Padah Pinggan Dan Mangkuk Tak Cuci Rupanya Ada Yang Singgah
Padah Pinggan Dan Mangkuk Tak Cuci, Rupanya 'Ada' Yang Singgah...
Aku ada satu perkongsian untuk tauladan semua. Kisah ini terjadi pada aku pada 18 Disember 2023 (Isnin). Ceritanya macam ini...
Isnin pagi isteri aku masak untuk sarapan kami. Selepas zohor, aku dan anak beranak keluar rumah untuk ke majlis perkahwinan anak kawan isteri aku. Selepas majlis kahwin kami ke hospital untuk ziarah anak saudara aku yang warded. Kami stay hospital sampai lepas maghrib dan kami terus ke gerai adik aku. Lepak dekat gerai sampai pukul 11 malam.
Pukul 11 malam kami balik rumah. Sampai rumah macam biasa (mateen sudah tidur dalam kereta). Isteri uruskan mateen dan bersihkan diri dalam bilik. Aku pula mandi di bilik air kedua dan solat.
Selepas solat aku ke dapur untuk minum air sebelum masuk bilik.
Bila aku masuk dapur, aku nampak tingkap dapur tidak tutup, pinggan dan mangkuk yang kami sarapan pagi tadi tidak dibasuh lagi dan sampah kering dan basah ada dalam tong sampah dapur.
(Kebiasaannya sebelum keluar rumah, aku dan isteri akan pastikan ruang dapur ni bersih. Tapi mungkin Allah nak mendidik aku, hari itu aku terlupa untuk bersihkan dapur termasuk buang sampah).
Jadi, bila aku masuk dapur nampak tidak bersih, aku mula tutup tingkap dan basuh pinggan mangkuk yang ada di singki.. Masa tengah basuh tiba-tiba...
Tiba-tiba pintu dapur dan bilik digegar kuat. Masa ini aku secara automatik terkaku dan tidak boleh bergerak (tidak tahu kenapa) dan satu badan aku meremang. Lebih 30 saat aku rasa aku terkaku dan aku cuba lawan ketakutan bila fikirkan aku ada anak kecil.
Aku beranikan diri bersuara dalam ketakutan dan aku cakap
“Kau makhluk dan aku makhluk. Kita sama cuma kita berbeza alam. Kau dengan aku tetap akan dihimpunkan di padang mahsyar dan dihitung.
Selagi mana aku tidak mengganggu kau, kau jangan kacau aku dan keluarga,"
Aku cakap dalam keadaan takut yang teramat sangat. Aku takut dia muncul. Kalau dia muncul, sah aku rebah. SAH.
Lepas aku bersuara macam itu, aku terus baca ayat kursi sekuat tenaga dan suara aku (tapi suara aku antara keluar atau tidak sebab sumpah aku ketakutan) Tengah aku baca, pintu bilik dan dapur bergegar lagi. Aku terus jadi kuat baca sambil tapak tangan kanan aku pegang dinding rumah dan jari telunjuk tunjuk ke arah pintu yang bergegar. Aku ulang dan ulang bacaan ayat kursi sambil aku bayangkan besarnya ayat kursi yg terletak kat arash Allah (Ini yang guru aku ajar bila diganggu makhluk halus).
Selang beberapa minit keadaan senyap macam biasa. Aku terus ke ruang tamu dan aku teringat apa yang guru aku ajar:
(Letak tapak tangan pada dinding rumah dan tunjuk sekeliling rumah serta baca ayat kursi dan surah yasin ayat ke sembilan dengan niat pagar rumah. Kalau benda itu ada dalam rumah dan cuba untuk masuk, Insyaa Allah akan terbakar).
Ok. Pengajaran dan tauladan di sini:
1. Jangan tinggalkan rumah dalam keadaan dapur kotor.
2. Sebelum masuk maghrib, sampah basah atau sisa-sisa makanan buang.
3. Sebelum tidur pastikan pinggan mangkuk bersih.
Biasanya semua ni aku akan pastikan bersih setiap hari, tapi Isnin hari itu kami keluar dan balik malam tanpa dirancang dan aku betul-betul terlupa untuk pastikan dapur aku bersih. Mungkin Allah nak uji aku dan mungkin jin tu terperanjat aku masuk dapur tiba-tiba. Dia pula tengah duduk lepak. Tu yang dia kacau aku kut. Hahahaha apa-apa pun ini pengalaman aku diganggu sorang-sorang. Syukur ada secebis ilmu dari guru aku untuk aku halau. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang aku tidak sedar dan buat-buat tidak sedar sebab ketakutan.
Wallahu ‘alam..
Sumber: Noor Hakkim Nordin/Facebook | sk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://belogsjm.blogspot.com/2023/12/padah-pinggan-dan-mangkuk-tak-cuci.html