Panas Keluarga Allahyarham Adib Kecewa Dengan Kerajaan Pn Janji Taik Minyak Pimpinan Tebuk Atap Tidak Dipercayai


 




February 11, 2021 Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan kes kematian anaknya yang meninggal dunia semasa bertugas di lokasi rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, dua tahun lepas.
Menurut Mohd Kassim, kelewatan kes tersebut memperlihatkan pihak berkuasa seolah-olah mengambil sikap sambil lewa dan menganggap ia bukan masalah kepada negara.

“Kami masih lagi menunggu tindakan seterusnya daripada pihak berkuasa. Kami pun dah selalu minta kerajaan percepatkan proses siasatan dan tangkapan. Sebab perkara ini dah lama sangat, keputusan mahkamah sebelum ini pun dah dimaklumkan. Tapi pihak berkuasa masih tidak ambil tindakan lagi.
“Kami selalu minta pihak berkenaan percepatkan buat siasatan, buat tangkapan untuk mencari kebenaran kematian anak kami.
“Kami sekeluarga rasa cukup kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh kerajaan, seolah-olah sambil lewa, seolah-olah ia bukan masalah bagi kerajaan,” katanya
Mohd Kassim berkata demikian ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini bagi mengulas kelewatan hasil siasatan polis berhubung kematian anggota bomba itu.
Disember lalu, kerajaan memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memberi keadilan buat keluarga Allahyarham Muhammad Adib.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Takiyuddin Hassan berkata setakat ini pihak Jabatan Peguam Negara masih menunggu hasil siasatan polis yang difahamkan kini di peringkat akhir, sebelum tindakan seterusnya dapat diambil.
 
Malah, Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin juga berkata siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.
Bagaimanapun, difahamkan sehingga kini masih tiada tindakan lanjut dibuat oleh pihak kerajaan.
‘Kenapa perlu ambil masa lama?’
Mengulas perkara itu, Mohd Kassim berkata dia musykil kenapa kerajaan perlu mengambil masa terlalu lama dalam mengambil tindakan.
Sedangkan, kata Mohd Kassim, Mahkamah Koroner sebelum ini telah memutuskan punca kematian Muhammad Adib adalah akibat perbuatan jenayah.
“Saya pun musykil kenapa kerajaan lewat mengambil tindakan, sebab apa kerajaan ambil masa begitu lama, sedangkan keputusan prosiding inkues sebelum ini pun dah putuskan arwah meninggal dan mereka juga telah serahkan kepada pihak berkuasa untuk terus membuat tangkapan.
“Tapi, sampai sekarang pun tidak ada apa apa perkembangan dan kita pun tak tahulah macam mana,” keluhnya.
Bagaimanapun, mengulas lanjut Mohd Kassim berkata pihaknya masih lagi meletakkan harapan yang tinggi untuk pihak berkuasa menyelesaikan kes itu.
Namun katanya, dia berharap tiada lagi suara suara yang menyatakan akan membuat siasatan sebab-sebab kematian Muhammad Adib.
“Kita minta tiada lagi. Sebab apa? Sebab mahkamah dah putuskan sebab-sebab kematian itu, apa lagi sebab untuk buat siasatan berhubung kematian arwah.
“Saya harap itu tak adalah. Sekarang ini kerajaan hanya perlu buat tangkapan dan dakwa pihak pihak yang terlibat.
“Dan buat masa ini kami ambil langkah tunggu dan lihat. Tapi kalau keadaan berterusan kita akan teruskan langkah seterusnya,” tambahnya.
 
Rasa kecewa itu turut dikongsi peguam Aidil Khalid, yang mewakili Mohd Kassim.
Menurut Aidil, ini kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis menunjukkan bahawa polis tidak bersungguh-sungguh mahu menyiasat kes kematian anggota bomba tersebut.
Malah katanya, polis masih menjaja cerita bahawa kononnya tidak ada saksi yang nampak Muhammad Adib dipukul.
“Bila pihak yang sepatutnya menyiasat, mengatakan ingin menyiasat semula, tetapi dalam masa sama tidak menunjukkan kesungguhan itu, maka harapan untuk mendapat penyelesaian semakin malap.
“Di bawah undang-undang jenayah, hanya kerana tiada orang nampak, bukan bermaksud jenayah itu tidak dilakukan,” katanya kepada Malaysiakini.
Mengambil contoh kes pembunuhan Sosilawati Lawiya beberapa tahun lepas, Aidil berkata dalam kes itu, bukan sahaja tiada ada saksi yang nampak bahawa jutawan kosmetik itu dibunuh, bahkan mayatnya juga sehingga kini tidak ditemukan.
“Tetapi polis dalam kes itu menyiasat bukti-bukti sampingan (circumstantial evidence atau keterangan mengikut keadaan) dan akhirnya pelakunya berjaya didakwa dan disabitkan,” katanya.
Jelas Aidil, jika dibaca alasan penghakiman Mahkamah Koroner setebal 52 halaman, hakim sudah jelaskan dengan panjang lebar bahawa walaupun tiada saksi yang nempak secara terus Muhammad Adib dibunuh, namun bukti-bukti ‘circumstantial’ terlalu banyak untuk merumuskan bahawa dia sememangnya telah dibunuh.
“Dalam hiruk-pikuk rusuhan di Kuil tersebut, tiga orang saksi nampak seseorang dikerumuni, sambil disepak-terajang. Salah seorang daripadanya kata, apabila dia datang dekat, dia nampak dengan mata kepala bahawa orang yang dikerumuni itu adalah arwah Adib (walaupun dia tidak nampak kejadian ketika mana Adib dipukul).
“Ini juga disokong dengan keterangan daripada saksi pakar Patologi, Prof Shaharum, yang membuat kajian forensik, bahawa memang jelas ada kesan Adib ditarik keluar dari van, diseret, dan kemudian dipukul,” katanya.
Tambah Aidil, ia juga disokong dengan rakaman video yang menunjukkan para perusuh menyerang kenderaan bomba.
“Juga disokong lagi oleh keterangan ketua Balai Bomba Subang Jaya dan pegawai Institut Jantung Negara (IJN) yang mengesahkan bahawa ketika dia melawat Adib di IJN, Adib ada memaklumkan kepadanya bahawa dia ditarik dan dipukul.
“Kesemua bukti-bukti ini, walaupun bukan bukti ‘ada orang nampak’, tetapi adalah bukti-bukti ‘circumstantial‘ yang sangat kukuh,” tegasnya.
 
Bagaimanapun, tegas Aidil dia bukannya magu mempersoalkan kenapa polis tidak lagi menjumpai pembunuh Muhammad Adib.
Namun katanya, alasan yang diberikan oleh pihak polis melalui kenyataan-kenyataan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menunjukkan pihaknya tiada kesungguhan dalam mencari keadilan untuk Muhammad Adib.
“PDRM perlu terus menyiasat dan kalau tak jumpa, terus lagi menyiasat dan mencari siapakah pembunuhnya.
“Tetapi jangan sesekali nafikan dan ubah jalan cerita, seolah-olah Adib tidak dibunuh hanya semata-mata untuk menutup kegagalan pihak polis mencari pembunuhnya.
“Tidak semua kes jenayah akan berjaya diselesaikan. Jika tidak berjaya cari pembunuhnya, maka kes ini perlu terus jadi kes yang tidak diselesaikan, tetapi jangan nafikan hakikat bahawa arwah mati dibunuh. Ini yang kita bantah,” tambahnya.
Allahyarham Muhammad Adib, 24, yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan parah dialaminya di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun sama.
Pada 27 Sept 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Muhammad Adib berikutan terdapat saksi baharu yang akan tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba dan penyelamat itu.. 










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/panas-keluarga-allahyarham-adib-kecewa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Menteri Kerajaan Tebuk Atap Langgar Sop Viral

Gambar Menteri Kerajaan Tebuk Atap Langgar Sop Viral

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 370 hits
Gambar Menteri Kerajaan Tebuk Atap Langgar SOP Viral Penganjur program pertanian bandar yang dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa memohon maaf kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard perintah kawalan pergerakan Kelab Pen...
Rentasan 819 Panas Pemimpin Tebuk Atap Pelahap Gelaran Dan Pangkat

Rentasan 819 Panas Pemimpin Tebuk Atap Pelahap Gelaran Dan Pangkat

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 188 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8191 ANTARA MUHASABAH RASUAH DAN FDI 2 GOMBAK TIDAK MAHU PENGKHIANAT 3 MUHYIDDIN DIANUGERAHKAN GELARAN BAPA PERUTUSAN KHAS 4 GAGAL BERTINGKAT TINGKAT DAPAT PANGKAT DALAM DARURAT
Antara Muka Yang Tak Berfungsi Dalam Kerajaan Tebuk Atap Rakyat Seru Letak Jawatan

Antara Muka Yang Tak Berfungsi Dalam Kerajaan Tebuk Atap Rakyat Seru Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 258 hits
Menteri Kesihatan dua timbalan makan gaji buta January 29 2021 Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad menggesa penggantinya Dr Adham Baba dan dua timbalannya untuk mengambil tanggungjawab dalam pembuatan keputusan KKM atau mengundurkan dir...
Nak Buat Macamana Netizen Semua Dah Nama Pun Kerajaan Tebuk Ikut Atap Kualitinya Tentulah Rendah

Nak Buat Macamana Netizen Semua Dah Nama Pun Kerajaan Tebuk Ikut Atap Kualitinya Tentulah Rendah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 203 hits
Kecoh Netizen pertikai Papagomo dapat pingat JMWFebruary 2 2021 Pada Hari Wilayah ini seorang individu yang pernah dipecat dari PDRM atas kesalahan jenayah pada 2005 dan kalah saman fitnah hampir RM1 juta pada 2014 telah dianugerahkan darja...
Tak Payah Terkejut Sangat La Hangpa Tak Da Fungsi Pun Dalam Kerajaan Tebuk Atap Apa Hangpa Buat Yellek

Tak Payah Terkejut Sangat La Hangpa Tak Da Fungsi Pun Dalam Kerajaan Tebuk Atap Apa Hangpa Buat Yellek

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 185 hits
Sugar baby Pemuda PAS terkejut gejala tidak bermoral wujud dalam kerajaan PNFebruary 14 2021 Dewan Pemuda Pas Malaysia mendesak agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat laman web dan aplikasi Sugarbook demi menjaga nama ...
Dakwa Polis Sambil Lewa Dalam Siasatan Ayah Allahyarham Adib Sangat Kecewa

Dakwa Polis Sambil Lewa Dalam Siasatan Ayah Allahyarham Adib Sangat Kecewa

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 147 hits
Bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Abdul Hamid meluahkan rasa kecewa dengan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan kes kematian anaknya yang meninggal dunia semasa bertugas di lokasi rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman S...
Dipercayai Enggan Buat Makanan Untuk Adik Wanita Didakwa Siram Anaknya Berusia 10 Tahun Dengan Air Panas

Dipercayai Enggan Buat Makanan Untuk Adik Wanita Didakwa Siram Anaknya Berusia 10 Tahun Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 270 hits
155 total views 98 views today Gara gara kerana enggan membuatkan makanan untuk adiknya seorang wanita tergamak menyiram anak kandungnya sendiri dengan air panas dan mencukur rambutnya serta melemparkan periuk ke arah anaknya itu pada Disem...
Jenazah Kanak Kanak Dipercayai Mangsa Dera Sudah Dituntut Keluarga Kandung

Jenazah Kanak Kanak Dipercayai Mangsa Dera Sudah Dituntut Keluarga Kandung

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 194 hits
Oleh Polis mengawal ketat Madrasah As Syakirin Simpang Bekoh Jasin di mana jenazah mangsa akan disembahyangkan sebelum dikebumikan NSTP AMIR MAMAT JASIN Jenazah kanak kanak dipercayai mangsa dera ibu kandung dan bapa tirinya di Taman Krubon...
Covid 19 Kecewa Dengan Tindakan Kerajaan Pn Penggiat Seni Mengadu Kepada Istana Negara

Covid 19 Kecewa Dengan Tindakan Kerajaan Pn Penggiat Seni Mengadu Kepada Istana Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2021 - jumlah : 286 hits
February 13 2021 Pelakon veteran Fauziah meluahkan rasa terharu dengan keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang menitahkan untuk berjumpa pegawai Istana Negara bagi mendengar luahan hati...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin