Pancit
Salam. Hi! Minggu lepas baru mula balik jogging (masalahnya banyak berjalan je dari lari kahkah!). Masalah betul makan bukan main banyak raya ni. Dengan babat-babat yang diternak semasa 2 bulan PKP lagi, seram fikir bila nak naik mesin penimbang. Lepas kejadian pritttt pritttt di Souh Creek Eco Hill 2, ini kira first time selepas sebulan (berapa kali first time entah?) sambung jogging.
Kali ini jogging dalam taman perumahan sendiri je. Tak pergi park macam hari tu sebab malas nak drive.
Melontong dulu kita.
Ini kejadian hari Sabtu. Aku ni lambatlah nak panas enjin puasa sunat 6. Orang lain dah berzaman habis buat, siap ada yang dah siap habis puasa ganti, aku baru terhegeh-hegeh nak puasa sunat. Tapi takpelah kan, Alhamdulillah sempat juga. Jadi sempena nak meraikan Raya 3.0 (kahkah!), Sabtu tu request dengan mak nak makan LONTONG. Lagi!
Ada orang challenge aku share maps jogging aku. Nak tengok berapa km dan berapa kalori terbakor masa jogging. Apa ingat aku tak berani nak bagi? Silap oranglah. Even aku jalan macam kura-kura, share running map tetap share 😂.
4km nak dekat sejam. Ini kalau aku join marathon / fun run mau jadi yang sisa-sisa penghabisan penutup tirai ni. Tak tahulah, aku rasa aku memang dilahirkan dengan low stamina. Dari zaman sekolah rendah, tiap kali marathon akulah antara manusia yang baki-baki yang perlu disorak bila sampai finish point 😅. Benda yang sama jadi membawa ke zaman uni, pun sama. Marathon? Fun run?
Naaaa, apa semua tu?
Tapi bila orang ajak jogging tetap onzzzzzz. Yang penting, ko jogginglah lari laju-laju kat depan sana, aku jalan je kat belakang ni. Yang penting balik karang silakan tunggu aku 😂. Bijak tak?
Ok, kawasan perumahan aku ni, dia didesign macam dalam loop. Ada bulatan besar main road, kiranya sepanjang loop tu ada fasa-fasa lain. Separuh laluan penuh dengan rumah dan ramai orang lalu. Separuh laluan lagi pulak, dipenuhi dengan tanah lot yang orang dah beli (agaknya) tapi masih tiada pembangunan. Kiranya rumah tak naik lagi.
Ada beberapa buah rumah je dan laluan masuk ke fasa yang belakang sikit. Jadinya laluan tu agak sunyi tapi masih ada banyak kenderaan cuma tak sebanyak laluan yang sebelum tu.
Aku ni pun, keluar jogging pagi gelap, sampai je laluan sunyi tu dah gabra. Siap berhenti depan rumah last dan merenung ke hadapan ke luar jendelaaa....
Ini nak lalu ke nak pusing?
Tapi aku lalu je sambil pegang handphone kuat-kuat dan lariiiiiiii!! Kahkahkah.
Ada rumah kawan Eja kat tengah-tengah laluan tu. So aku pun berhenti ambik nafas sambil tengok kiri-kanan depan-belakang. Bila pandang belakang rupanya ada brader lalu. Kelam-kabut follow belakang dia.
Tapi laju pulak brader ni jalan. Aku kan level kura-kura (nasib bukan labi-labi kah!), tertinggal aku kat belakang. Kemudiannya ada pulak 1 family 3 orang naik basikal lalu. Lega selagi nampak bayang diorang ok lah. Then depan sikit ada 1 family juga tengah jogging.
Laaaaaahhhh, ko nak gabra dah kenapa? Kan ramai je yang ada ni? Hahahahahaha. Drama betul.
Dah sampai rumah.Fuh lega. Boleh tahan pancit nak menghabiskan jogging ni. Nasib baik bila call mak, abah & amin takde. Kalau ade dah mintak jemput tengah jalan.
Breakfast sambung makan lontong. There goes my burned calories 😂
Baca juga :+ Hari Pertama 2020 | Tak Dapat Masuk Rumah!+ Allah Beri Apa Yang Kita Perlu Bukan Apa Yang Kita Nak+ Bila Mak Ada WhatsApp
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2020/06/pancit.html