Ong Kim Swee Bimbang Jadi Mangsa Kebangkitan Perak
Pemain Sabah FC, Ramon Macedo (tengah) melepaskan rembatan sambil dihalang pertahanan pasukan Kuching City pada saingan Piala Malaysia di Stadium Likas. - Bernama.
( 📸 ©BERNAMA)
klik 👉 Follow Telegram Obsesbola untuk berita bolasepak terkini (large-bt)
Pengendali Sabah mahu anak buah ambil iktibar kekalahan Kedah
Sabah FC enggan memperlekehkan kemampuan Perak FC apabila kedua-dua pasukan akan berentap pada aksi suku akhir Piala Malaysia bulan depan.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee, berkata pasukannya perlu mengambil peluang bermain di tempat sendiri pada 15 September ini untuk mendapatkan bekalan selesa sebelum berkunjung ke tempat lawan untuk aksi timbal balik, seminggu kemudian.
Katanya, skuad kendalian Yusri Che Lah bukan pasukan yang mudah ditewaskan selepas mereka membuktikannya dengan menyingkirkan pasukan pilihan, Kedah.
YUSRI ketika sidang media selepas tamat perlawanan.
(📸 ©NUR AISYAH MAZALAN)
"Kalau kita lihat dari segi keputusan dan prestasi pasukan Perak, mereka bertambah baik selepas mendapat bimbingan Yusri yang mempunyai pengalaman begitu luas.
"Mereka menewaskan pasukan pilihan, jadi kita tidak boleh mengambil mudah.
"Jika kita mengambil sikap sambil lewa kita akan menerima hukuman seperti diterima Kedah," katanya.
Sabah mara ke suku akhir dengan agregat 4-1 selepas seri 1-1 menentang Kuching City di Stadium Likas, malam tadi.
Perak pula menyingkirkan Kedah dengan agregat 4-3 walaupun tewas 1-2 pada aksi kedua pusingan 16 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Jumaat lalu.
Sementara itu, mengulas aksi menentang Kuching City malam tadi, Kim Swee berkata anak buahnya masih hilang fokus dalam permainan hingga akhirnya memberi peluang kepada pasukan lawan membolosi gawang.
"Kalau kita lihat dari segi keputusan sudah tentu kita inginkan kemenangan, namun dengan keputusan seri kita layak ke peringkat seterusnya. Itu lebih penting bagi saya.
"Namun kita dibolosi itu amat mengecewakan di mana kita hilang fokus apabila cuba untuk menyerang mendapatkan gol. Di situ kita leka dan mereka (Kuching City) dapat menyamakan kedudukan," katanya.
Pada aksi malam tadi, Rizal Ghazali meletakkan Sabah di depan pada minit ke-26 sebelum Rames Lai menjaringkan gol penyamaan di minit ke-57.
SOURCE:
Berita Harian
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita bolasepak terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/Obsesbola
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://obsesbola.blogspot.com/2023/08/ong-kim-swee-bimbang-jadi-mangsa.html