Panduan Dan Teks Lafaz Takbir Raya Aidiladha Rumi Dan Jawi
Ketika tarikh hari raya menjelma, ramai yang mula mencari teks lafaz takbir raya Aidiladha di dalam rumi dan jawi. Bacaan takbir raya mestilah dibaca lancar dan diikuti sama antara imam dan makmum semasa laungan takbir raya Aidiladha berlansung. Jom rujuk dari kami di Sistem Guru Online hadir yang menyediakan panduan dan teks takbir raya Aidiladha rumi dan jawi kepada anda.
Berkenaan Takbir Raya Aidiladha
Apa Hukum Takbir Raya Aidiladha?
Hukum takbir raya Aidiladha adalah sunat. Ia sunat ditakbirkan apabila datangnya hari raya aidilfitri atau aidiladha. Disunatkan juga untuk bertakbir secara berjemaah atau sendirian.
“Takbir [bagi orang] yang tiada mengerjakan pekerjaan haji mula-mula daripada Subuh Hari Arafah yaitu yang kesembilan [Zulhijjah] hingga Asar kesudahan Hari Tasyriq.”
Sabila al-Muhtadin (hal. 57) oleh Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari
Jenis Takbir Raya Aidiladha
Berikut adalah merupakan jenis takbir raya Aidiladha yang semua orang perlu tahu:
Takbir Mursal: Juga disebut Takbir Mutlak, sebab perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Oleh itu, ketika tenggelam matahari pada malam Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfiri sehingga takbiratulihram Solat Hari Raya, adalah disunatkan untuk bertakbir sepanjang masa.
Para ulama menetapkan bahawa perlaksanaan Takbir Mursal bagi Hari Raya Aidilfitri lebih ditekankan berbanding Hari Raya Aidiladha.
Takbir Muqayyad: Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Ketika masuk waktu bertakbir Hari Raya Aidiladha, adalah disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu.
Takbir Muqayyad ini hanya berlaku bagi Hari Raya Aidiladha dan tidak disunatkan pada malam Hari Raya Aidilftri melainkan Takbir Mursal sahaja yang juga lebih ditekankan bagi Aidilfitri
Panduan dan Lafaz Takbir Raya Aidiladha Rumi dan Jawi
Takbir Hari Raya Aidiladha Berapa Hari?
waktunya Takbir Muqayyad untuk Hari Raya Aidiladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga. Maksudnya, apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijjah, disunatkan untuk orang yang tidak pergi menunaikan haji untuk bertakbir setiap kali selesai menunaikan solat fardhu sehinggalah waktu Asar 13 Zulhijjah, menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.
Adapun bagi mereka yang menunaikan haji, mereka hanya disunatkan untuk bertakbir bermula gelincirnya matahari, yakni masuk waktu Zuhur Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah) sehingga terbitnya fajar sadiq, yakni masuk waktu Subuh pada 13 Zulhijjah. Namun sekiranya mereka sudah selesai bertahallul yang kedua, maka mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, sama seperti orang lain.
Teks Lafaz Takbir Raya Aidiladha
Berikut adalah merupakan lafaz takbir raya Aidiladha dalam jawi dan rumi:
Lafaz Takbir Raya
اللَّهُ أَكْبَرُ 3x
Allah Maha Besar 3x
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah
اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Allah Maha Besar dengan sebenar-benar kebesaranNya, Dan segala Puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah di waktu pagi & petang
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّيْنَ، وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ
Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, Kami ikhlas kepadaNya sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ
Tiada Tuhan melainkan Allah sahaja, Yang Menepati JanjiNya, Yang Menolong HambaNya
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab
dengan sendiri (KekuasaanNya)
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، اللَّهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدُ
Tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah
Lafaz Takbir Raya Aidiladha Rumi
Allahu Akbar, Allahu Akbar ,Allahu Akbar, La illaha il Allah , Allahu Akbar, Allahu Akbar walilahil Hamd , (3 kali)
Allahu Akbaru Kabeera wal-Hamdulilahi katheera wa Subhan allahi bukratan wa aseila .
Laa ilha illallah walaa na'budu illa iyyahu mukhlisina lahu deen, Walaw karihal kaafirun
Laa ilha illallahu wahdah, sodoqo wa'dah, wanasoro ab'dah
Wa'azzu jundahu wahazamal ahzaba wahdah
Laa ilha illallahu wallahu akbar, Allahu akbar Walihahil Hamd
Berdasarkan teks lafaz takbir raya Aidiladha jawi dan rumi ini, anda boleh memilih yang mana memudahkan anda untuk melafazkan lafaz takbir raya aidiladha. Semoga takbir raya kita penuh penghayatan dan menambahkan lagi rasa syukur kepada Allah SWT.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sistemguruonline.my/2024/06/lafaz-takbir-raya-aidiladha.html