Nikmati Hidangan Best Of Borneo Flavours Di Double Tree By Hilton Jb
Nikmati Hidangan 'Best of Borneo Flavours' di Double Tree by Hilton, JB|| Alhamdulillah. Baru baru ni Nona try makan makanan Sarawak pulaklah setelah puas makan makanan hari raya orang Johor jawa..Hee... Kitak suka makan makanan yang disajikan kat Double Tree by Hilton, JB ni tau. Ada yang unik dan nampak pelik bagiku tapi sedap rasanya!
Apa yang ada ye dalam set ni?? Nona share sini sikit, dan gambar lain yang banyak ada kat Facebook saya yer awak.. Yang penting, kamek mesti try! 😄
1. Ambuyat
Bahan utamanya adalah sagu. Ianya rasa tawar kalau makan camtu je tapi bila dimakan bersama dengan ikan masak singgang, dan pelbagai sambal yang disediakan. Rasanya memang sedap sangat! Tak complete kalau tak campur bahan lain..hehe.. Nona campurkan dengan sambal berdengung, sambal kering, sambal hijau dan lain lain. Rasanya semua sambal pun aku letak. Pencinta pedas katanya 😂
My Ambuyat yang sedap 🤗
2. Roasted Beef Tenderloin
Makan bersama Sarawak Peppercorn Sauce
3. Manok Pansuh
Manok itu apa ye?? Manok ertinya ayam. Ayam pansuh ini dimasak di dalam buluh. One of makanan tradisional kaum Iban.
Pernah rasa air tangan wife pakcik aku, orang Sarawak masak ayam pansuh ni. For the first time aku kenal dan tahu kewujudannya. Oh, begini ayam pansuh. Sedap jugak rasanya. Unik bagi aku sebab selalu makan lemang je yang dimasak dalam buluh 😂 Okaylah, dapat lepaskan rindu makan ayam pansuh sebab lama tak jumpa sedara aku tuh.. Ayam masak bersama cendawan, dan lemongrass dalam buluh. Sedap aroma dan rasanya. Tekstur manok tu lembut juicy tau. Pastu aku hirup kuahnya....Aaa....so nice.
4. Mee Kolok
Aku suka mee kolok nih! Rasa masin masin gituh! Tapi bukan terlalu masin..Ianya sesedap rasa! Nyummm
5. Laksa Sarawak
Laksa Sarawak pun favourite aku. Aku suka laksa yang pedas pedas. Laksa Sarawak guna mee jenis mihun. Rempahnya pun sedap cuma yang ni aku rasa tak berapa pedas sangat lah.. Pedasnya di tahap yang boleh dihadam lagi..
6. Braised Chicken
7. Udang Masak Tuhau Cili Api
8. Terung Sarawak Sambal Ikan Masin
Adik aku cakap terung ni sedap sangat. Paling sedap dia pernah makan! Kakaknya memang tak makan terung. So tak tahu apa rasa. Haa..share apa yang adik feedback jela...
9. Seared Fish Fillet Aqua Pazza Sauce
Sedap sangat yang nih..Lembut isinya. I loveeeee it! Rasa nak menambah banyak kali!! Mungkin sebab aku pun pencinta fish fillet 👍
10. Dessert, kuih dan dimsum
Kek lapis towk! Oh ya.. Dim sum dan lok lok pun ado! Aku nampak sis Lin banyak makan batang buruk tu.. Hehe..
Minuman macam macam jenis. Dont worry. Coffee pun ada oi bagi pencinta kopi
Haaaa... Berminat?? Teringin??! Jom rasai kelazataan Best Of Borneo Flavours yang disajikan di Makan Kitchen Double Tree By Hilton Hotel Johor Bahru kini dari 8 May sehingga 30 June 2022 🤗
BEST OF BORNEO FLAVOURS
📍MAKAN KITCHEN DOUBLE TREE BY HILTON JB
TARIKH: 8 May ~ 30 June 2022
MASA : 6.30pm ~ 10.00pm (Sunday ~ Thursday)
HARGA:
RM108 nett - Adult
RM54 nett - Child / senior citizen
Tempahan dan Pertanyaan boleh dibuat melalui:
☎️ +607 268 6868
📧
[email protected]🌐 www.EatDrinkHilton.com
SPECIAL DI SINI: Beli 5, percuma 1 ye! Terjah link dibawah:
https://takeus-home.com/doubletree-jb/product-category/food-beverage/
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2022/05/nikmati-hidangan-best-of-borneo.html