Over Claim
4.50 pagi....
Terbaca di facebook isu hangat QM yang viral skrg ni VS "sifu² kewangan bertauliah" di mana mereka sedang komen 1 poster dr consultant QM yang "over-promised"...
Ada beberapa org sifu ni sedaya upaya memberi nasihat kepada org ramai supaya berhati² dgn QM. Dengan ilmu kewangannya, jadi semua la term² kewangan digunapakai untuk menampakkan yang penulisannya nampak ilmiah...bila penulisan ilmiah, pasti orang awam akan lebih yakin dengan "kebenaran" kata²nya yg QM ni scam....
Rajin juga saya membaca komen² di bawah tulisan² sifu kewangan ni....ramailah yg mengutuk QM ni...ada yg ckp QM ni tok berlagak jr....
Nasihat saya sebagai authorised consultant QM:
1. Kepada consultant² QM yang makin ramai sekarang ni, udah² la buat poster yang "over promised", menjanjikan bulan bintang hanya utk mencari sales...org² spt anda la yang merosakkan syarikat....sedangkan QM sendiri dah keluarkan memo untuk menjaga etika dlm iklan...apa tak cukup kuat ke produk² QM sehinggakan anda perlu over promised? Anda bawa perangai "over-promised" ni ke mana² industri pun, anda akan memberi masalah kepada player² lain dlm industri tersebut....dalam industri emas ni, cukup sekadar bagi tau, "keuntungan dan kerugian di QM bergantung 100% dengan harga emas semasa dan ilmu emas yang anda miliki..."
2. Kepada pakar² kewangan, kenapa anda hanya kondem di media sosial, kenapa anda tak terus ke balai polis, atau terus ke security commission, atau ke bank negara dan buat repot ke atas QM...jika benar anda yakin yang QM ni ala² Tok Berlagak Jr.....kan lebih adil macam itu...ada segelintir sifu² kewangan ni saya lihat terlibat dengan instrumen kewangan/pelaburan yg lain...jadi kondem² di media sosial menunjukkan yang anda sedang bias...menakutkan² org awam supaya tidak membeli emas dgn QM, sebaliknya percayalah kepada intrumen pelaburan yg anda bawa sbb anda shj lah sifu kewangan bertauliah di muka bumi ini....
3. Kita semua menumpang rezeki dengan memasarkan "produk orang"...jadi, sama² la kita muhasabah diri...saya percaya, consultant² QM pun bukan membuta tuli percaya 100% kepada QM..bisnes² partner QM spt bank², koperasi², gold supplier pun bukan membuta tuli jalinkan kerjasama strategik dgn QM. Kami sebagai consultant QM pun ada kalanya menasihati pengurusan QM andai ada ternampak sesuatu kepincangan di sana sini...dan alhamdulillah...dah 10 tahun QM berada di pasaran emas negara (biz to biz) dan dah 3 tahun QM membuka market kepada orang awam, banyak perubahan positif telah dilakukan....kami berada dalam QM, kami nampak apa yang sifu² kewangan tak nampak....jadi, berlaku adillah....
4. Yang paling penting, terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke point 4, kerana jika anda tak baca, x sampai la apa yg saya nk sampaikan...
Ikhlas tak nak gaduh²,
Bamwan,
Your Trusted Gold Consultant.
# aku belum tengok iklan yg dikatakan overclaim tu, atau sebenarnya mereka yang cemburu lebih...
Overclaim dari independent perkara biasa, lebih lebih lagi kalau dah ramai..
Pakar ekonomi, pakar politik, pakar ugama pun over do overclaim..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kluangmanexpress.blogspot.com/2022/05/over-claim.html