Pada Saya Macam Ni Barulah Imam Sebenar Our Real Hero


‘Pada Saya, Macam Ni Barulah IMAM SEBENAR, Our Real HERO!…’ Bayangkan situasi ni… Pada suatu petang. Suami pegi masjid untuk Maghrib. Sebelum ke masjid, Alhamdulillah sempat masakkan nasi. Si isteri pulak elok-elok azan maghrib, selesai masak lauk dan sayur.
OK, masa untuk solat!
Sementara tu bagi anak-anak makan buah, kengkonon nak bagi leka sementara masuk toilet.
Masuk bilik air, baru nak pee pee…
“Ummiiii, adik tumpahkan buah atas katil”
Ok, tak urgent. Sambung pee pee. Baru nak ambik wudhuk…
“Ummiiii, angah kacau lauk atas dapur”
Ok, ni urgent. Bahaya takut main dapur gas. Keluar-keluar tengok si anak teruna dah panjat atas kerusi, tengah pegang senduk kacau kuali. Kuali penuh air yang dia tuang ke dalam minyak bekas goreng ayam!
Dah settle yang ni, masuk semula toilet nak ambik wudhuk.
“Ummi, angah letak plastik atas kepala adik”
Ok, emergency. Keluar balik toilet. Tengok diorang seronok main bungkus plastic bag kat kepala.
“Jangan buat lagi macam ni, boleh MATI tau!”
Suara si ummi dah start pitching tinggi.
Pastu masuk toilet balik.
Tengok-tengok pukul 8.03pm baru nak solat maghrib. Huhuuu nanges.
Then encik hero pun balik dari masjid. Rasa macam ada pasukan bomba dan penyelamat mai rescue.
Si sulung reporter tadi cerita balik semua kejadian.
“Ok takpa, nanti kita basuh”
“Ok takpa, nanti baba tukar cadar”
Penuh tenang, si baba pun terus tukar cadar, tekan mesin basuh. Pastu senduk nasi, hidang lauk.  Tukarkan pampers, mandikan si kecik dan suapkan makan.  Ummi habis solat maghrib, makan together.  Habis makan, elok-elok azan Isyak.  Encik hero pun ambik wudhuk dan pi masjid semula.
Ada suami yang spend masa kat masjid, dari sebelum maghrib sampai lepas kuliah isyak.
Tapi rupanya isteri dia kat rumah solat maghrib dekat pukul 8.30pm sebab uruskan anak-anak. Yang accident terkencing atas lantai, yang terberak sampai bocor atas sofa, yang bagi pecah pinggan, bagi tumpah air. Yang teriak lapaq susu lagi. Maklumlah, anak 4 orang setahun sorang kan!
Suami khusyuk je dengar kuliah isyak kat masjid. Sampai mengalir-ngalir air mata.
Tapi rupanya si isteri kat rumah pun menitis air mata sebab nak kencing pun kena tahan, kena bagi makan anak-anak yang mengamuk kelaparan, bagi menyusu baby yang meraung kehausan…
Suami kat masjid, habis kuliah sembang pulak. Siap bergurau dengan member, “wei, hang bila nak tambah tentera, aku ni nak masuk 5 dah tahun ni tau”
Padahal suami tu tak tau, masa bukak buku pink, isteri siap cakap kat Dr nak gugurkan kandungan sebab tak bersedia. Penat tak terhingga.
Balik masjid, suami goyang kaki atas sofa tengok TV, siap order teh O panas kat isteri.
Padahal isteri tadi dahlah belum mandi, baju bau susu masam, ketiak bau ikan kering, isyak pun takdan solat lagi.
Jangan silap pahammm. Pegi masjid tu dituntut, sampai Nabi nak bakar rumah lelaki yang tak berjemaah kat masjid.
Tapi islam bukan hanya pada kuliah masjid semata. Bukankah Islam juga ajar berlaku ihsan dalam setiap aspek kehidupan? Ilmu dan praktikal perlu seiring. Dah dengar kuliah, balik tu santunilah juga keluarga, tolong-menolong dan kerjasama dalam kerja-kerja rumahtangga, tak gitu?
Syumul kan islam?
Jangan salah pahammm. Solat berjamaah di masjid tu tersangatlah awla. Tapi islam juga ajarkan fiqh aulawiyat. Kalau dah anak setahun sorang kecik-kecik tu, paham-paham jelah ribut kat rumah tu macamana. Pertimbangkanlah sebaiknya, kalau perlu skip kuliah ke, atau boleh balik kejap antara maghrib dan isyak, usahakanlah mana yang perlu, utamakan yang wajib dulu.
You know your family and kids better.
Jangan lupa, abam kemain bersiap berhias berminyak-atar bagai nak ke masjid tu, buatlah jugak persiapan apa yang patut bagi isteri jugak boleh solat awal waktu kat rumah. Dah nak petang tu, jangan isteri je sibuk masak nasi, goreng lauk cuci pinggan kemas dapur, angkat baju kat ampaian, mandikan basuhkan berak anak, etc etc.
Lagi satu, nak anak setahun sorang tu boleh, tapi kalau isteri tak mampu physically dan emotionally, dan abam pun macam tak membantu sangat, takdenye dosa family planning tu bang. Bukannya membunuh pun.
Jangan sampai kemurungan bini abam nanti. Kakhana baru je jumpa sorang isteri yang 3x mai klinik insist nak gugurkan kandungan dia.
Apapun, TQ baba!
Walaupun pegi masjid, tapi tak tinggalkan isteri dan anak-anak kat rumah terkontang-kanting.  Tak kekok basuh baju lipat kain. Tak janggal basuh berak anak tukar lampin. Tak kisah masak nasi basuh pinggan.
To me, macam ni barulah IMAM SEBENAR, our real HERO.
Terima kasih mak & abah mertuaku sebab didik anak mak abah jadi suami dan baba yang baik! Doakan kami dapat didik anak-anak jadi pasangan dan imam yang baik juga, untuk keluarga dan untuk ummah.
Sumber Asal: Farhanah Ibrahim
The post ‘Pada Saya, Macam Ni Barulah IMAM SEBENAR, Our Real HERO!…’ appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/pada-saya-macam-ni-barulah-imam-sebenar-our-real-hero/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nur Sajat Bengang Wartawan Dedah Nama Sebenar

Nur Sajat Bengang Wartawan Dedah Nama Sebenar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 396 hits
Umum sedia maklum status jantina Nur Sajat masih lagi menjadi tanda tanya walaupun melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sejak Januari The post appeared first on
Berkali Kali Pa Awak Call Minta Saya Tarik Nama Sebenar Muhammad Sajjad Wartawan Tampil Nafi Dakwaan Sajjad

Berkali Kali Pa Awak Call Minta Saya Tarik Nama Sebenar Muhammad Sajjad Wartawan Tampil Nafi Dakwaan Sajjad

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 350 hits
Usahawan kosmetik yang dikenali dengan nama panggilannya Sajat sebelum ini mendakwa pihak media tersalah sebut namanya malah dengan tegas menafikan namanya adalah Muhammad Sajjad sebaliknya Sajat Kamaruzaman nbsp Dalam kenyataan itu juga Sa...
Saksikan Detik2 Pembaca Berita Ini Menyebut Nama Sebenar Nur Sajat

Saksikan Detik2 Pembaca Berita Ini Menyebut Nama Sebenar Nur Sajat

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 1339 hits
Saksikan Detik2 Pembaca Berita ini Menyebut Nama Sebenar Nur SajatSaksikan Detik2 Pembaca Berita ini Menyebut Nama Sebenar Nur Sajat
20 Situasi Dimana Gambar Background Sangat Happening Dari Gambar Sebenar

20 Situasi Dimana Gambar Background Sangat Happening Dari Gambar Sebenar

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 519 hits
Kadangkala apabila kita mengambil gambar kita tak perasan ada orang enterframe atau dengan terma yang betul ialah Photobomb Yang lebih menyedihkan ialah Gambar background kadangkala lebih happening dari gambar sebenar Ini merupakan 20 Situa...
Wartawan Tibai Sajat Kaw Kaw Selepas Difitnah Buat Cerita Palsu Pa Sajat Merayu Jangan Dedahkan Nama Sebenar

Wartawan Tibai Sajat Kaw Kaw Selepas Difitnah Buat Cerita Palsu Pa Sajat Merayu Jangan Dedahkan Nama Sebenar

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 668 hits
Semalam boleh dikatakan ialah HARI TROLL SAJAT SEDUNIA apabila mahkamah secara rasminya mengesahkan identiti sebenar Sajat adalah seorang lelaki tulen dengan nama sebenarnya ialah Muhammad Sajjad Kamaruzaman iaitu nama umum bagi seorang yan...
Guardian Fever Pain Tablet Relief Untuk Kelegaan Sebenar

Guardian Fever Pain Tablet Relief Untuk Kelegaan Sebenar

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 646 hits
Hi Korang Kebiasaannya majoriti daripada kita bergantung kepada paracetamol yang sentiasa ada untuk melegakan sakit dan demam Kita hanya akan mendapatkan bantuan perubatan sekiranya sakit itu tidak tertanggung atau demam masih tidak kebah B...
Anak Murid Tutor Math Trial Pt3 Dapat C Matematik Pt3 Sebenar A

Anak Murid Tutor Math Trial Pt3 Dapat C Matematik Pt3 Sebenar A

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 406 hits
Anak Murid Tutor Math Trial PT3 dapat C Matematik PT3 Sebenar A Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa Sebenarnya saya lupa ada pelajar dari kelas tutor saya yang ambil PT3 tahun ni hahaha adoi laaa Sayidah Then saya pun lupa lah nak ...
15 Helah Jurugambar Bagi Mengaburi Keadaan Realiti Sebenar

15 Helah Jurugambar Bagi Mengaburi Keadaan Realiti Sebenar

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 280 hits
Zaman media sosial ini pasti masa kita banyak dihabiskan dengan melihat gambar gambar dalam talian Kita sangat mengagumi kreativiti dan keindahan hasil gambar yang ditonjolkan sehinggakan kita tidak menyedari akan realitinya Oleh itu kami m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities