Nora Ariffin Sudah Enam Bulan Jumpa Pakar Psikiatri Sukar Besarkan Anak Sendirian




PETALING JAYA – Diuji pemergian beberapa ahli keluarga membuatkan penyanyi, Datuk Nora Ariffin berjumpa pakar psikiatri sejak enam bulan lalu.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin,51, mengambil inisiatif itu bagi memelihara keadaan kesihatan mentalnya dan anak-anak.
“Secara jujur kalau tanya bagaimana saya stabilkan fikiran selepas melalui banyak perkara termasuk pemergian ibu baru-baru ini, saya sebenarnya bertemu dengan pakar psikiatri sejak enam bulan lalu. Bukan sahaja saya, tetapi anak-anak juga turut berjumpa pakar.
“Adakalanya kita tidak tahu, dalam menempuh kehidupan memang banyak dugaan dan mahu membesarkan anak-anak juga banyak cabaran.
“Berjumpa pakar bagi saya bukanlah perkara tak baik tetapi untuk elak kesihatan mental terjejas. Hasilnya memang nampak perkembangan yang baik kepada kami semua,” katanya.
Nora berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di sesi latihan konsert Hanya Satu: Nora Ariffin, di sini, semalam.
Sebelum memilih berkahwin lagi, penyanyi
Di Persimpangan Dilema itu mengakui sangat mencabar membesarkan anak-anak sendirian.
Bagaimanapun, dia bertekad untuk melakukan sebaik mungkin agar tiga orang anaknya dibesarkan dengan kasih sayang yang sempurna.
“Saya tidak pernah kata diri sendiri betul dan tidak terlepas daripada membuat keputusan salah atau melakukan kesalahan.
“Namun, saya bukan seorang ibu yang sempurna tetapi kalau boleh mahu jadi terbaik untuk anak-anak.
“Jadi, saya tak mahu semua kesalahan dan masalah sendiri beri kesan negatif kepada mereka.
“Membesarkan anak tanpa ayah kandung sangat mencabar terutamanya anak perempuan remaja. Hidup memang ‘keras’ tetapi perlu hadapi juga,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai persediaan konsert yang bakal berlangsung 18 Disember hadapan, Nora teruja untuk memperdengarkan nyanyiannya walaupun gementar menunggu hari konsert.
“Saya tertanya juga msih adakah mahu hadir ke konsert dan melihat saya menyanyi? Itu ketakutan saya.
“Ditambah pula banyak penganjuran konsert penyanyi lain dan saya pula bukan lagi dalam liga mainstream yang kerap muncul pada persembahan berskala besar.
“Jadi semua itu membawa kepada kebimbangan juga untuk penganjuran konsert ini. Namun, syukur alhamdulillah, penjualan tiket berjalan dengan baik. Saya tidak mengharapkan terus ‘sold out’ sebab sedar diri.” ujarnya.
Bukan itu sahaja, konsert itu bukan hanya mengenai dirinya malah hasrat yang ditinggalkan arwah suami, Johan Nawawi sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Sebenarnya, mengadakan konsert bersama dua figura ini merupakan ‘wasiat’ yang pernah ditinggalkan suami saya, Allahyarham Johan Nawawi.
“Katanya, kalau nak buat konsert, mereka perlu ada. Jadi, impian arwah tercapai, walaupun dia sudah tiada, saya akan realisasikan impiannya dengan penganjuran konsert solo ini.
“Syukur, hasil kerja keras sejak lebih tiga dekad terbayar. Tidak sabar nak hiburkan peminat nanti,” jelasnya.




Source link
The post Nora Ariffin sudah enam bulan jumpa pakar psikiatri, sukar besarkan anak sendirian appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/nora-ariffin-sudah-enam-bulan-jumpa-pakar-psikiatri-sukar-besarkan-anak-sendirian/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lepas Abah Kahwin Baru Abah Tak Risau Tak Ada Kerja Rupanya Anak Anak Mak Tiri Bagi Abah Duit Belanja Tiap Bulan

Lepas Abah Kahwin Baru Abah Tak Risau Tak Ada Kerja Rupanya Anak Anak Mak Tiri Bagi Abah Duit Belanja Tiap Bulan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 205 hits
Hi aku Sofea 26 tahun masih belum berkahwin Aku nak bercerita tentang adik beradik aku Aku anak keenam dari lapan orang adik beradik Kisahnya begini Abah duda 4 tahun dan baru menikah dengan janda anak 5 Baru 4 bulan perkahwinan abah dan ib...
Sejak 2 Bulan Mak Jaga Anak Aku Aku Pelik Setiap Kali Pukul 2 Pagi Anak Aku Makan Mamak Akhirnya Anak Pecah Rahsia

Sejak 2 Bulan Mak Jaga Anak Aku Aku Pelik Setiap Kali Pukul 2 Pagi Anak Aku Makan Mamak Akhirnya Anak Pecah Rahsia

papar berkaitan - pada 12/12/2024 - jumlah : 159 hits
Assalamualaikum semua cerita yang aku nak kongsikan ni biasa biasa je tapi amat menggur1s hati aku Aku mempunyai adik beradik seramai 11 orang di mana aku merupakan anak yang ke 4 Dijadikan cerita arw4h bapa aku kerja kampung dan untuk memb...
Saya Menerima Dan Sedia Berdamai Dengan Takdir Nora Ariffin Pilih Jalan Matang Enggan Berbalah Dengan Keluarga

Saya Menerima Dan Sedia Berdamai Dengan Takdir Nora Ariffin Pilih Jalan Matang Enggan Berbalah Dengan Keluarga

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 162 hits
Penyanyi Datuk Nora Ariffin lebih memilih untuk berdiam dan bersikap lebih matang apabila berdepan dengan kontroversi yang melibatkan keluarga suaminya Dr Rushdi Ramli Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Ariffin berkata dia mengikuti na...
Bila Waktu Sesuai Dedahkan Anak Tentang Pendidikan Seksual Pakar Kongsi Tip

Bila Waktu Sesuai Dedahkan Anak Tentang Pendidikan Seksual Pakar Kongsi Tip

papar berkaitan - pada 9/12/2024 - jumlah : 196 hits
Pendidikan seksual teramatlah penting lebih lebih lagi di zaman moden sekarang bila mana anak anak mudah terdedah dengan pelbagai bahan dan sumber yang tidak sepatutnya di media social Sebagai mak ayah kitalah yang perlu mendedahkan anak te...
Uyaina Arshad Akui Kos Besarkan Anak Tinggi Pesan Bijak Rancang Kewangan Zalim Tak Beri Keperluan Asas Anak

Uyaina Arshad Akui Kos Besarkan Anak Tinggi Pesan Bijak Rancang Kewangan Zalim Tak Beri Keperluan Asas Anak

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 154 hits
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui kos untuk membesarkan anak pada zaman kini agak mahal ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga barang yang tinggi Biarpun begitu kata Uyaina tanggungjawab memb...
Bibir Anak Sudah Biru Ketika Itu Pengasuh Dakwa Muka Anak Tertutup Selimut

Bibir Anak Sudah Biru Ketika Itu Pengasuh Dakwa Muka Anak Tertutup Selimut

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 173 hits
Amir Mamatam hmetro com myAINOL Izzah dan Nazrul Nizam menunjukkan wajah bayi lelaki mereka yang maut ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka hari ini FOTO Bernama Melaka Bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dengan...
Pasangan Kekasih Kaut Rm10 800 Sehari Curi Tabung Derma Anak Yatim

Pasangan Kekasih Kaut Rm10 800 Sehari Curi Tabung Derma Anak Yatim

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 169 hits
MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALIANTARA tabung derma yang dirampas polis dalam tangkapan suspek di sebuah kondominium di Klebang Melaka MELAKA Perbuatan keji sepasang kekasih mencuri tabung wang derma anak anak yatim dan madrasah berjumlah lebih RM1...
Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

Nabila Razali Tak Boleh Duduk Diam Masih Nak Bekerja Berdebar Bersalin Anak Pertama

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 175 hits
Nabila Razali tak boleh duduk diam masih nak bekerja berdebar bersalin anak pertama Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin Nabi...
Najwa Latif Keguguran Anak Pertama Syukur Allah Bagi Pinjam Lima Minggu

Najwa Latif Keguguran Anak Pertama Syukur Allah Bagi Pinjam Lima Minggu

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 182 hits
Tiada rezeki untuk menimang cahaya mata pertama penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran dikala usia kandungannya yang baru mencecah lima minggu Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif 29 bersyukur diberi kesempatan merasai pen...
Pdrm China Purge Mbi Network For Xi Jin Peng Visit

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam