Now We Are Breaking Up
Tajuk Drama : Now,We are Breaking Up
Pengarah : Lee Gil-bok
Penulis : Je-in
bahasa : Korea
Negara Pengeluar : Korea Selatan
Jumlah Episod: 16
Genre : Love, Melodrama
Tarikh siaran asal : 21 November 2021 - 8 January 2022
Pelakon dan watak:
Song Hye-kyo sebagai Ha Young-eun
: merupakan seorang pereka fesyen yang bekerja di bawah syarikat besar bernama The One. Pada masa yang sama Young-eun juga berkawan baik dengan anak pengerusi The One yang merupakan salah seorang pengarah syarikat. Semasa menuntut di Paris, Young-eun bercinta selama dua bulan dengan seorang lelaki bernama Yoon Soo-wan.
Jang Ki-yong sebagai Yoon Jae-guk
: seoarang jurugambar profesional yang telah bertapak di Paris. Jae-guk dan Young-eun pernah menjalinkan hubungan satu malam pada satu pertemuan. Selepas bertemu kembali, Young-eun buat buat tak kenal Jae-guk. Jae-guk juga sebenarnya adalah adik kepada mendiang boyfriend Young-eun
Choi Hee-seo sebagai Hwang Chi-sook
: bestfriend Ha Young-eun. Anak orang kaya, tapi sengal sengal ubi. Suka bercinta dengan model syarikat sendiri yang jauh lebih muda dari dia tapi akhirnya dipermainkan aje. pada asalnya, mak bapa Jae-guk dan Chi-sook ni aturkan pertemuan blindate untuk diorang berdua, Tapi Chi-sook taknak datang dan meminta Young-eun gantikan tempatnya bertemu dengan Jae-guk. Last last bercinta dengan kawan Jae-guk yang merupakan CEO syarikat perhubungan awam yang menguruskan acara syarikat mereka.
Pelakon yang lain lain tu sekadar penyeri cerita ajelah. Bab mak dengan bapak Ha Young-eun yang asyik bergaduh benda yang tak masuk akal tu, Mama Yan skip ajelah. Apa pelik sangat perangai maknya. Anak dah umur 38 tahun, masih nak kontrol dengan siapa nak bercinta dan berkahwin. Sekalipun Jae-guk tu anak luar nikah, benda tu bukan salah si anak. Nak bercerai atas sebab yang tak logik, cuba la bincang baik baik. Dasar perempuan. Benda boleh gaduh, buat apa nak bincang. Dengan mak Jae-guk pun dia cari gaduh.
Pastu, bekas tunang pakwe Young-eun tu. Adoila... Tunang engkau yang curang. Apasal pulak salahkan girlfriend dia. Girlfriend dia sampai ke sudah tak tahu yang dia pernah bercinta dengan tunang orang. Lelaki kan... dah kahwin pun boleh curang, apa lagi baru bertunang. Aish..lelaki tak sedar diri ni wujud dalam semua bangsa dan negara..hahaha...
Cerita ni memang melodrama ye... slow aje jalan ceritanya. Konfliknya pun cinta terhalang oleh orang tua... pilihan antara cinta dan kerjaya... kawan baik sakit... dilema cinta ..salah faham..cemburu..gitu aje. Sesuai la untuk tontonan suri rumah macam Mama Yan ni. Malas nak sakit kepala layan cerita plot twist, thrill, pschopat semua tu.
Oh ya,.. Mama Yan tonton cerita ni Viu ya. Tonton santai santai je sambil tunggu anak keluar sekolah dan tunggu mok siap mengaji.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2022/08/now-we-are-breaking-up.html