Pabila Kj Cakap Pasal Pas


 

PAS mahu kerajaan batalkan konsert bintang pop British, Ed Sheeran, yang dijadualkan pada 24 Februari ini di Stadium Bukit Jalil. Bagi PAS, Sheeran menyokong lesbian, gay, biseksual, dan transgender. Alasan sama diberi ketika PAS menggesa konsert Coldplay dibatalkan tahun lalu. LGBT topik favourite apabila parti itu menuntut pembatalan konsert.
Tuntutan seperti itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. PAS untuk sekian lama memang biasa membuat desakan batalkan konsert. Bukan sahaja menggunakan LGBT untuk menjustifikasikan desakan. Secara am PAS menggunakan sebab-sebab agama. Yakni konsert boleh melalaikan umat Islam, menggalakkan pergaulan bebas lelaki perempuan, tidak Islamik dan sebagainya. Setuju atau tidak bagi saya langkah PAS itu boleh difahami kerana ia parti yang mendakwa dirinya Islami dan dipimpin ulama. Ertinya bagi PAS apa yang dilakukan ialah ‘demi Islam’.
Tetapi menurut Khairy Jamaluddin, PAS tidak pernah secara agresif mendesak konsert dibatalkan semasa parti itu berada dalam kerajaan. Pulak dah? Khairy kita tahu pernah menjadi menteri dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob dan PAS duduk dalam kedua-dua kerajaan itu.
Kata Khairy seperti dilapor FMT baru-baru ini, walaupun PAS pernah bantah konsert ia hanya sentuh isu itu sekali ketika berada dalam kerajaan iaitu selepas kerajaan membuka semula ekonomi susulan pandemik Covid-19. Menurut beliau menteri agama waktu itu Idris Ahmad (naib presiden PAS) ‘hanya’ minta jumlah konsert dikurangkan.
“Dia cakap kalau boleh kurangkan sikit konsert boleh tak?” yang buat Khairy terkejut jugalah – “Saya terfikir wow saya menjangka beliau akan kata tiada konsert lagi atau sesuatu seperti itu.” Dalam erti kata lain Khairy menjangka menteri yang mewakili PAS akan bertindak keras dan mendesak dalam soal konsert.
Ini bukan kali pertama Khairy bercakap mengenai pengalamannya dengan PAS dalam kerajaan. Tahun lalu semasa ditemuramah media Singapura, CNA, Khairy berkata tidak pernah semasa perbincangan Jemaah Menteri atau ketika menyediakan kertas Kabinet, PAS mendesak undang-undang syariah tambahan dibawa. Umpamanya untuk kesalahan jenayah yang sememangnya menjadi objektif perjuangannya sejak begitu lama. Boleh dibaca ‘hukum hudud’.
Jadi apa ertinya ini? Mungkin Khairy mahu menunjukkan PAS bukan parti extreme, bukan pendukung garis keras malah lembut, sesuatu yang boleh menenangkan masyarakat bukan Islam khususnya yang takut kerana melihat PAS bagai Taliban.
Tetapi bagi orang Melayu-Islam yang sebilangan besar menyokong PAS dan bergantung harap kepada parti itu untuk ‘membela Islam’ (kerana itu yang dijanjikan PAS) mungkin lain pula anggapannya. Mereka boleh lihat kata-kata Khairy sebagai menunjukkan PAS tidak serius dalam menegakkan undang-undang syariah, atau PAS tidak tegas malah ‘menikus’ bila berada dalam kerajaan tetapi amat lantang ‘menegakkan Islam’ semasa di luar.
Atau lihat PAS bagai cakap tak serupa bikin. Paling membimbangkan, yakni bagi PAS, jika gesaan batalkan konsert dan memperkasakan undang-undang syariah dilihat hanya gimik politik. A show and playing to the gallery.
Tampil Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari. Beliau dipetik FMT berkata PAS sentiasa menyatakan bantahan di luar mesyuarat Jemaah Menteri seperti dibuatnya ketika mengetuai sayap Pemuda parti itu. Sedar atau tidak beliau mengesahkan kata-kata Khairy PAS tidak membantah secara agresif ketika hadir mesyuarat Kabinet.
Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi “bantahan sering diutarakan termasuklah di dalam Dewan Rakyat.” Saya tidak dapat elak daripada bertanya apa perlunya bising di dalam Dewan Rakyat padahal PAS ada dalam kerajaan? Bukankah lebih berkesan jika bantahan dibuat secara langsung kepada perdana menteri dan rakan-rakan menteri semasa mesyuarat Jemaah Menteri?
Tampil pula Mursyidul Am Hashim Jasin mengesahkan (sedar atau tidak wallahualam) apa yang Khairy dedahkan tetapi menegaskan PAS tidak mendesak secara agresif berkait penganjuran konsert ketika berada dalam kerajaan kerana “mahu menyelesaikan perkara penting”.
Beliau beritahu FMT “walaupun kita bantah (konsert) tetapi kita bagi keutamaan terhadap apa yang kita patut bangkitkan semasa memerintah” sambil menyambung “tak boleh nak buat semua sekali gus. Kalau dahulu semasa memerintah sekejap bukan tak nak bangkit tapi ada perkara lain lebih utama untuk kita beri perhatian.”
Erinya ada perkara lain yang lebih penting daripada konsert yang mesti diberi keutamaan. Setuju. Memang wajar PAS bertindak demikian. Akan tetapi adakah ini bermakna apabila tidak duduk dalam kerajaan PAS beri tumpuan terhadap konsert pula?
Atau hanya kerajaan yang PAS ada di dalamnya boleh beri tumpuan kepada perkara lain, tetapi kerajaan tanpa PAS mesti beri keutamaan kepada konsert dan bukan perkara lain yang jauh lebih penting? Jika tidak akan ditempelak PAS. Begitu? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/pabila-kj-cakap-pasal-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Pernah Terkejut Lihat Sikap Pas Terhadap Konsert

Kj Pernah Terkejut Lihat Sikap Pas Terhadap Konsert

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 179 hits
MalaysiakiniBekas menteri Khairy Jamaluddin dilaporkan pernah terkejut melihat sikap PAS berhadapan dengan isu konsert hiburan semsa parti itu berada dalam kerajaan Kata Khairy semasa isu berkenaan diperkatakan orang ramai salah seorang men...
Hadi Muhyiddin Very Close Says Pas Leader

Hadi Muhyiddin Very Close Says Pas Leader

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 159 hits
Abdul Hadi Awang and Muhyiddin Yassin have not been seen sharing the same stage since the PAS muktamar last October according to a source PETALING JAYA A PAS leader claims that Abdul Hadi Awang and Muhyiddin Yassin are very close despite sp...
Pas Led Pn A Double Edged Sword Says Analyst

Pas Led Pn A Double Edged Sword Says Analyst

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 156 hits
A political analyst has warned that putting PAS at the helm of Perikatan Nasional may end up being a double edged sword for the coalition The suggestion for the Islamic party to take over leadership of PN arose after six Bersatu MPs declare...
Pas Never Pushed For Concerts To Be Cancelled While In Govt Says Kj

Pas Never Pushed For Concerts To Be Cancelled While In Govt Says Kj

papar berkaitan - pada 1/2/2024 - jumlah : 219 hits
Khairy Jamaluddin also described Dr Mahathir Mohamad as a more effective storyteller than Prime Minister Anwar Ibrahim KUALA LUMPUR PAS never aggressively pushed for concerts to be cancelled when it was in the government says former ministe...
Mursyidul Am Pas Pas Memang Layak Pimpin Pn

Mursyidul Am Pas Pas Memang Layak Pimpin Pn

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 229 hits
Mohd Farhan DarwisPETALING JAYA PAS sememangnya layak memimpin Perikatan Nasional tapi terserah kepada jawatankuasa bersama antara parti komponen menentukan kata Mursyidul Am Hashim Jasin Katanya lagi PAS tidak akan meminta kemudi di tangan...
Biarkan Pendirian Pas Berubah Ubah

Biarkan Pendirian Pas Berubah Ubah

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 112 hits
PARTI Islam Se Malaysia menganggap Parti Tindakan Demokratik tidak setia kepada negara Dakwaan itu berasaskan artikel Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam sebuah portal baru baru ini yang bertajuk DAP tidak setia kepada negara Dalam artikel terse...
We Chose More Important Matters Over Concerts Says Pas Man

We Chose More Important Matters Over Concerts Says Pas Man

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 227 hits
Hashim Jasin said being part of the federal government for the first time in over 40 years the party could not implement policies and resolve problems all at once PETALING JAYA PAS did not aggressively oppose concerts while it was in govern...
Pas No 2 Says Najib S Punishment More Severe Than Anwar S Case

Pas No 2 Says Najib S Punishment More Severe Than Anwar S Case

papar berkaitan - pada 2/2/2024 - jumlah : 217 hits
PAS deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man contrasted the treatment received by Najib Razak to that accorded to Anwar Ibrahim PETALING JAYA A PAS leader claimed former prime minister Najib Razak s punishment was more severe despite the redu...
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Saifuddin Lepas Jawatan Setiausaha Agung Pkr Fuziah Ambil Alih

Kereta Bergoyang Di Kawasan Parkir Rupanya Janda Dan Suami Orang Sedang Bercucuk Tanam Didalamnya

Zulries D Pojok

Wanita Makan Kucing Hidup Hidup

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Menteri Dap Buat Hal Lagi M Sia S Pura Israel

Taquari House By Est Dio Empena In Brasilia Brazil

Malaysia Day Message From Sam The Ceo

Emulate The Spirit Of Social Cohesion Of Sabah And Sarawak

Man Cendol Outing

Generating Boutique Names