Pabila Ultra Kiasu Berselendang Rindu


Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah 
Tidak semena-mena wakil rakyat ultra kiasu mengenakan ‘selendang rindu’ sebagai tanda simpati dan penghormatan kepada mangsa tragedi 50 umat Islam yang menjadi mangsa korban perbuatan manusia tidak bertamadun, Brenton Tarrant, dalam dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Sejak bila ultra kiasu ini suka berselendang kecuali ketika bulan puasa?

Sifat ini sangat baik, jika sejak dahulu, ultra kiasu melakukannya. Sentiasa beradab dan berpakaian sopan mengikut tradisi agama masing-masing. Ini tidak, setiap kali ditemui, lihat pakaian mereka. Macam “fashion show”. Sehingga terpaksa ditegur ketika berada di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Sekurang-kurangnya bacalah panduan etika berpakaian perkhidmatan awam. Bolehkah berpakaian sedemikian rupa dengan kasut berwarna-warni.

Berbalik kepada isu berselendang rindu, tertanya-tanya pula saya, jika Perdana Menteri dan rakyat New Zealand, tidak berselendang, adakah ultra kiasu di negara kita akan melakukannya. Mengenali mereka sekian lama, saya fikir, TIDAK. Mengenai orang barat sekian lama, mereka jauh lebih ikhlas daripada kita di sini. Tahap lakonan dan kepura-puraan kita sangat tinggi.

Sebelum ini, merekalah yang pertama mengeluarkan kenyataan, bahawa tragedi seperti di Christchurch, akan berulang di negara kita, jika UMNO dan PAS ditakdirkan berkuasa.

Kerjasama antara UMNO-PAS dianggap sebagai ekstremis. Kenyataan yang sangat sensitif dan amat sukar diterima kerana selama UMNO dan PAS memerintah dan masih memerintah di beberapa negeri hari ini, bukti nyata, bukan Islam hidup senang lenang, tidak pernah diganggu, dan harta menimbun.

Masih ingat lagi, bila ditegurkan sahaja etika apabila berurusan di pejabat kerajaan atau sekolah, yang jelas mengatakan perlunya berpakaian sopan. Seluar pendek dan baju tidak berlengan tidak dibenarkan berurusan di kaunter dan di sekolah, ultra kiasu inilah yang tampil ke hadapan membela mereka atas dasar hak asasi manusia.

Lihatlah gelagat mereka berseluar pendek, sependek-pendeknya dan baju begitu seksi ketika berurusan di pejabat kerajaan dan memasuki kawasan sekolah, sehingga meloyakan kita yang melihat. Hari ini, tidak ada seorang pun pegawai kerajaan yang berani menegur, etika berpakaian mereka. Jika ditegurkan, kita yang menjadi mangsa, bukan mereka. Silap-silap pegawai kerajaan yang tegur itu yang kena turun pangkat atau dipindahkan.

Dibuktikan lagi dengan ‘WeChat poll’ (sila rujuk Andrew Anglin, Daily Stormer, 19 Mac 2019). Dalam kalangan orang Cina yang terlibat dalam WeChat, daripada lebih 2000 responden, keputusannya amat mengejutkan, lebih 80 peratus daripada mereka bersimpati dengan tindakan tidak bertamadunan tersebut, Brenton Tarrant.

Anglin also found a Chinese poll showing that 81 percent of Chinese polled sympathized with Tarrant. 61 percent viewed it as an act of revenge and hilariously 14 percent viewed it as an act of self defense.

Keputusan WeChat bangsa Cina ini benar-benar sangat menggemparkan, ketika seluruh dunia bersedih dan bersimpati dengan kematian umat Islam akibat tindakan tidak bertamadun, Tarrant.

Hasil keputusan WeChat ini, saya tidak mengatakan semua bangsa Cina (juga bangsa lain) bersifat sedemikian. Ada ramai ramai lagi di luar sana bangsa Cina (bangsa lain termasuk Yahudi) yang baik. Tetapi, sifat ultra kiasu ini seperti yang terdapat dalam parti ultra kiasu mesti dijauhi.

Tahap kepura-puraan ultra kiasu ini sangat tinggi dan berada pada tahap tegar. Mengenali mereka sekian lama, kumpulan anti Islam ini sama sekali tidak akan mengikut apa jua jejak langkah atau identiti Islam. Hendak melihat mereka memakai baju Melayu jauh sekali, berbanding dengan Melayu yang memakai baju tradisi Cina. Pernahkah pemimpin nombor satu ultra kiasu berbaju Melayu dan berjubah misalnya? Bayangkan sejak daripada tahun 1957 hingga hari ini…

Malaysia tidak perlu menjadi New Zealand, begitu juga New Zealand tidak perlu menjadi Malaysia, seperti yang disarankan oleh beberapa pemimpin ultra kiasu. Kita ada cara tersendiri menjaga rakyat kita berbilang kaum. Paling penting, perlu fahami sejarah dan patuhi perlembagaan dalam hidup bernegara.

Sejauh manakah orang Cina misalnya memahami hati budi Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, berbanding dengan Melayu dan bumiputera memahami hati budi Cina.

Minoriti tidak pernah tertindas di bumi bertuah ini. Meskipun kedengaran kadang-kadang suara-suara sumbang, itu hanya perang mulut. Malaysia sudah terkenal dengan tongues wagging (perang mulut) bukan parang ‘wielding’ atau parang terbang.

Selepas 13 Mei 1969 memang tidak ada lagi parang terbang. Tetapi jangan dicabar kesabaran Melayu, kerana ia ada had. Mencabar kesabaran Melayu bermaksud, jangan diungkit perkara berkaitan raja, agama Islam, hak istimewa Melayu, termasuk Bahasa Melayu.

Mengungkit dan membangkitkan secara biadab bermakna, mencabar kesabaran Melayu. Justeru, nasihat saya kepada ultra kiasu, pertama, hentikanlah kepura-puraan ini. Cuba fahami cara hidup orang Islam (Melayu) dan agama Islam itu sendiri, bermula sekarang. Sudah tentu dalam konteks Malaysia, kita mahukan mereka bukan sahaja memahami orang Melayu dan Islam, tetapi pada masa sama memahami perlembagaan itu sendiri sebagai asas hidup bernegara. Jangan dicabar dan diungkit perkara yang telah persetujui oleh nenek moyang kita dalam perlembagaan.

Kedua, belajarlah untuk menjadi manusia yang ikhlas seperti mana yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri New Zealand dan warganya. Fahamilah sensitiviti orang Melayu sebagaimana orang Melayu memahami sensitiviti bukan Melayu.

Ketiga, jika teruja dengan berselendang, sesekali pakailah pakaian kebangsaan Melayu ketika berada di parlimen atau ketika perayaan, seperti berbaju kurung daripada berskirt pendek. Pakailah pakaian tradisi mengikut budaya bangsa masing-masing dan jangan terlebih barat. Kita ada budaya masing-masing. Setiap budaya ada keunikan sendiri. Sayangi dan hormatilah.

Akhirnya, ketika ditegur mengenai pakaian dalam DUN dan parlimen yang tidak mengikut etika, maka ultra kiasu melompat seperti kera sumbang lagaknya. Lebih malang, ada seorang bekas speaker DUN ultra kiasu turut campurtangan untuk membela rakan sejawatannya. Katanya, semasa beliau jadi speaker, beliau tidak ada masalah dengan pakaian sedemikian. Apa? Ultra kiasu ini ingat DUN atau Parlimen ini ‘fashion show’?

Bekas speaker itu berkata lagi, bentuk pakaian dalam DUN dan Parlimen adakah budi bicara speaker yang menentukan, bukan yang lain. Betulkah? Bacalah etika berpakaian perkhidmatan awam dan ketika berada dalam DUN dan Parlimen.

Jika kami sebagai orang awam pun, apabila dibenarkan melawat dan masuk ke dalam DUN dan Parlimen, ditetapkan cara dan etika berpakaian, inilah pula wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat. Siapa lebih besar, wakil rakyat (termasuk speaker) atau rakyat? Fikir-fikirkan.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pabila-ultra-kiasu-berselendang-rindu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

Rindu Rakyat Saya Akan Kembali Kata Najib

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 354 hits
Setelah mendapat sambutan luar biasa rakyat Terengganu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk kembali lagi ke negeri itu Mengakui terharu dengan sambutan mesra dari penduduk di negeri itu Najib berkata beliau tidak ...
Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni

Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1558 hits
Rindu Nak Makan Nasi Lemak Bungkus Macam Ni Assalamualaikum Nasi lemak Antara pilihan ramai orang umtuk bersarapan Hidangan lengkap Nasi sambal ikan bilis timun telur dan kacang Cil Rose rindukan waktu dulu Zaman kanak kanak Cik Rose Atau l...
Warkah Buat Abi Nukilan Rindu Anak Ustaz Norazli Taliban

Warkah Buat Abi Nukilan Rindu Anak Ustaz Norazli Taliban

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 1045 hits
ABI adalah insan luar biasa Semangat serta kesungguhannya dalam dakwah dan perjuangannya sedikit pun tidak mengabaikan kami ahli keluarga Makan minum kami segala kelengkapan kami sentiasa diambil kira biarpun kadang kadang terpaksa keluar t...
Bila Rindu Nak Makan Dekat Johny S Restaurant Selayang Mall

Bila Rindu Nak Makan Dekat Johny S Restaurant Selayang Mall

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 371 hits
Bila Rindu Nak Makan Dekat Johny s Restaurant Selayang Mall Assalamualaikum Lama giler rasanya tak makan dekat Johny s Restaurant Selayang Mall ni Ingat lagi masa baru baru kahwin dulu setiap minggu kot makan dekat sini sebab MIL pun hantu ...
Fitri Rdj Garap Lagu Tahajud Rindu Di Tiga Kota Dua Negara

Fitri Rdj Garap Lagu Tahajud Rindu Di Tiga Kota Dua Negara

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 394 hits
Demi meraih ridha Allah dan sebagai jaminan untuk masuk surga Fitri RDJ mengajak kita untuk rutin menunaikan shalat tahajud lewat lagu terbarunya yang berjudul Tahajud Rindu Video lirik lagu ini tengah proses penggarapan Pada hari Sabtu 23 ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah