Nikmati Keenakan Masakan Authenthic Vietnam Di Rasa Viet


 
Masakan Vietnam merupakan antara salah satu tarikan pelancong ke Vietnam. Makanan istimewa Vietnam diproses dengan menggunakan ramuan dan rempah khas, membuatkan masakan Vietnam mempunyai rasa yang unik .  
 
Masakan Vietnam sangat digemari oleh individu yang mengamalkan diet rendah kalori, kerana kandungan utama masakannya adalah menggunakan sayur-sayuran, daging lembu, ayam dan bahan-bahan lain yang tidak akan membahayakan tubuh badan kita
 
  Buat penggemar masakan Vietnam, kini anda tidak perlu khuatir kerana anda akan dapat menikmati masakan Authentic Vietnam yang lazat di Rasa Viet by Xin Chao yang terletak di The Sphere Bangsar South. Baru-baru ini Cik iena sendiri sempat menikmati keenakan rasa masakan authentic Vietnam di Rasa Viet
 
  Rasa Viet by Xin Chao Rasa Viet menyajikan Masakan Vietnam dengan pelbagai rasa dari Wilayah Utara, Tengah dan Wilayah Selatan.Menu yang terdapat di rasa Viet adalah Menu Seimbang yang Lazat, dengan pilihan Vegetarian / Vegan yang Unik. Jadi sekiranya anda mahupun rakan atau keluarga anda yang vegan atau vege anda boleh lah berkunjung ke rasa Viet
 Rasa Viet menawarkan Makanan Vietnam yang Berkhasiat, Tradisional, Inovatif serta yang paling penting adalah Rasa Viet tidak menggunakan MSG. Restoran ini terletak di The Sphere Bangsar South. Untuk pengetahuan Restoran ini menawarkan masakan Halal Vietnam. Untuk info Halal boleh rujuk di https://www.rasaviet.com/about-halal. 



 
  Baru baru ini Cik iena berkesempatan mencuba sendiri keenakan masakan vietnam di rasa Viet bersama keluarga. Antara menu yang Cik iena cuba tempohari adalah  
Menu appetizer di Rasa Viet
 
Manggo salad Prawn RM15.60Assorted Spring Roll platter RM25Grilled Beef in Betel Leaf RM13.90DIY Wrap Sizzling Pancake RM23.90Rice Noodle Soup- PhoSteamed Chicken Pho RM17.20Smocked Duck Pho RM20.40Prawn Pho RM24.50Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80Traditional Caramel Puding RM5.90Drip Coffee With Milk RM9.90Boiled Lemongrass Ginger RM8.90


Menariknya lagi Restoran Rasa Viet ini adalah dekorasi hiasan dalaman dan luaran restoran itu sendiri. Setibanya anda di pintu masuk restoran ini anda pasti akan merasakan seolah olah anda berada di Vietnam. Sejurus melangkah kedalam restoran anda akan merasakan suasana yang sangat tenang . Dekorasi restoran ini sangat sesuai untuk anda yang suka bergambar, yang suka makan di tempat yang cantik serta instagramable
 
 
Ada diantara kita yang gemar makan di tempat yang cantik dan ada juga yang tidak kisah akan dekorasi kedai makan tetapi kisah akan rasa masakan di sesuatu kedai tersebut. Di Rasa Viet anda tidak perlu risau kerana kedua dua ciri adalah selari. Di Restoran rasa Viet, selain dekorasi restoran yang cantik, makanan disini juga sedap dan pasti akan membuatkan anda jatuh cinta pada masakan Authentic Vietnam
 
  VLOG DI RASA VIET THE SPHERE BANGSAR SOUTH


Berikut Cik iena kongsikan review mengenai kesemua menu yang Cik iena telah cuba di Rasa Viet baru baru ini.


Manggo salad Prawn
Ini merupakan pertama kali Cik iena makan manggo salad dari Vietnam. Kebiasaannya makan manggo salad kelantan atau thailand.Pasti ada perbezaan antara kedua manggo salad ini.
Manggo salad Vietnam menggunakan sos ikan dari Vietnam. Rasanya berbeza dengan sos ikan thailand. Sos ikan thailand agak masin berbanding sos ikan Vietnam

Manggo salad Prawn

Uniknya lagi manggo salad dsini ianya dimakan bersama keropok udang yang rangup menjadikan rasanya sangat unik dan pasti membuatkan anda jatuh cinta akan keenakan kombinasi rasa keropok tersebut bersama manggo salad.Kandungan undang nya juga sangat banyak . Memang sangat puas hati bila makan manggo salad disini

Manggo salad Prawn

Untuk menikmati keenakan manggo salad tersebut pasti ada cara makan yang betul, untuk tatacara makan yang betul anda boleh tonton vlog Cik iena di atas. Harga untuk Manggo salad Prawn adalah RM15.60.






Assorted Spring Roll platter


Assorted Spring Roll platter
 Assorted Spring Roll platter terdiri daripada summer roll, Fried roll, Fried netted roll Mayonnaise prawn, Fried netted roll sweet potato & yam. Platter ini sememangnya sangat sesuai untuk anda nikmati bersama keluarga tercinta. Aneka spring roll yang enak pasti membuatkan hati anda tergoda akan keenakan masakan vietnam yang sememangnya enak lagi unik


Assorted Spring Roll platter

Sejujurnya Cik iena baru tau bahawa summer roll vietnam sebenarnya dimakan bersama peanut sos dan bukan sos cili mahupun sos ikan. Sebelum ini, Cik iena pernah makan vietnamese roll tapi dimakan bersama kuah cili yang dicampur dengan sos ikan
 
Summer roll
 
 Apabila makan summer roll disini memang terasa sangat sedap kombinasi spring roll dengan peanut sos pasti membuat anda tergoda akan rasa uniknya. Tidak kurang hebatnya juga keenakan kedua dua jenis fried netted roll iaitu Mayonnaise prawn dan  sweet potato & yam. Kedua-dua fried netted mempunyai keenakan yang tersendiri.  

Assorted Spring Roll platter
  Apa yang Cik iena suka mengenai fried netted ni sudah pasti isi nya dan juga yang pasti tepung yang menyalut isi tersebut. Tepung salut tersebut dalam bentuk jaring jaring yang rangup. Walaupun dah sejuk sedikit masih tetap rangup.


Assorted Spring Roll platter ini dijual pada harga RM25


Grilled Beef in Betel Leaf
Antara menu yang Cik iena gemari juga. Cik iena sebenarnya memang tak makan daging sangat. Agak memilih dalam memilih menu daging kerana dari kecil Cik iena tak makan daging, cuma bila dah dewasa Cik iena cuba makan juga
 

Grilled Beef in Betel Leaf 
Ada diantara masakan daging yang Cik iena tak boleh makan. Sebenarnya bergantung pada cara masakan juga. Kalau daging tak rasa hanyir dan berbau Insya Allah Cik iena boleh makan.
Sejujurnya agak takut untuk mencuba risau tak menepati citarasa . Almaklumlah Cik iena tak makan daging sangat.  Berbeza dengan masakan daging lain, Beef daun kaduk di Thai Viet sememangnya sangat sedap dengan rasa unik menyelerakan.Cik iena rasa bila dia balut dengan dau kaduk, rasa daging tu jadi lagi sedap dan lain dari yang lain
 

Grilled Beef in Betel Leaf 

Cara makannya juga amat penting untuk memastikan anda dapat rasa kesemua kombinasi bahan yang ada untuk hidangan itu yang menjadikannya lebih enak sehingga membuatkan anda teringat akan menu ini selepas pulang kerumah
 
Untuk cara memakan menu ini pastinya anda perlu tonton vlog Cik iena. Banyak pula Cik iena buat video kan sebab cik iena berasa teruja mencuba menu authentic Vietnam. Sebelum ni Cik iena cuma pernah cuba noodle soup sahaja.Kali ini banyak juga menu Vietnam yang cik iena cuba lantas membuatkan Cik iena mula jatuh hati pada masakan authentic vietnam

Untuk pengetahuan Grilled Beef in Betel Leaf ini dijual pada harga RM13.90  DIY Wrap Sizzling Pancake
DIY Wrap Sizzling Pancake   Menariknya lagi di rasa Viet anda sendiri boleh membuat Sizzling Pancake . Hidangan ini adalah untuk dua orang. Untuk membuat DIY Wrap Sizzling Pancake ini mereka akan sediakan rice paper, sayur sayuran dan pancake serta dua kuah sos ikan
 DIY Wrap Sizzling Pancake  
DIY Wrap Sizzling Pancake  Untuk cara cara membuat Sizzling pancake ini anda boleh rujuk vlog Cik iena. Seronok dapat cuba sendiri balut sizzling pancake ni. Bila buat sendiri kita boleh letak banyak mana sayuran yang kita suka. Cik iena memang gemar makan sayur jadi memang banyak sayur yang diletak. Selepas balut sizzling pancake dan makan, memang sedap pancake dia. Cik iena suka pancake yang rangup serta campuran sayuran tersebut buat rasa sizzling pancake tersebut bertambah unik dan enak pastinya
 
DIY Wrap Sizzling Pancake

 DIY Wrap Sizzling Pancake ini dijual pada harga RM23.90
   Rice Noodle Soup- Pho 
Rice Noodle Soup- Pho  Untuk pengetahuan, Mi sup Pho Vietnam merupakan antara 20 hidangan terbaik dunia oleh buku panduan perjalanan Lonely Planet menurut agensi berita Vietnam (VNA). Di Rasa Viet Cik iena dan keluarga cuba empat jenis Pho iaitu  Steamed Chicken Pho, Smocked Duck Pho, Prawn Pho dan Classic Beef Pho Steak Meatballs
  Steamed Chicken Pho RM17.20 
Steamed Chicken Pho RM17.20
Steamed Chicken Pho   
 Smocked Duck Pho RM20.40 
Smocked Duck Pho RM20.40
Smocked Duck Pho   Prawn Pho RM24.50 
Prawn Pho RM24.50
Prawn Pho    Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80
Classic Beef Pho Steak. Meatballs RM 22.80  
Classic Beef Pho Steak. Meatballs   Untuk noodle soup Cik iena makan ayam tapi dalam masa yang sama Cik iena rasa kesemua noodle soup. Untuk kesemua jenis noodle soup setiap kuah mempunyai rasa yang berbeza, bermaksud mereka tidak menggunakan kuah yang sama.  
Rice Noodle Soup- Pho
   Seperti kita sedia maklum ada kedai yang menggunakan kuah sup yang sama cuma isi yang lain sebagai contoh kuah adalah sup daging tetapi isi yang digunakan adalah ayam atau pun daging.berbeza dengan rasa viet, kesemua kuah noodle soup mempunyai rasa yang berlainan
 
Rice Noodle Soup- Pho  Kesemuanya dimasak berasingan bermaksud jika beef noodle soup, mereka akan memasak kuah sup dari daging, begitu juga dengan ayam mahupun itik. Jika soup udang pula mereka akan memasak soup menggunakan kulit udang itu sendiri. Jadi kesemua soup menampilkan rasa yang berlainan menjadikan menu menu noodle soup disini sangat unik dan authentic
   Rasa Noodle soup disini menjadi lebih enak dengan adanya dua bahan di dalam gambar diatas. Dalam sudu sebelah kiri adalah cili potong bersama sos ikan vietnam kalau tak silap Cik iena manakala didalam mangkuk kecil sebalah kanan terdapat 3 sos yang sedap bila dimakan bersama noodle soup. Kalau nak tau bagaimana cara orang Vietnam makan  Pho atau noodle soup ni boleh tonton vlog Cik iena ya. Jika ikut cara orang Melayu kuah cili ni dicampurkan dalam kuah sup. Berbeza dengan cara orang Vietnam mereka makan secara berasingan. Jadi perlu tonton vlog Cik iena :)




Traditional Caramel Puding  
 
Wanita dan dessert sememangnya tidak dapat dipisahkan. Walaupun dah banyak makan pasti akan ada ruang untuk makan dessert. Puding caramel di rasa viet sememangnya sangat sedap. Berbeza dengan puding caramel di tempat lain, disini puding caramelnya tidak terasa hanyir. Susah nak gambarkan, anda perlu cuba sendiri puding caramel disini. Satu suapan cukup untuk membuatkan anda jatuh cinta.

Traditional Caramel Puding ini dijual pada harga RM5.90

Drip Coffee With MilkIni merupakan pertama kali Cik iena cuba Vietnam Coffee. Hirupan pertama cukup membuat hati Cik iena tertawan dengan keenakan Kopi Vietnam ini. Cik iena yakin penggemar kopi akan menyukai kopi ini. Adik Cik iena yang tidak suka kopi pun suka akan kopi vietnam ini.
 
Drip Coffee With Milk 
Rasa unik kopi ini sememangnya sukar digambarkan. Anda perlu cuba sendiri Kopi Vietnam ini di rasa Viet. Walaupun kandungan susu yang digunakan 1/3, selebihnya 2/3 adalah kopi namun rasa kopi dia tetap lemak berkrim . Memang sedap sampaikan Cik iena dan norma minum dua gelas seorang.


Drip Coffee With Milk 
Drip Coffee With Milk ini dijual pada harga RM9.90.

 
Boiled Lemongrass Ginger Sekiranya anda suka minum air halia anda pasti suka Boiled Lemongrass Gingerdari rasa Viet. Cik iena pastinya suka akan Boiled Lemongrass Ginger di sini. Jika dirumah Cik iena memang gemar buat air halia dan lemon. Kadangkala di luar Cik iena gemar pesan air serai. Kali ini pertama kali Cik iena cuba air serai dan halia . Kombinasi kedua dua serai dan halia sangat sesuai dan sedap. Mungkin lepas ni Cik iena boleh cuba buat sendiri dirumah.


Boiled Lemongrass Ginger 
 
Boiled Lemongrass Ginger dijual pada harga RM8.90 


Macam mana? menarik bukan masakan Vietnam ? Kepada anda diluar sana khususnya buat penggemar masakan Vietnam mahupun anda yang menggemari masakan sup. Boleh lah cuba aneka sup di rasa Viet. Selain itu banyak juga menu menarik lain untuk anda cuba di rasa Viet


Thank Racheal sebab suggest Vietnam Restaurant yang awesome ni dan suggest menu yang sedap sedap dekat rasa Viet. Selalu tengok Racheal makan dekat rasa Viet terliur tengok
 
Kepada anda yang ingin mencuba keenakan  Masakan Authenthic Vietnam anda boleh berkunjung ke Rasa Viet The Sphere Bangsar South. Untuk maklumat lanjut
Website : https://www.rasaviet.com/Facebook : https://web.facebook.com/RasaViet
Instagram : https://www.instagram.com/rasa.viet/
 
 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2020/12/nikmati-keenakan-masakan-authenthic.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyebab Ini Mungkin Buat Kamu Rasa Sakit Selepas Hubungan Seks

Penyebab Ini Mungkin Buat Kamu Rasa Sakit Selepas Hubungan Seks

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 272 hits
Melakukan hubungan seks tidak sepatutnya membuatkan kamu berasa sakit sama ada semasa atau selepasnya Tetapi hanya seorang daripada tiga wanita akan berasa sakit selepas melakukan hubungan seks Kebiasaannya kamu akan berasa sakit dan bengka...
10 Cara Mengatasi Rasa Takut Untuk Menikah

10 Cara Mengatasi Rasa Takut Untuk Menikah

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 259 hits
Pernahkah Anda mendengar istilah gamophobia Secara definitif gamophobia adalah ketakutan berkomitmen dalam sebuah hubungan romansa Salah satu manifestasi paling kentara dari gamophobia adalah ketakutan pada pernikahan Bagi kebanyakan orang ...
Hiburan Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke Ajl35 Netizen Zahir Rasa Kecewa

Hiburan Dua Lagu Naim Daniel Gagal Ke Ajl35 Netizen Zahir Rasa Kecewa

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 370 hits
Seakan mengejutkan ramai pihak apabila dua lagunya iaitu Sembah bersama Man Keedal hasil ciptaannya sendiri bersama Iqie Hugh dan Adakah Kau Menungguku bersama Tuju karya Naim Adib Hamdi dan Tuju gagal tersenarai sebagai 12 lagu yang mara k...
Tak Sangka Nama Tercalon Dalam Ame 2020 Mua Bellaz Luah Rasa Gembira Saya Suri Rumah Kampung Saja

Tak Sangka Nama Tercalon Dalam Ame 2020 Mua Bellaz Luah Rasa Gembira Saya Suri Rumah Kampung Saja

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 433 hits
Personaliti media sosial dan juga jurusolek terkenal MUA Bellaz meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya apabila mendapati dirinya telah tercalon dalam salah satu kategori Anugerah MeleTOP Era 2020 yang bakal berlangsung pada 20 Disember 2...
Dulu Suami Gaji Besar Skrg Gaji 1k Je Aku Xleh Tgk Muka Dia Rasa Mympah Skrg Aku Yg Tanggung Dia

Dulu Suami Gaji Besar Skrg Gaji 1k Je Aku Xleh Tgk Muka Dia Rasa Mympah Skrg Aku Yg Tanggung Dia

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 239 hits
loading Luahan ini telah dikongsikan di laman media soslal sebelum ini dan kini disiarkan untuk pengajaran buat semua
Cara Buat Kerabu Sotong Yang Sedap Cukup Segala Rasa

Cara Buat Kerabu Sotong Yang Sedap Cukup Segala Rasa

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 357 hits
Sotong juga sedap dibuat kerabu selain dimasak sambal atau gulai Ditambah dengan mangga muda memang cukup segala rasa Anda boleh cuba buat di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Khadijah Jaafar ini Selamat mencuba KERABU SOTONGBAHAN...
Aku Rasa Memang Ph Akan Berpecah

Aku Rasa Memang Ph Akan Berpecah

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 170 hits
Mohd ZulfadzliSama ade PKR terus kuatkan PH bersama Amanah dan DAP ataupun PKR keluar dari PHLagipun lambang PH pun memang tak sesuai lambang yg bawak sial dah la warna merah serupa warna parti BersatuLagipun dulu PH menang PRU14 bila guna ...
Suami Bahasakan Diri Abang Tapi Isteri Gelak Sebab Rasa Geli

Suami Bahasakan Diri Abang Tapi Isteri Gelak Sebab Rasa Geli

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 377 hits
Setiap pasangan yang berkahwin pasti ada panggilan manja untuk suami masing masing Jika sebelum berkahwin ada yang memanggil dengan nama sayang ataupun booboo selepas berkahwin mereka akan memanggil suami abang Namun berbeza dengan pasangan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization