Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis Berbilang


Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis Berbilang- Beberapa hari lepas, nad telah menghadiri satu majlis berkenaan penyakit Sklerosis Berbilang dan pelancaran Ocrevus di mana ia adalah rawatan untuk penyakit ini. Sejujurnya, ini kali pertana nad mengetahui tentang penyakit Sklerosis Berbilang ini. Dikatakan penyakit ini memang jarang ditemui. Alhamdulillah, bila ada Ocrevus, rawatan baharu untuk pesakit Sklerosis Berbilang ini, dapatla pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik

Jadi, sebagai masayarakat yang peka dengan penyakit ini, nad nak kongsi dengan korang supaya ramai tau dan sedar mengenai penyakit ini dan mendidik masyarakt untuk pencegahan diagnosis awal dan rawatan

Apa itu penyakit Sklerosis Berbilang?
Nad pasti, kebanyakan dari korang pun pertama kali pernah dengar tentang penyakit Sklerosis Berbilang ni. Sklerosis Berbilang (MS) adalah penyakit neurologi yang menjejaskan otak dan saraf tunjang (sistem saraf pusat) yang mengawal semua fungsi badan. MS merosakkan selaput yang melindungi saraf dikenali sebagai mielin. Kehilangan mielin atau demielinasi akan mengganggu keupayaan saraf untuk mengalirkan impuls elektrik ke otak dan dari otak

Gejala yang dilalui pesakit Sklerosis Berbilang
Individu MS boleh mengalami pelbagai gejala. Jarang berlaku dua pesakit mempunyai gejala yang sama dan gejalanya juga sangat meluas daripada yang bersifat ringan sehinggalah yang melemahkan. Antara gejalanya termasuklah penglihatan kabur, pening, lesu, kebas dan sesemut, kekejangan otot, anggota badan menjadi kaku dan lemah, masalah pergerakan, masalah pertuturan, vertigo, rasa sakit, gangguan usus besar atau pundi kencing, dan sukar untuk menelan

Walking ( Gait ) Difficulties
Numbness
Vision Problems
Mereka menyediakan corner untuk tetamu merasai apa yang dirasa oleh pesakit Sklerosis Berbilang ni. Nad pun cuba nak tau apa yang dilalui pesakit ini. Antaranya Masalah Pergerakan. Bila nad berjalan, memang sukar ye sebab cara pergerakan tidak seimbang. Selain itu, kebas contoh kita pegang ais memaang akan rasa kebas. Ketiga nad penglihatan kabur dan sukar melihat. Bila kita cuba, baru kita tau, pesakit ni menjalani kehidupan yang sangat sukar

Sehingga 2020, MS memberi kesan kepada kehidupan 2.8 juta orang di seluruh dunia. Maknanya, 1 dalam 3,000 orang di dunia mengalami MS. Kadar kelaziman (prevalens) yang lebih tinggi direkodkan di Amerika Utara, Eropah, dan sesetengah kawasan di Australia dengan catatan 1 dalam setiap 300 orang mengalami MS

Walaupun kadar kelaziman (prevalens) MS di Asia lebih rendah, namun gejala yang dideritai oleh pesakit tetap sama seperti di mereka yang tinggal di Barat. Di Malaysia, ia disenaraikan sebagai penyakit jarang jumpamdengan anggaran kadar kelaziman (prevalens)  enam kes bagi 100,000 penduduk

Ocrevus Pilihan Rawatan Baharu Untuk Pesakit Sklerosis BerbilangMajlis Pelancaran Media OCREVUS®
(Kiri:Kanan)Dr. Fariz Abdul Rani, Ketua Unit Neurosains dan Penyakit Jarang Jumpa, Roche (Malaysia) Sdn. Bhd.;Dr. Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi;Dr. Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi;En. Rizal Aminuddin, Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM)

Roche (Malaysia) Sdn. Bhd. mengumumkan kehadiran OCREVUS® di Malaysia, iaitu pilihan dos yang memudahkan kerana ia hanya perlu diambil dua kali setahun bagi sklerosis berbilang yang berulang (RMS) dan sklerosis berbilang progresif primer (PPMS)
Apa itu Ocrevus
OCREVUS® - Memperlahankan Perkembangan dan Menyekat Serangan BerulangDiberikan melalui suntikan infusi intravena setiap enam bulan, OCREVUS® telah menunjukkan keberkesanan tinggi yang berterusan dalam memperlahankan perkembangan penyakit, sekali gus memberi kesan positif kepada kualiti hidup pesakit MS

Data menunjukkan tahap MS yang dialami oleh 8 daripada 10 pesakit RMS tidak berkembang selepas 10 tahun

Panelist Jemputan
Tiga Panelist dijemput untuk bercakap tentang penyakit Sklerosis Berbilang ini dan Rawatan Ocrevus dengan lebih mendalam. Panelist yang dijemput ialah Dr Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi, Dr Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi dan juga En Rizal Aminuddin, Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM), beliau juga merupakan suami kepada pesakit Sklerosis Berbilang ini



Menurut Dr Low Soon Chai, Pakar Perunding Neurologi, “Sklerosis berbilang adalah masalah kesihatan sepanjang hayat  dan tidak dapat disembuhkan. Keadaan ini lima kali lebih biasa dalam kalangan wanita berbanding lelaki.”
“Penyakit ini sangat sukar diramalkan. Bagi sesetengah orang, mereka melalui fasa reda di mana keadaan semakin baik (remisi) dan kemudiannya penyakit menyerang semula (relaps). Bagi orang lain, keadaan mereka mungkin bertambah buruk dari semasa ke semasa. Namun, individu dengan semua bentuk MS mengalami aktiviti penyakit seperti keradangan sistem saraf dan kehilangan kekal sel-sel saraf di otak, walaupun ketika gejala klinikal mereka tidak ketara atau tidak kelihatan semakin teruk.”
“Matlamat utama apabila merawat MS ialah untuk mengurangkan aktiviti penyakit secepat mungkin bagi memperlahankan perkembangan ketidakupayaan seseorang.
Jika tidak diuruskan dengan baik, individu dengan sklerosis berbilang yang teruk mungkin boleh mengalami ketidakupayaan sepenuhnya atau yang tidak dapat dipulihkan,” tambah Dr Low

Dalam memberi penjelasan mengenai jenis-jenis MS, Dr Chey Shin Yee, Pakar Perunding Neurologi, berkata: “Ia termasuklah individu yang mengalami MS relaps-remisi atau yang berulang-ulang (RRMS), iaitu jenis paling biasa yang berlaku pada pesakit. Individu yang mempunyai RRMS mengalami episod gejala neurologi yang berulang-ulang, diikuti tempoh reda atau remisi. Satu episod boleh berlarutan selama beberapa hari atau minggu, dan pemulihannya mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan, bergantung kepada gejalanya, bahkan pada sesetengah pesakit ada gejala yang tidak hilang sepenuhnya.”
“Lama kelamaan, RRMS yang dialami sesetengah individu boleh berubah menjadi MS progresif sekunder (SPMS), di mana fungsi neurologi semakin merosot dan ketidakupayaan pula terkumpul secara berperingkat, walaupun tiada relaps. Perubahan ini biasanya berlaku selepas bertahun-tahun mengalami RRMS.”
“Sklerosis berbilang progresif primer (PPMS) adalah jenis MS yang lebih jarang berlaku. Tidak seperti MS relaps-remisi (RRMS), di mana pesakit mengalami episod gejala yang semakin teruk dan disusuli tempoh remisi (reda), PPMS dicirikan oleh gejala yang semakin teruk dari awal, tanpa relaps atau remisi yang ketara. Individu dengan MS yang sudah teruk mungkin terpaksa bergantung kepada alat bantuan pergerakan atau menggunakan kerusi roda, tidak dapat bekerja dan lambat laun mereka juga akan memerlukan penjaga,” tambah Dr. Chey

Dr Low dan Dr Chey turut menegaskan kepentingan berjumpa pakar neurologi apabila mengalami gejala-gejala mirip MS untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan mengenepikan keadaan neurologi lain yang mungkin meniru gejala MS

En Rizal yang menjaga isterinya sejak dia disahkan menghidap MS pada 2011, sangat menghargai usaha Roche Malaysia kerana menyokong pesakit dengan menyediakan program bantuan pesakit bagi membolehkan mereka mendapat akses kepada rawatan yang memberikan hasil yang lebih baik


En Rizal jug amerupakan Presiden Persatuan Multiple Sklerosis Malaysia (MSSM) yang turut menjadi penjaga berasa sangat berbesar hati kerana Roche sudi berkolaborasi bersama kami untuk meningkatkan kesedaran nasional mengenai intervensi awal, rawatan dan pengrusan bagi mengelakkan perkembangan penyakit ini

En Rizal berkata “MSSM percaya kepada pendekatan yang holistik dan inovatif untuk rawatan MS. Kami sentiasa memperjuangkan agar ubatan baharu ini tersedia untuk pesakit dan menyokong  pengamal perubatan am diberi latihan mengenali MS supaya mereka juga boleh membantu mengesan MS dari awal serta menyalurkan pesakit kepada pakar yang tepat untuk rawatan susulan.
“Saya juga bercakap daripada pengalaman sendiri sebagai penjaga MS apabila berkongsi kisah perjalanan pesakit yang agak traumatik jika mereka tidak disalurkan kepada rawatan dan sokongan perubatan yang tepat dari awal,” 
“Program bantuan pesakit menolong meringankan beban kewangan pesakit dan keluarga mereka, memastikan pesakit boleh mengakses penjagaan yang diperlukan dengan fikiran yang tenang,” tambah Rizal

Data Klinikal yang Menyokong Keberkesanan OCREVUS®Data klinikal menunjukkan bahawa OCREVUS® berkesan dalam memperlahankan perkembangan ketidakupayaan (RMS) dan merawat pesakit dengan PPMS5

Keberkesanan OCREVUS® untuk rawatan RMS telah ditunjukkan dalam dua ujian klinikal, OPERA I dan OPERA II, di mana 1,656 peserta dirawat selama 96 minggu

Dalam kedua-dua ujian, insiden relaps dalam kalangan pesakit yang menerima OCREVUS® didapati berkurang sebanyak hampir separuh (46%)

Ia juga terbukti berkesan dalam memperlahankan perkembangan penyakit di mana peserta yang menerima OCREVUS® kurang berkemungkinan mengalami perkembangan ketidakupayaan (40%), manakala peratusan peserta yang mengalami perkembangan ketidakupayaan adalah kecil (9.8%). Ramai peserta (33%) juga menunjukkan peningkatan yang baik dari segi ketidakupayaan selepas 3 bulan mengambil OCREVUS®. Ubat ini juga terbukti dapat mengurangkan lesi otak

Kedua-dua kajian menunjukkan pengurangan lesi yang ketara menerusi imbasan MRI, dengan kadar 94% dan 95% masing-masing. Dalam kajian ORATORIO untuk PPMS ke atas 732 peserta yang dirawat selama sekurang-kurangnya 120 minggu, OCREVUS® didapati melengahkan perkembangan ketidakupayaan di mana peserta yang diberikan OCREVUS® kurang berkemungkinan mengalami perkembangan ketidakupayaan  (24%)

OCREVUS® telah diluluskan oleh US FDA pada Mac 2017 untuk orang dewasa yang mengalami RMS dan PPMS10. Di negara kita, ia telah diluluskan pada November 2023 untuk rawatan RMS dan PPMS

OCREVUS® telah dimasukkan ke dalam Program Bantuan Pesakit Roche (RPAP) yang membantu pesakit berkelayakan mengakses ubat-ubatan Roche yang dipreskripsikan oleh doktor di bawah skim bersubsidi untuk menyokong keseluruhan kos rawatan mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai MS, OCREVUS® dan RPAP, sila hubungi pakar neurologi atau doktor yang merawat anda


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2024/04/ocrevus-pilihan-rawatan-baharu-untuk-pesakit-sklerosis-berbilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siapa Yang Tahu Siapa Yang Akan Menjadi Pilihan Seterusnya Kata Djokovic Dalam Mencari Jurulatih Baharu

Siapa Yang Tahu Siapa Yang Akan Menjadi Pilihan Seterusnya Kata Djokovic Dalam Mencari Jurulatih Baharu

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 73 hits
Belgrade Novak Djokovic berkata pada hari Khamis bahawa beliau tidak pasti siapa yang akan menjadi jurulatih barunya atau sama ada akan ada satu sehari selepas mengakhiri hubungan lima tahunnya dengan Goran Ivanisevic Djokovic membawa juara...
Iklan Raya Rhb Bank 2024 Lembaran Baharu

Iklan Raya Rhb Bank 2024 Lembaran Baharu

papar berkaitan - pada 8/4/2024 - jumlah : 138 hits
Setiap kali musim perayaan banyak pihak korporat jenama fesyen mahupun produk tempatan tidak mahu ketinggalan dengan mengetengahkan iklan raya atau filem pendek kepada penonton seperti di Iklan iklan yang ditayangkan pasti memberi kesan kep...
Lelaki Israel Ditahan Dua Warga Turkiye Seorang Warga Georgia Antara Tangkapan Baharu

Lelaki Israel Ditahan Dua Warga Turkiye Seorang Warga Georgia Antara Tangkapan Baharu

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 62 hits
AZMI NORDINKUALA LUMPUR 12 lagi individu ditahan pihak polis berkait kes penahanan seorang lelaki warga Israel yang memiliki enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini 27 Mac lalu Ia menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan ke...
Fifa Bebaskan Kda Fc Boleh Daftar Pemain Baharu

Fifa Bebaskan Kda Fc Boleh Daftar Pemain Baharu

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 74 hits
PETALING JAYA Peminat Kedah Darul Aman FC boleh menarik nafas lega apabila skuad Sang Kenari sudah boleh mendaftarkan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024 2025 Ia selepas pasukan berkenaan mengesahkan bahawa mereka...
Prk Kuala Kubu Baharu Laluan Sukar Bagi Ph Dap

Prk Kuala Kubu Baharu Laluan Sukar Bagi Ph Dap

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 68 hits
PRK Kuala Kubu Baharu yang telah ditetapkan tarikh pengundiannya pada 11 Mei depan diramalkan akan menjadi laluan getir kepada PH yang dijangka mengekalkan calon daripada DAP bertanding di kawasan tersebut Tarikh 11 Mei yang dipilih SPR itu...
Dap Needs 60 Of Indian Votes To Retain Kuala Kubu Baharu Says Party Man

Dap Needs 60 Of Indian Votes To Retain Kuala Kubu Baharu Says Party Man

papar berkaitan - pada 11/4/2024 - jumlah : 94 hits
A DAP source says the Indian community in Kuala Kubu Baharu has not taken kindly to what it sees as the failures of Anwar Ibrahim s administration PETALING JAYA DAP will need to secure at least 60 of the Indian vote if it wants to emerge vi...
Field Malay Candidate For Kuala Kubu Baharu Polls Says Ph Leader

Field Malay Candidate For Kuala Kubu Baharu Polls Says Ph Leader

papar berkaitan - pada 16/4/2024 - jumlah : 130 hits
Selangor PH deputy chairman Borhan Aman Shah said the candidate for the by election should be a professional rather than a career politician PETALING JAYA A Selangor Pakatan Harapan leader has suggested that DAP consider fielding a Malay ca...
Hanya Cadangan Kata Bn Berkait Gesaan Mca Tanding Prk Kuala Kubu Baharu

Hanya Cadangan Kata Bn Berkait Gesaan Mca Tanding Prk Kuala Kubu Baharu

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 58 hits
Megat Zulkarnain Omardin berkata BN Selangor telah bersedia berdepan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan PETALING JAYA Barisan Nasional Selangor berpendapat pendirian segelintir ahli dan pemimpin MCA supaya parti itu bertanding PRK Kual...
No Talks Yet On Kuala Kubu Baharu Candidate Says Anwar

No Talks Yet On Kuala Kubu Baharu Candidate Says Anwar

papar berkaitan - pada 13/4/2024 - jumlah : 75 hits
Pakatan Harapan chairman Anwar Ibrahim said he has not discussed the candidate for the upcoming by election with anybody BATANG KALI Pakatan Harapan has yet to hold any discussions on its candidate for the Kuala Kubu Baharu by election next...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan

Misteri Surat Addendum Pengampunan Najib

Aksi Tfc Tempang Tanpa Akhyar

Prk Kuala Kubu Bharu Sock Tao Garis Lima Teras Dalam Manifesto