Palestin Hancur M Sia Masih Konsert S Norhaliza
Siti Nurhaliza anggun dan mengekalkan aura kemelayuan dengan busana rekaan Ezuwan ketika Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024. - Foto ihsan Ezuwan Ismail
1. Bantu reka baju Siti Nurhaliza dari Tanah Suci
KUALA LUMPUR: Pereka fesyen, Ezuwan Ismail menyifatkan peluang menyiapkan busana tradisional untuk digayakan penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza bersempena dengan Konsert Fenomena: Siti Nurhaliza Live In Singapore 2024, baru-baru ini memberikan cabaran tersendiri buatnya.-ADVERTISEMENT-
Meskipun berpengalaman, menurut Ezuwan, 42, tanggungjawab itu tetap berat kerana boleh mencacatkan penampilan Siti jika tidak dihasilkan dengan penuh teliti dan rapi."Ada dua persalinan saya sediakan, satu busana moden. Itu boleh dianggap sudah jadi macam 'makanan' kita.
"Cuma agak mencabar nak siapkan baju tradisional sebab kalau silap langkah, ia boleh jadi macam baju songket pengantin!
"Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen anggun di samping masih mengekalkan aura kemelayuan.
"Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci bagi menunaikan Haji.
"Saya cuba yang terbaik kerana nak nampak ia ada elemen anggun di samping masih mengekalkan aura kemelayuan.
"Memang menguji sebab sepanjang proses menyiapkan busana itu, saya di Tanah Suci bagi menunaikan Haji.
"Jadi tak dapat nak pegang depan mata. Walaupun saya sudah biasa buat baju, tapi sentuhan pereka feysen itu adalah kepuasan sebenar," katanya kepada BH Online.
Ezuwan menambah, untuk memastikan rekaannya itu menepati kriteria, dia menitikberatkan dari segi perincian.
"Untuk persalinan itu juga, saya fokus kepada perincian yang mana ia disulami dengan puluhan ribu manik-manik halus selain ada tassel, kerawang dan guna dawai di bahagian bahu bagi memberikan ilusi '3D' pada rekaan.
"Kami hanya berkomuniksasi menerusi panggilan video, namun syukur kerana dipermudahkan," ujarnya.
Ternyata usahanya itu membuahkan hasil apabila helaian tradisional itu mendapat pujian ramai termasuk suami penyanyi Aku Bidadari Syurgamu itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K.
"Alhamdulillah beliau suka dengan baju yang saya buat. Datuk K sempat beri isyarat 'thumbs up' sambil kata cantik. Iyalah, bukan senang nak dapat pujian sedemikian daripada beliau.
"Rasa berbaloi bila terima dedikasi itu mengenangkan kita sendiri bertungkus-lumus mahu beri yang terbaik demi konsert skala besar Siti di negara orang," luah Ezuwan.
Terdahulu, busana digayakan penyanyi nombor satu negara itu menjadi bualan di media sosial selepas Siti atau panggilan mesranya TokTi, memuat naik hantaran di akaun Instagram, semalam.
Hingga kini, perkongsian terbabit meraih hampir 30,000 tanda suka dengan lebih 300 komen warganet.
Rata-ratanya memuji persalinan indah yang digayakan Siti ketika menjayakan segmen Irama Malaysia menerusi konsert yang berlangsung di Singapura itu. (BH)
2. Kasih kepada bangsa jangan sampai melanggar agama -PAS
Konsep negara bangsa Malaysia promosi semangat kasih sayang, kononnya.
RABB maksudnya Tuhan yang mencipta, memberi keperluan, nyawa dan makanan, serta menjaga hujan dan kemarau. Maka, sembahlah Dia, jangan sembah berhala kerana berhala juga adalah makhluk-Nya yang tidak boleh berbuat apa-apa.
Walaupun Allah telah mengutus Nabi dan Rasul, tetapi manusia masih berpecah-belah. Agama Samawi atau langit merujuk kepada Islam, Yahudi dan Kristian. Agama budaya pula adalah hasil daripada pemikiran manusia yang merujuk kepada Sikh, Hindu, Zoroaster dan Buddha.
Ideologi-ideologi moden boleh dikategorikan sebagai agama budaya seperti sekularism, nasionalism dan lain-lain. Kalau kita berpegang dengan sekularism atau materialism misalnya, boleh bercanggah dengan akidah kita. Ulama yang tegas dan ketat, akan mengatakan bahawa kita telah kufur.
Orang Islam tidak boleh berpegang dengan fahaman kebangsaan, sekular atau liberal kerana semua ini daripada pemikiran manusia. Ini adalah agama atau kepercayaan dan pegangan hidup manusia. Ia bercanggah dengan akidah tauhid.
(Lanjutnya sila rujuk 'Kasih kepada bangsa jangan sampai melanggar agama' – HARAKAHDAILY 1/7/2024)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ertinya, berpihak kepada kumpulan sendiri, atas nama seni, budaya, penyanyi tersohor negara atau kelompok tersayang sekalipun, tetapi dalam perkara yang menyalahi agama, ianya adalah dilarang. Kepentingan agama Islam lebih tinggi dari segala kepentingan lain.
Oleh itu, kesian kepada mereka, apa nak jadi negara, tanah air kita yang tercinta ini?
Sekian.
Iklan: Lihat juga 'Orang Cina, kembalilah kepada Islam..'
Di negara ini, tidak mustahil pemimpin-pemimpin DAP Malaysia boleh menjadi pemimpin rakyat Malaysia, kalau pemimpin Melayu kini masih kekal tebal dengan najis assobiah perkauman sempitnya itu.
....
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2024/07/palestin-hancur-msia-masih-konsert.html