Ops Sohor Kegiatan Seludup Berkemungkinan Didalangi Segelintir Penguat Kuasa


OPS Sohor: Kegiatan Seludup Berkemungkinan Didalangi Segelintir Penguat Kuasa
PUTRAJAYA, 21 Ogos (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai mengambil keterangan 10 individu dan 14 syarikat yang dipercayai terlibat sindiket penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
Sindiket itu menyebabkan kerugian kepada hasil negara dianggarkan lebih RM250 juta bagi tempoh 2020 hingga 2024.
Menurut sumber SPRM, sindiket itu dipercayai menggunakan taktik pengisytiharan palsu semasa proses import dengan menukar kod kastam atau butiran barang.
Beliau berkata rokok dan cerut yang diseludup disimpan di gudang persendirian, sebelum diagihkan ke pasaran.
“Berdasarkan siasatan awal, kegiatan penyeludupan ini berkemungkinan turut didalangi segelintir penguat kuasa yang memberi laluan mudah untuk menyeludup barangan berkenaan di pintu masuk negara, selain melindungi operasi gudang penyimpanan dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan,” kata sumber itu.
Sumber itu memaklumkan bayaran kepada penguat kuasa terlibat dipercayai dibuat secara tetap melalui wang tunai atau orang tengah bagi mengaburi jejak kewangan.
“Perkara yang dibimbangkan ialah sindiket ini dipercayai turut mempunyai kaitan langsung dengan kumpulan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan dalam Ops Sohor pada 14 Ogos, menunjukkan wujudnya rangkaian perlindungan yang lebih luas,” katanya.
Pada Selasa, Bahagian Operasi Khas SPRM dengan kerjasama strategik melibatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM), telah menggempur beberapa premis di sekitar Lembah Klang dan Johor menerusi Ops Sikaro, bagi membanteras kegiatan penyeludupan tembakau, rokok serta cerut.
Siasatan itu kini difokuskan kepada kesalahan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4(1) Akta AMLATFPUAA 2001.
Susulan operasi itu, SPRM telah membekukan beberapa akaun bank milik persendirian dan akaun syarikat melibatkan nilai kira-kira RM218 juta dan sedang menyiasat bagi mengesan aset lain yang diperoleh melalui aktiviti pengubahan wang haram oleh pegawai kastam yang disyaki terlibat, serta syarikat pengimport.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi menyatakan komitmen SPRM untuk meneruskan siasatan secara menyeluruh.
“SPRM tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang menjejaskan integriti sistem kawalan negara serta menyebabkan ketirisan hasil negara,” katanya.
BACA: Warden Bekas Tentera Mula Bertugas Di MRSM Sumber: Bernama
The post OPS Sohor: Kegiatan Seludup Berkemungkinan Didalangi Segelintir Penguat Kuasa appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/21/ops-sohor-kegiatan-seludup-berkemungkinan-didalangi-segelintir-penguat-kuasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempak Selepas Gagal Jatuhkan Pmx Adakah Politikus Cabar Kuasa Agong D

Gempak Selepas Gagal Jatuhkan Pmx Adakah Politikus Cabar Kuasa Agong D

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 123 hits
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waytha Moorthy memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan mendakwa pelantikan Anwar sebagai ahli parlimen dan perdana menteri melanggar berperlembagaan Dalam saman yang d...
Kuasa Yang Mempermudahkan

Kuasa Yang Mempermudahkan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 97 hits
Monolog Kuasa Yang MempermudahkanKadang dunia bergerak pantas Segalanya mahu cepat dan tiba dahulu Seperti pertandingan yang tiada ruang untuk tunggu Siapa datang dulu dia yang berhak menang Namun andai kuasa BoBoiBoy Kuasa 5 itu nyata Semu...
Pas Demi Kuasa Tunggang Agama Halalkan Fitnah Terhadap Kerajaan Phbn Madani

Pas Demi Kuasa Tunggang Agama Halalkan Fitnah Terhadap Kerajaan Phbn Madani

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 132 hits
PAS DEMI KUASA TUNGGANG AGAMA HALALKAN FITNAH TERHADAP KERAJAAN PHBN MADANI DENGAN DALIL WALI WAJIB BOHONG DEMI MASLAHAT JAWAB LA NANTI KAT AKHIRAT KERAJAAN PUSAT ZALIM Ini antara bait bait serangan di pentas politik dan media sosial kemain...
Kematian Palapes Utm Jawatan Kuasa Khas Diwujudkan Terdiri Kdn Kkm

Kematian Palapes Utm Jawatan Kuasa Khas Diwujudkan Terdiri Kdn Kkm

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 115 hits
Kematian PALAPES UTM Jawatan Kuasa Khas Diwujudkan Terdiri KDN KKM KUALA LUMPUR Kementerian Pertahanan telah mewujudkan jawatan kuasa khas terdiri daripada Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk memastikan laporan...
Mp Pas Dakwa Pm Salah Guna Kuasa Arah Skmm Siasat Muhyiddin

Mp Pas Dakwa Pm Salah Guna Kuasa Arah Skmm Siasat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 121 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Parlimen PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa perdana menteri menyalahgunakan kuasa eksekutif apabila mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyiasat penafian Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan pemimp...
Kalau Ganggu Pas Nak Dapat Kuasa Maka Dapatlah Habuan

Kalau Ganggu Pas Nak Dapat Kuasa Maka Dapatlah Habuan

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 80 hits
Tuduhan ke ataupum ke hanya terpakai pada pihak yang untuk dapatkan kuasa Kalau individu yang sama tapi lagi mengganggu PAS untuk dapat kuasa bahkan bantu PAS mereka label tu semua jadi gilang Begitulah Tak ada istilah perjuang Islam pun Se...
Tmj Bantu Sprm Bongkar Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan Atm

Tmj Bantu Sprm Bongkar Sindiket Penyeludupan Didalangi Pegawai Kanan Atm

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 128 hits
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata Tunku Ismail mahu isu penyeludupan di sempadan dibanteras sepenuhnya Maklumat hasil networking Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim banyak membantu SPRM bongkar sindiket penyeludupan did...
Akps Patah Cubaan Seludup 2 500 Liter Diesel Guna Treler Di Bukit Kayu Hitam

Akps Patah Cubaan Seludup 2 500 Liter Diesel Guna Treler Di Bukit Kayu Hitam

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 104 hits
AKPS patah cubaan seludup 2 500 liter diesel guna treler di Bukit Kayu Hitam ALOR SETAR Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia berjaya mematahkan cubaan menyeludup 2 500 liter diesel menggunakan sebuah treler di Kompleks Kuaranti...
Ctos Sme Biz Day Ends On A High In Kuching Fueling Digital Growth For 6 000 Smes Nationwide

Create Your Next Masterpiece With The All New

Apa Peluang Kerja Untuk Graduan Pengurusan Pelancongan Di Malaysia

Apa Itu Fpx Panduan Lengkap Tentang Pembayaran Fpx Di Malaysia

Telefilem Skuad Apartmen Putra Misi Cinta Merdeka

Cara Mengusir Kenangan Pahit

Beyond Quick Fixes Real Reforms For Malaysia S Education Future

Sarah Hildebrand Bergelar Ibu Selamat Timang Cahaya Mata Pertama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Conducting A Swot Analysis

Lauk Sardin

Peguam Along Cham Mohon Saksi Henti Buat Kenyataan Utusan Malaysia

Panduuji Gac Emkoo Suv Futuristik Dari Rm120k

Sebut Nama Anak Menteri Sabah Saifuddin Akui Khilaf Bukan Anak Datuk Ariffin Saya Tarik Semula Kenyataan Itu

Allah Ambil Abam Tapi Beri Muka Sama Macam Arwah Hidayah