam beberapa jam terakhir dan ada kemungkinan pergerakan menurun disebabkan oleh penembusan saluran menaik Pitchfork mini Cadangan perdagangan Nantikan potensi penjualan pada peningk...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023

Dampak Kenaikan Pajak 12 Persen Terhadap Dunia Bisnis Di Indonesia

Update Youtube 2025 Semua Video Dengan Judul Thumbnail Clickbait Dihapus