Panduan Laluan Kerjaya Doktor Bagi Pelajar Lepasan Spm


Panduan Laluan Kerjaya Doktor Bagi Pelajar Lepasan SPM Mempunyai kerjaya yang baik adalah merupakan impian setiap orang. Ada ramai yang minat untuk pilih laluan kerjaya Doktor selepas mereka tamat belajar diperingkat Sekolah Menengah. Menjadi Doktor adalah merupakan antara kerjaya yang disegani oleh ramai orang kerana ia adalah merupakan kerjaya memerlukan ilmu perubatan.
Persoalan mengenai laluan kerjaya Doktor dapat anda ketahui jawapannya melalui penerangan oleh admin. Terdapat beberapa langkah anda perlu tempuhi sebelum berjaya menjadi seorang yang bergelar Doktor di masa hadapan.
Senarai Laluan Kerjaya Doktor Panduan Laluan Kerjaya Doktor Bagi Pelajar Lepasan SPM Bagi pelajar lepasan SPM yang beminat menjadi doktor, berikut adalah merupakan laluan kerjaya Doktor yang anda perlu ikuti:
Mengambil pengajian dalam Program Asasi Sains atau Matrikulasi: Pilih kursus asasi sains atau matrikulasi. Perlu merujuk syarat kelayakan asasi atau kursus mengikut IPT. Menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan (MBBS/MD): Lanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di universiti tempatan atau luar negara. Tempoh pengajian kebiasaannya selama lima hingga enam tahun. Perlu Lalui Latihan Housemanship: Bakal Doktor perlu melalui latihan housemanship selama dua tahun di hospital yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Perkembangan kerjaya melalui Latihan Kedoktoran (Specialist Training): Seorang Doktor boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran tertentu jika ingin menjadi Doktor pakar. Senarai Bidang Pengajian Doktor Bidang pengajian perubatan atau bidang Doktor terbahagi kepada banyak jenis dan mempunyai pelbagai bidang. Tawaran bidang ini juga ada ditawarkan samaada di Universiti tempatan atau luar negara. Perkara ini anda perlu merujuk carian sendiri berkenaan tawaran kos. Dibawah adalah merupakan senarai bidang perubatan yang ditawarkan:
Physiology (Fisiologi) Optometri/ Ophtalmology (Mata) Medical Microbiology & Immunology Radiography/Radiology (X-Ray) Medicine (Ubatan) Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan & Sakit Puan) Biomedical Science Paediatrics (Kanak-kanak) Pharmacy (Farmasi) Surgery (Pembedahan) Physiotherapy (Fisioterapi) Otorhinolaryngology Anaesthesiology (Bius) Environmental Health / Science (Kesihatan Alam Sekitar) Veterinar (Haiwan) Orthopaedics (Tulang) Nursing Science (Sains Kejururawatan) Parasitology & Entomology (Parasit / Serangga) Pathology (Penyakit) Family Medicine (Perubatan Keluarga) Forensics (Forensik) Community Health (Kesihatan Komuniti) Dentistry (Pergigian) Oncology (Kanser) Hematology (Kajian Darah) Prostetics (Anggota Badan Palsu) Health Assistant (Pembantu Kesihatan) Midwifery (Perbidanan) Senarai dan Deskprisi Tugas Doktor Kerjaya seorang doktor perubatan secara umumnya adalah merangkumi perkara-perkara berikut:-
Memeriksa pesakit bagi menentukan penyakit. Membuat pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis. Memberi khidmat nasihat berkaitan penyakit dan menjalankan kaedah dan rawatan pencegahan. . Melakukan rawatan perubatan ataupun pembedahan khas. Menetapkan ubat dan rawatan bagi penyakit, gangguan ataupun kecederaan diagnosis. Tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai perubatan gred U41 boleh dibahagikan kepada tugas umum dan tugas on-call. Antara tugas-tugas umum termasuklah:-
Melakukan rondaan pesakit dalam wad. Memeriksa pesakit-pesakit baru dan lama. Membuat pelan rawatan dan membentang setiap kes pada pakar yang bertugas bagi rawatan selanjutnya Syarat Kelayakan Pegawai Perubatan Untuk menjadi seorang Doktor, seseorang itu perlu untuk melepasi beberapa syarat kelayakan seperti yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA) seperti dibawah:
Warganegara Malaysia; Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan Mempiunyai ijazah dalam ilmu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar sementara atau penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia. Calon yang dilantik di bawah seksyen 12(1)(a)(ii) AktaPerubatan 1971 dan telah memenuhi Peraturan-peraturan Perubatan seperti perenggan 12(1)(aa) serta telah berdaftar sementara dengan Majlis Perubatan Malaysia. Calon bagi lantikan hendaklah Lulus dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Berapa Gaji Doktor di Malaysia? Gaji Doktor diobawah SPA adalah bermula dari RM2,497 sehingga RM13,256 bagi gred yang paling atas. Kenaikan gaji Doktor pula adalah minima RM225 setahun.
Berikut adalah merupakan tangga gaji lengkap bagi Doktor dibawah SPA:
GredGaji MinimumGaji MaksimumKadar Kenaikan Gaji TahunanUD41RM2,947.00RM9,656.00RM225.00UD43RM3,611.00RM10,560.00RM250.00UD47RM5,211.00RM11,769.00RM270.00UD51RM5,860.00RM12,449.00RM290.00UD53RM6,182.00RM13,256.00RM320.00 Kerjaya Doktor di Malaysia masih mendapat permintaan tinggi dan dibayar dengan gaji yang tinggi. Hal ini, ia memberi dorongan dan motivasi kepada para pelajar untuk memulakan laluan kerjaya Doktor selepas SPM.
Soalan FAQs Berkenaan Laluan Kerjaya Doktor Bagaimana nak jadi Doktor? Pertama sekali anda kena mempunyai SPM aliran Sains dan melalui Asasi berkait dan lanjutkan ke ijazah perubatan. Kemudian perlu melalui beberapa latihan sebelum disahkan sebagai seorang Doktor bertauliah.
Adakah gaji Doktor mahal? Ya, gaji seorangf Doktor di Malaysia adalah mahal dengan gaji permulaan hampir RM3,000 dan boleh cecah RM10,000 keatas.
Adakah boleh pilih bidang pengajian perubatan doktor sendiri? Ya, pelajar boleh memilih sendiri bidang pengajian perubatan yang diinginkan seperti cadangan laluan kerjaya Doktor.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2024/05/laluan-kerjaya-doktor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepasan Spm 2023 Pilih Bidang Fisioterapi

Lepasan Spm 2023 Pilih Bidang Fisioterapi

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 237 hits
Bagi lepasan SPM 2023 yang berminat menceburi bidang fisioterapi berikut adalah laluan kerjaya yang boleh diikuti Pencapaian SPM Mendapat keputusan yang baik dalam SPM terutamanya dalam subjek sains seperti Biologi Kimia Fizik dan Matematik...
Tarikh Dan Panduan Semakan Keputusan Spm 2023

Tarikh Dan Panduan Semakan Keputusan Spm 2023

papar berkaitan - pada 24/5/2024 - jumlah : 313 hits
Hai semua Bagi mereka yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2023 pasti hati sudah berdebar debar menunggu keputusan kan nbsp Berita baik Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan bahawa keputusan SPM akan dikeluarkan p...
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2024

Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2024

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 403 hits
SENARAI BIASISWA BANTUAN PINJAMAN UNTUK LEPASAN SPM 2023 2024 Keputusan SPM baru sahaja diumumkan pada 27 Mei yang lalu dan kini tentu ramai pelajar lepasan SPM sedang giat membuat persediaan untuk memasuki IPT Tentunya kos pengajian menjad...
Foto Isak Tangis Pelajar Se Jabodetabek Warnai Aksi Solidaritas Untuk Korban Kecelakaan Bus Smk Lingga Kencana Depok

Foto Isak Tangis Pelajar Se Jabodetabek Warnai Aksi Solidaritas Untuk Korban Kecelakaan Bus Smk Lingga Kencana Depok

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 155 hits
Aksi tersebut diwarnai isak tangis pelajar yang hadir Dengan membawa foto korban dan spanduk mereka mengenang para korban kecelakaan bus maut tersebut
Memang Dah Janji Dapat 9a Spm Meerqeen Mahu Hadiahkan Adik Kereta

Memang Dah Janji Dapat 9a Spm Meerqeen Mahu Hadiahkan Adik Kereta

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 182 hits
Memang dah janji Pelakon Meerqeen bakal menghadiahkan sebuah kereta buat adiknya Muhammad Shafeeq Shauqeen Shaiful Izam atas kejayaan memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia baru baru ini Memang dah janji Pelakon drama...
What Options Are Available To Students With Less Than Stellar Spm Results

What Options Are Available To Students With Less Than Stellar Spm Results

papar berkaitan - pada 4/6/2024 - jumlah : 174 hits
AMID all the celebratory and self congratulatory posts on social media from proud parents and high scoring Sijil Pelajaran Malaysia students one netizen felt compelled to ask about the fate of students who barely scrapes through the fifth f...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lauk Paling Sedap

Hiburan Aktif Kegiatan Mencuri Ayam Di Pasar Awam Sekitar Daerah Batang Padang Tiga Lelaki Akhirnya Ditangkap

Keutamaan Berdoa Dalam Islam

Isshhh Tak Kan La Hangpa Ni Takat Sekampit Beras Ja

Jalan Kaki Tapi Magic Sampai India Dah

Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya