Pakej Unlimited Hotspot Dan Unlimited Wifi Mana Paling Berbaloi


Salam guys.

Sebelum ni aku pernah pakai umobile U28 yang 3gb quota internet tu. Ni masa awal2 aku berblog la aku pakai. So kejap je dah habis kalau buat internet sharing. Nak update blog pun susah haha... Sekarang umobile pun dah start buat pakej unlimited internet. Tapi internet sharing pulak kena charge ikut quota. Ni semua sebab webe la mulakan dulu internet sharing ada quota. Kan dah semua terikut2..


Tapi kalau korang jenis tak pakai hotspot sangat, then berbaloi je pakai umobile gx30 atau gx50 unlimited internet tu.
Memang murah cuma coverage tu bergantung kat mana kawasan korang duduk la.. Nak tahu kat mana ada coverage, sebelum try sesuatu pakej tu download dulu aplikasi OpenSignal ni
Pakai app ni boleh tahu telco mana yang ada line kat tempat korang. So boleh la agak telco mana yang sesuai dengan korang

Alright... so sekarang aku nak cerita pasal pelan2 internet yang ada kat Malaysia. Korang maybe dah tahu kot... Tapi takpe aku nak cite gak. Haha...
Sebelum ni aku ada tercari2 pelan internet terbaik yang sesuai untuk aku. Pening jugak nak pilih...dengan masa tu unifi tengah full port pulak kat kawasan rumah aku...memang aku research pasal internet je memanjang... So kalau aku dah kumpulkan semua pelan unlimited internet kat blog ni, aku harap lebih senang la pembaca yang baca blog aku ni nak buat pilihan internet terbaik untuk korang nanti....

OK...
Biasanya plan internet yang unlimited ni akan pakai cable fibre macam Unifi, Maxis dan TIME. Tapi kalau tempat korang unifi tak masuk2 lagi, korang jangan risau. Still ada internet unlimited lain yang boleh pakai. Aku faham ada yang pakai streamyx tu masih tak dapat upgrade2 lagi ke unifi. Dah la streamyx lagi mahal daripada unifi, memang sedih la... OK..takpe nanti aku cerita alternatif lain dia apa.


Kat bawah ni antara Unlimited Internet Sharing/Hotspot dan Unlimted Wifi yang ada kat Malaysia ni:


1) Unifi Fibre

Unifi ni memang popular la dengan unlimited internet. Aku pun sebelum ni pernah pakai unifi yang RM 129 tu. Dulu 30 mbps je, sekarang dah 100mbps unlimited quota. Memang berbaloi pakai sebab dapat Unifi TV sekali. Speed pun sedap bila pakai internet fibre ni. Dengan adanya unifi ni memang aku dah takde la nak subscribe astro lagi. 
Kalau nak tengok tv memang aku layan Unifi TV je, kalau nak layan movie aku tgk kat Youtube dan Netflix je..,dan kalau nak tengok bola pulak biasa aku masuk website ronaldo7.net. Kat situ memang banyak link nak tengok bola boleh pilih. So astro dah tak relevan sangat bagi aku

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019

2) TIME Fibre

Kalau nak bandingkan TIME vs Unifi. Memang TIME jauh lebih murah. Tapi TIME ni dia racist hahah.. Dia pilih kawasan2 yang high end je dan kawasan2 yang tinggi macam condo atau apartment. Kalau landed house jarang dia masuk

Tapi pakej TIME memang murah dan berbaloi. Untuk unlimited 100mbps baru RM99 sebulan. Kalau 500mbps baru RM 139 sebulan, dan kalau korang memang jenis nak tengok movie 4k je diorang siap ada speed 1gb lagi. Tu pun baru RM199 sebulan. Tapi kalau speed sampai 1gb ni korang nak buat apa sangat sebenarnya? haha.. Untuk normal usage,  speed 30 mbps yang stable pun dah sangat2 cukup untuk dipakai kebanyakan orang. Kalau dah speed 1gb tu memang download movie dua saat je dah siap. Tapi poket barai la sebab agak tinggi bulanan..

So kalau ada rezeki tempat korang ada TIME, better la pilih TIME sebab pada aku ni paling berbaloi dengan speed yang ditawarkan

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019

3) Maxis Fibre

Maxis Fibre so far pada aku yang paling murah. Unlimited quota pada speed 30 mbps dah boleh dapat dalam RM89 sahaja sebulan. Speed dia pun stable. Sebab aku sekarang pakai Maxis Fibre ni. Kalau buat speedtest memang nampak speed naik sehingga 100mbps then dia akan capped ke 30mbps sebab pakej aku hanya speed 30 mbps sahaja. So dari segi speed jangan risau takkan kurang dari 30 mbps

Kalau korang rasa tak cukup speed 30 mbps, then Maxis pun ada tawarkan pakej RM 129 sebulan untuk speed 100 mbps sama macam unifi. Kalau untuk pakej 100mbps ni better la ambil pakej dari unifi sebab korang akan dapat pakej unifi TV sekali.  Lagipun kalau ambil direct ke TM Unifi terus, customer service dia lebih reliable. Kenapa aku cakap lebih reliable? Sebab Maxis fibre ni pun bergantung kepada TM gak. Kalau kat tempat korang takde Unifi, maka takkan ada la Maxis fibre ni kat situ. Kalau tempat korang dah full port unifi maka untuk Maxis fibre pun akan full port jugak. 
So Maxis ni berbaloi ambil pakej RM89 sebulan tu je. Kalau yang lain, tak cukup berbaloi pada aku. 
Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019

4) Digi Infinite 150 (Postpaid)

Ok untuk Digi ni adalah penyelamat kepada pengguna Streamyx. Sebab Digi bukanlah pakej fibre internet, tapi ianya pakej postpaid unlimited internet. Pakej Digi Infinite 150 antara satu2nya pakej postpaid unlimited yang ada kat Malaysia sekarang ni. Macam mana dengan speed? Speed akan bergantung  kepada jenis modem apa korang pakai. 
Ada yang boleh cecah speed 200mbpsAda yang boleh cecah speed 100mbpsAda yang dapat 30 mbps sahajaAda jugak yang dapat bawah 10 mbps

Semuanya bergantung kepada Modem apa korang pakai dan kawasan mana korang duduk. Pakai Digi ni senang je. Mula2 korang kena beli modem yang boleh support simcard dulu. Kat shopee banyak. Antara yang berbaloi dan murah aku pakai modem Tenda yang boleh masuk simcard

Just masuk simcard Digi, bukak suis plug modem korang tu. Tadaa.. dah boleh guna internet wifi kat rumah korang. Kalau korang masih pakai streamyx tu aku rasa better la pakai Digi Infinite 150 ni. Harga dia RM150 sebulan. Pengalaman aku pakai speed terbaik pernah aku dapat dalam 18mbps sahaja. Mungkin modem aku bukan modem bangsawan. Kalau pakai modem/router bangsawan macam huawei B618 ni, aku tengok ada pengguna yang boleh dapat sampai 100mbps. Memang puas hati beb speed laju camtu...

Tapi sebab aku pakai modem/router Tenda 4G680 beli kat shopee je.. so memang tak boleh nak expect speed maximum la.. Tapi 18mb pun ok je aku boleh je streaming bola live. So takde masalah sangat. Kalau korang pakai Digi Infinite ni  korang kena join group facebook Digi Postpaid Infinite Community . Group tu sangat aktif dan semua sangat2 membantu. 

5) Celcom Home Fibre



Kalau korang duduk Sabah pulak ada lagi satu tambahan internet dari celcom home fibre ni. Harga cuma RM80 sebulan sahaja pada saat aku menulis ni. Speed pun boleh tahan 40mbps. Tapi khas untuk orang Sabah je la. Aku pun tak pasti kenapa Sabah je dia offer.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


6) Unifi Mobile Prepaid (BEBAS2NJOY)

Kalau korang still tak nak ada komitmen dengan postpaid atau home fibre, ni ada lagi satu pakej prepaid je tapi boleh jadi unlimited hotspot quota dari unifi mobile. Macam mana nak jadi unlimited hotspot tu? Korang just subscribe je dia punya pakej mingguan RM20 untuk unlimited data. So kalau subscribe sebulan terus, kira RM20 x 4 minggu. Jadi jumlah bulanan korang kena bayar adalah RM 80 sebulan untuk unlimited data.

Tapi berbaloi ke? Pada pendapat aku setelah menggunakan unifi mobile ni, speed kurang laju. Paling laju aku dapat buat hotspot dalam 3 mbps sahaja maximum. Itu pun dah masuk dalam modem. Kalau pakai hotspot phone je memang lagi slow rasanya..Pakej ni more on flexibility je..

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


7. Astro Broadband Bundle



Haaa... astro pun sekarang dah tawarkan internet fibre. Untuk astro ni dia bundlekan pakej channel Astro bersama2 dengan internet fibre dari TIME dan jugak dari Maxis Fibre. Harga pakej untuk speed 30mbps baru RM89 sebulan, manakala untuk speed 100mbps harganya RM 129 sebulan.
Tapi kalau subscribe dengan astro ni... untuk pakej channel tu ada additional harga kena tambah. Contohnya RM89 sebulan untuk fibre internet + RM39.95 untuk family pack astro. So total jadi RM 128.95 jugak la...

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


............................................

SPECIAL CASE

Sekarang ni TNB ada buat testing untuk infrastruktur internet TNB dia kat Jasin, Melaka. Jadi kat Jasin sekarang ni ada lebih banyak lagi pakej unlimited internet ataupun fibre internet. Kebanyakan telco dah join untuk menggunakan infrastruktur TNB bagi pakej2 yang ditawarkan kat Jasin. Syok gak la, dah la banyak yang murah2... Yang korang tak pernah dengar pun ada...


So ni pakej2 yang ada kat Jasin, Melaka:

1) City Broadband


Pakej City Broadband ni sangat murah... Pada harga RM 79 sebulan pun dah boleh dapat unlimited internet dengan speed 50mbps. Memang dah cukup2 berbaloi pada aku dengan harga dan speed dia. Untung betul orang Melaka ni...

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


2) Celcom Home Fibre



Celcom home fibre yang sebelum ni ada kat Sabah sahaja pun sekarang dah available kat Jasin Melaka. So orang2 sabah dan orang2 Melaka boleh la cuba internet dari celcom ni. Sekarang harga kira murah dah aku rasa. RM80 sebulan unlimited. Memang betul2 dah competitve sekarang pakej2 internet kat Malaysia ni.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


3. Digi Home Fibre


Fuhh... Digi pun join sekali offer pakej unlimited internet fibre kat Jasin ni. First time aku dengar Digi offer home fibre ni. Kat tempat2 lain semua orang masih pakai Digi postpaid Infinite 150 lagi. Kat Melaka dah tak risau speed tak stable dah. Bila internet fibre ni biasanya speed stable. Memang tak aci betul asal orang Melaka je dapat ni .Huaarhh.. haha..

Digi Home Fibre ditawarkan pada harga RM95 sebulan dengan speed 50 mbps. Not bad.. Lebih laju daripada Maxis Home fibre yang aku pakai sekarang ni.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


4. Astro Broadband Bundle


Kalau kat Jasin pulak Astro Broadband bundle dia lebih murah sikit. Family pack + Internet speed 50mbps baru RM 99 sebulan. Kira berbaloi jugak pada aku. Dah la dapat internet stable, pastu boleh pulak layan astro punya channel. Ulang2 pun takpe la haha... Yang lainnya kat Jasin ni pakej internet dia under City Broadband. Kalau kat website astro setakat aku tulis ni.... belum ada lagi ditawarkan untuk sebarang penyertaan untuk pakej ini. Mungkin sebab ianya hanya untuk penduduk Jasin sahaja maka tiada tawaran dibuat melalui website.

Tarikh maklumat pakej dikemaskini: Januari 2019


.................................

Fuhh banyak gak kan pakej internet unlimited kat Malaysia ni kan?  Sengaja aku tak masukkan streamyx sebab aku rasa streamyx tu dah outdated sangat la. Haha... Disebabkan aku tak duduk kat Jasin Melaka, buat masa sekarang ni pada aku pakej paling berbaloi dan paling ramai orang boleh pakai adalah Maxis Home Fibre.

Sebab murah je pakej dia RM89 sebulan... Speed pun ok setakat aku guna.. Nak tengok netflix takdehal. Modem yang Maxis bagi pun ok je rumah sewa aku dua tingkat sampai tingkat atas boleh dapat wifi. Banding dengan modem dari unifi dulu, rumah apartment aku sewa yang satu level je tu pun... duduk kat bilik dah tak dapat wifi.

Ok tu je la aku rasa internet unlimited yang ada kat Malaysia ni...

So korang pulak, setuju ke dengan aku yang Maxis paling power dan berbaloi? Kalau tak setuju, apa internet paling berbaloi yang korang pernah pakai setakat ni? Share sikit...



Baca lagi:

Mcd atau Kfc? Sama je..Kereta Overheat? Tak check air ke bro?Keburukan main game onlinePerbezaan harga minyak dulu vs sekarang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://caspositif.blogspot.com/2019/01/pakej-unlimited-hotspot-dan-unlimited.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Benda Paling Penting Untuk Seorang Yang Bergelar Wanita

Benda Paling Penting Untuk Seorang Yang Bergelar Wanita

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 500 hits
Pengasas kosmetik sensasi sajat sekali lagi menjadi bualan n3tizen apabila dia telah memuat naik sekeping foto di instagram Foto tersebut mengundang banyak komen di ruang akaun instanya Foto yang dimuat naik memaparkan penyanyi lagu Bobo Di...
Neymar Pemain Bola Paling Bernilai Di Dunia Ronaldo Terkeluar 10 Carta Teratas

Neymar Pemain Bola Paling Bernilai Di Dunia Ronaldo Terkeluar 10 Carta Teratas

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 307 hits
Neymar pemain bola paling bernilai di dunia Ronaldo terkeluar 10 carta teratasNeymar Foto AFPBINTANG Paris Saint Germain Neymar merupakan pemain bola sepak paling bernilai di dunia menurut KPMG Pakar kewangan KPMG melancarkan alat baharu un...
Suanggi Ilmu Hitam Paling Ditakuti Di Tanah Papua

Suanggi Ilmu Hitam Paling Ditakuti Di Tanah Papua

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 195 hits
Mungkin nama Suanggi masih terdengar asing di telinga orang Indonesia pada umumnya namun bagi orang Indonesia timur nama tersebut begitu menakutkan Bahkan banyak orang menghindari topik pembicaraan soal ini saat berkumpul bersama teman atau...
Ini Adalah Tweet Dengan Angka Retweet Paling Tinggi Buat Masa Ini

Ini Adalah Tweet Dengan Angka Retweet Paling Tinggi Buat Masa Ini

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 253 hits
Permulaan tahun baru 2019 ini menyaksikan pelbagai rekod baru dicatatkan dalam arena media sosial Selepas tempoh hari menyaksikan akaun Instagram yang paling cepat mencapai pengikut seramai sejuta kini rekod baru turut dicatatkan pada Twitt...
Benda Paling Penting Walaupun Mahal Kat Sini Tetap Kena Ready

Benda Paling Penting Walaupun Mahal Kat Sini Tetap Kena Ready

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 229 hits
Benda Paling Penting Walaupun Mahal Kat Sini Tetap Kena Ready Siapa tidak kenal dengan usahawan Nur Sajat yang sering menjadi tumpuan ramai namun sekali lagi usahawan ini menjadi perbualan di Instagram apabila dia bertindak memuat naik seke...
Tanggapi Prabowo Ruhut Sebut Korupsi Paling Parah Di Era Orde Baru

Tanggapi Prabowo Ruhut Sebut Korupsi Paling Parah Di Era Orde Baru

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 145 hits
Mantan politisi Partai Demokrat Ruhut Sitompul menanggapi pernyataan Calon Presiden nomor urut 02 Prabowo Subianto soal korupsi di Indonesia seperti kanker stadium 4 Ruhut menyebut apa yang disampaikan Prabowo adalah hoaks
6 Moment Paling Diingati Sepanjang Sultan Muhammad V Menjadi Yang Di Pertuan Agung

6 Moment Paling Diingati Sepanjang Sultan Muhammad V Menjadi Yang Di Pertuan Agung

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 369 hits
Sultan Muhammad V mengumumkan perletakan jawatan sebagai Yang di Pertuan Agong berkuatkuasa pada 6 Januari lalu Baginda yang sebelum itu dikenali sebagai Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik sebagai Yang di Pertuan Agong pada 13 Disem...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Ultimate Guide To Ghibli Park

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru