Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2
Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2 | Assalammualaikum semua! Sudah hampir 1 bulan Ruby menghadiahkan kepada suami Galaxy Buds2 ni. Walaupun hadiah, ayuh kita lihat apa yang menarik dengan Galaxy Buds2 ni.
Buat julung kalinya, suami menerima pilihan warna Lavender. Sebelum ini telefon Samsung Galaxy warna Lavender pun dia terima dengan hati terbuka. Hahahaha. Lawa lah gadget warna purple. Sweet dan lembut je kan.
Pandang Pertama Samsung Galaxy Buds2Kotak kecil ini memiliki Galaxy Buds2 warna Lavender. Sepasang buds yang comel. Ruby ambil casing pengecas dan menyukainya. Bahagian luar berwarna putih dan di bahagian dalam berwarna Lavender. Unik!
Cara mengecas buds2 hanya letak sahaja di dalam casing pengecas. Manakala casing boleh di cas menggunakan usb type-c. Sama wayar pengecas dengan telefon pintar Samsung yang lain. Mudah!
Tenggelamkan diri anda ke dalam dunia anda sendiri. Tersesat dalam apa yang anda gemari. Galaxy Buds2 membuka dunia baharu pengalaman audio dengan bunyi yang seimbang, kesesuaian keselesaan yang tiada tandingan, ANC dan sambungan lancar ke telefon dan jam tangan anda. Kawalan yang lebih mudah dan maklum balas yang lebih baik membuat anda terbenam ketika bersenam, bermain permainan, atau bermain dengan rentak.
Buka Kotak Samsung Galaxy Buds2 Di dalam Samsung Galaxy Buds2 terdapat
1 x Galaxy Buds2 Lavender.USB type-c untuk mengecas.3 pasang ear-tip berlainan saiz.Manual Start UpWarranty Card
Buds2 Sesuai Untuk Gaya Hidup AktifGalaxy Buds2 sangat ringan, 5g setiap satu dan memastikan muzik tetap selesa di telinga anda walaupun untuk gaya hidup yang paling aktif. Kalau guna semasa berjogging dan bersukan, ia tidak akan terjatuh. Ia tidak tertakluk kepada penggunaan outdoor sahaja. Malah ia bersesuaian digunakan ketika memandu, bekerja di pejabat dan walau dimana-mana sahaja. Anda pasti tidak akan hilang fokus seperti ear phone yang lain. Ini kerana, Galaxy Buds2 memiliki ANC (Active Noise Cancellation).
Ear-Tip Dalam Tiga SaizDengan tiga saiz ear-tip silikon yang lembut dan fleksibel, anda boleh mendapatkan kesesuaian khusus untuk mendapatkan pengalaman ANC terbaik. Cari yang sesuai dengan menu "Uji fit Earbud" di aplikasi Galaxy Wearable.
Samsung sentiasa memahami pengguna. Telinga manusia mempunyai pelbagai bentuk. Malah, lubang telinga juga terdapat saiz, besar, sederhana dan kecil. Untuk Ruby, Ruby selesa dengan saiz kecil. Yeeeeee lubang telinga Ruby small. Hahaha. Tetapi, lubang telinga suami, dia menggunakan saiz medium. Selesa sangat. It fit me well. Hehehe.
Jangka Hayat Bateri Banyak masa penggunaan, walau dimana-mana sahaja anda berada. Sama ada anda menonton rancangan kegemaran anda, bersenang-senang melalui senarai main Spotify anda, atau menikmati aktiviti di luar, Galaxy Buds2 membuat anda sentiasa berhubung dan selesa sepanjang hari.
Hayat bateri yang tahan lama memberi anda masa bermain sehingga 5 jam dan 15 lagi dengan casing yang diisi penuh.
Warna Menarik Untuk SemuaGrafit klasik. Putih flawless. Zaitun yang menenangkan. Lavender yang bergaya. Setiap fon telinga didatangkan dalam reka bentuk ke hadapan fesyen dan sarung yang sepadan untuk menepati citarasa unik anda. Dengan reka bentuk buaian yang serasi, casing ini menjadikan earbud anda selamat, diisi semula, dan mudah dibawa.
Harga BerpatutanUntuk fungsi terbaik, inovasi terkini, rekaan dinamik dan comel. Harga Galaxy Buds2 dijual hanya RM 499 sahaja! Nak diskaun? Nantikan promosi hebat mingguan. Malah, Da banyak promosi beserta hadiah menarik menanti anda.
Jadi, Galaxy Buds2 warna apa menjadi pilihan anda? Komen di bawah okay?
SAMSUNG | FACEBOOK | INSTAGRAM | TIKTOK
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/10/pandang-pertama-samsung-galaxy-buds2.html