Novel Terbaru 2019 Novel Yang Tertulis Untuk Kita Novel Deja Vu Novel Ari
Novel Terbaru 2019 : Novel Yang Tertulis Untuk Kita | Novel Deja Vu | Novel Ari : Tertibatan terbaru yang kini boleh didapati pada laman karyaseni dan penulisan2u. Tiga novel terbaru ini boleh dibeli secara kombo dengan harga RM73 dan RM82.
Sinopsis Novel Yang Tertulis Untuk Kita :
Setelah lima tahun melarikan diri ke Barcelona, Heidry pulang ke tanah air untuk menyelamatkan kafe arwah mummynya. Kepulangannya memberi seribu satu erti kepada seseorang. Seseorang yang menantinya selama tujuh tahun. Lebih tepat lagi, tujuh tahun lapan bulan, sepuluh hari. “So, maknanya selama ni kau bukan tak nak fikir pasal kahwin sebab takut bakal suami kau tu tak boleh terima Hafiy, tapi sebab kau tengah tunggu lifetime crush kau?” – Erin Bila lifetime crush Farha kembali ke Sunshine Cafe, Farha mula cemas. Cemas dan teruja. Hubungan sebagai majikan dan pekerja merapatkan mereka. Tanpa Farha sedar, dia sudah terlalu jauh dari zon selamatnya. Perasaannya sudah semakin mendalam dan dia mula mengharapkan sesuatu yang lebih. Lebih daripada perasaan crush. “Saya suka awak.” - Farha Pada saat rasa itu sudah tidak tertanggung, Farha beranikan diri untuk meluahkan perasaannya walaupun dia tahu dalam hati Heidry hanya ada Naura. Namun, luahan cintanya tidak pernah berbalas. “Naura tak jadi kahwin dengan abang saya.” - Heidry
Dan kata-kata Heidry sudah cukup untuk buat dia faham perasaan lelaki itu terhadapnya. Kawan. Hanya sekadar kawan. Naura masih bertakhta dalam hati Heidry. Sejak tujuh tahun yang lalu. “The best way is… Kahwin dengan saya.” - Hilman Farha dilamar seseorang. Seseorang yang pernah menghancurkan hidup adiknya. Pun begitu, lamaran itu diterima. Alasannya mudah. Demi Hafiy. Demi kebahagiaan anak kecil itu. Tapi bagaimana dengan kebahagiaannya? Mampukah dia menerima lelaki yang dia tidak cinta sebagai suaminya? Mampukah rumah tangga yang dibina tanpa rasa cinta kekal buat selama-lamanya? Adakah ini yang tertulis untuk dirinya?
Sinopsis Novel Deja Vu : “Kau ni ahli sihir eh?! Kau yang sebabkan aku patah kaki!” “Aku bagi tahu apa yang aku nampak aje!” Zap! Teringatkan ejekan demi ejekan sewaktu dia masih kecil itu buat jantung Mareeya bagai direntap. Semuanya bagai deja vu. Sebolehnya dia tidak mahu kelebihan itu. Mampu melihat masa depan dari anak mata seseorang? Itu semua malapetaka baginya. Mareeya berdoa semoga suatu hari nanti dia menjadi manusia yang normal. Tapi… Setelah 24 tahun memiliki kebolehan itu, tiba-tiba semuanya hilang saat terpandangkan sepasang anak mata! “Aku sepatutnya boleh nampak orang punya future. Tapi lepas aku jumpa kau... Aku dah tak nampak. Aku tak nampak apa-apa tentang kau. Dan sekarang, aku tak nampak apa-apa tentang orang lain juga.” -Mareeya“Miss, I betul-betul tak faham dengan apa yang you cakap ni. Kalau you rasa, you’re gifted... Then maybe you are. Tapi bukan I yang ambil semua tu dari you.” – Luth Ilyas “Aku nak semua tu balik!” - Mareeya Pertemuan dengan Luth Ilyas buat Mareeya kehilangan kebolehannya. Dulu, dia rasa itu semua beban tapi setelah selesa dengan kelebihan itu, dia tidak mahu kehilangan. Dia harus lakukan sesuatu untuk dapatkan semua itu semula. “You nak kahwin dengan I? – Mareeya Terperanjat Luth dengan lamaran Mareeya. Orang yang tidak dikenali dan sangat pelik, melamarnya! Gila! Tapi, bagai ada sesuatu yang ada pada Mareeya buatkan Luth rasa seperti ada magnet, menarik Luth kepada Mareeya. “In that case, I sebenarnya kunci untuk you normal semula. Betul tak?” – Luth Ilyas Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Pertemuan yang menemukan Luth dan Mareeya menyingkap realiti 24 tahun lepas. Realiti tentang bagaimana Mareeya boleh mendapat kelebihan itu. Siapa Luth sebenarnya? Adakah kebenaran akan terus melenyapkan deja vu Mareeya? Atau kelebihan itu akan terus sebati dalam dirinya?
Sinopsis Novel Ari : “Aku yang mastermind. Kau cuma simulasi yang aku cipta. Kau berada di mana aku mahu kau berada.” – Narong Memilih untuk masuk ke dalam dunia gengster ketika berusia 17 tahun dengan tujuan untuk mencari pembunuh ibu kawan baiknya, ARI HARAPAN dilatih untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Hasilnya, dia digeruni pada usia yang masih mentah. Namun… Semua itu tidak kekal lama. Dia dikhianati. Diperguna dalam diam. Ari lari menyembunyikan diri. Dia perlu kembali kepada tujuan asalnya masuk ke dunia gengster. Kekasihnya Ria yang ditinggalkan dahulu perlu dicari dengan harapan Ria mahu menyambung kisah mereka. Pada masa yang sama, Ari juga diburu dan hanya tunggu masa sahaja untuk dia dihapuskan. Bertahun-tahun dia hidup seperti orang nomad, serata dunia dijelajah. Berpindah dari satu negara ke satu negara supaya dirinya sukar dikesan. Ari menerima pelbagai kejutan yang memang tidak disangka-sangka sepanjang tempoh itu. Tentang ibunya. Tentang ayahnya. Tentang dirinya sendiri. Saat Ari menemui Ria semula, hatinya berbunga. Namun, jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Kasihnya nyata tidak boleh disambung lagi. “Masa lalu dah mati. Tak perlu nak diingat lagi.” – Ria Ari lalu membawa diri. Cuba menerima ketentuan Ilahi. Ari bertemu dengan Afni setelah lama merawat luka dalam hati. Afni cuba untuk didekati. Dalam diam pemburunya semakin menjelmakan diri. Siapakah Afni yang sebenarnya? Apakah takdir yang menanti Ari pada saat nyawanya berada di hujung tanduk? Adakah masih ada kesempatan untuk Ari melarikan diri? Danpembunuh ibu kawan baiknya? Adakah akan ditemui? Tak semua orang mahu jadi baik macam kau. Perlu kau ingat juga, tidak semua orang jahat itu insaf. – Ari
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2019/02/novel-terbaru-2019-novel-yang-tertulis-untuk-kita-novel-deja-vu-novel-ari.html