Nicky Dari Pencuci Kereta Bina Empayar Haram


PETALING JAYA: Daripada pen­cuci kereta hingga ber­gelar billionair muda selepas memiliki kekayaan dianggarkan berjumlah RM1 bilion.

Itu jumlah harta benda dikaut Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, hasil kegiatan penipuan Macau Scam, pe­laburan tidak wujud, penjualan atas talian dan ah long.

Satu sumber memaklumkan, siasatan mendapati ke­tua sindiket Geng Nicky itu pada usia remajanya, hanya bekerja di sebuah tempat mencuci kenderaan di Lembah Klang selain dibesarkan dalam keluarga biasa di Ampang di sini.

Kata sumber, Nicky yang mempunyai empat beradik itu dipercayai pernah me­nuntut di sebuah kolej namun tidak dipastikan dia tamat belajar atau tidak.

Dari situ, Nicky bertemu ‘mentornya’ iaitu pengasas sindiket Winner Dynasty Group, Zhang Jiang atau Yun Shu Mao, seorang warga Chi­na.

“Zhang Jiang pernah ditahan di Phuket, Thailand namun dibebaskan pada 2014. Bagaimapun, Zhang Jiang ditahan semula di Indonesia serta diekstradisi ke China pada 2017 apabila diburu pihak republik itu selepas dikesan terlibat dalam ribuan kes penipuan Macau Scam.

“Bermula daripada penangkapan Zhang Jiang, Nicky mula menjadi ‘kepala’ jenayah yang mensasarkan warga China.

“Walaupun Zahang Jiang dalam penjara namun Nicky memperoleh kelebihan kerana hubungan Zhang Jiang dengan beberapa sindiket antarabangsa diteruskan berjaya diteruskan Nicky,” kata sumber kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sebagai `mengenang budi’ mentornya, Nicky dipercayai berterusan menghantar wang kepada keluarga Zhang Jiang di China.

Sumber berkata, sindiket Geng Nicky ini terus menyambung jenayah Zhang Jiang dengan menyasarkan pelabur dari China dengan menjanjikan pulangan berlipat ganda seperti dalam pembelian hartanah, produk kesihatan, Forex dan Kripto yang dinamakan Wincoin dan Winbitex.

“Pelabur akan buat pelaburan dalam aplikasi WeChat dan WeChat Pay serta dilaburkan dalam mata wang kripto dan judi dalam talian. Bagi mengeluarkan wang itu, sindiket ini menggunakan perkhidmatan pengurup wang dan ejen kasino bagi mengaburi pihak berkuasa.

“Siasatan mendapati Winner Dynasty Group mempunyai hubungan dengan elemen jenayah terancang antarabangsa, Wan Kouk Koi atau Broken Tooth yang mengetuai persatuan 14-K Triad.

“Broken Tooth yang juga pengasas HongMen World History and Culture Association telah melantik Nicky sebagai naib presiden persatuan tersebut pada 4 Januari 2019,” ujarnya.

Tambah sumber, siasatan mendapati Nicky pernah berkahwin dengan wanita tempatan namun telah bercerai.

Katanya, Nicky dipercayai membelanjakan hasil ‘keuntungan’ jenayahnya dengan berjudi dan teman-teman wanitanya.

“Nicky juga dipercayai membeli beberapa aset menggunakan tunai bagi mengelak kegiatannya dikesan pihak berkuasa.

“Ketika operasi, pihak polis juga telah menggeledah rumah ibu bapa Nicky di Ampang dan merampas beberapa barangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dua adik Nicky masing-masing berusia 28 dan 30 tahun bergelar Datuk Seri dan Datuk juga turut terlibat dalam kegiatan itu.

Ujarnya, mereka merupakan orang kanan Nicky serta pengarah kepada lima syarikat bersekutu di bawah Winner Dynasty Group yang terlibat dalam pengubahan wang haram.

“Polis kini sedang mengenal pasti aset-aset dimiliki termasuk hartanah, bangunan, kenderaan dan lain-lain. Kita percaya hasil kekayaan dikumpul Nicky hasil jenayahnya mencecah RM1 bilion,” katanya.

Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, pemeriksaan awal juga mendapati wang dalam sebuah akaun peribadi Nicky dianggarkan sebanyak RM40.3 juta.

Bagaimanapun, Nicky sempat mengeluarkan wangnya dalam lapan beg di beberapa buah bank di sekitar Puchong selepas mendapat maklumat berhubung operasi polis.

“Itu baru satu akaun, belum akaun yang lain-lain. Kita sedang siasat serta beku aset-aset berkaitan dengannya,” ujarnya. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/04/nicky-dari-pencuci-kereta-bina-empayar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bina Semula Malaysia Yang Dihancurkan Penyangak

Bina Semula Malaysia Yang Dihancurkan Penyangak

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 228 hits
ARIF ATANPresiden AMANAH Mohamad Sabu menyeru golongan muda untuk bangkit membina semula negara yang dirosakkan oleh golongan pengkhianat dan perompak Bekas Menteri Pertahanan itu berharap anak muda tidak putus asa untuk menuntut sistem dem...
Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

Kerajaan Pahang Pertimbangkan Untuk Bina Sebuah Lapangan Terbang Baharu Di Gebeng

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 243 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang sedang mempertimbangkan cadangan membina lapangan terbang baharu di kawasan perindustrian Gebeng dekat sini sebagai strategi menarik lebih ramai pelabur berpotensi Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan...
Produk Terlarang Termasuk Suntikan Bina Badan Dirampas

Produk Terlarang Termasuk Suntikan Bina Badan Dirampas

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 259 hits
PUTRAJAYA Kira kira 105 produk bernilai lebih RM800 000 melibatkan jenis ubat tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi dirampas dalam pemeriksaan dijalankan di tiga premis di Ipoh Perak Rampasan tersebut dijalankan dalam operasi dan...
Dua Mangsa Wanita Di Temui Mati Lemas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Di Serdang

Dua Mangsa Wanita Di Temui Mati Lemas Kereta Terjunam Ke Dalam Tasik Di Serdang

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 606 hits
BANDAR BAHARU Dua mangsa wanita ditemui mati lemas selepas kereta dinaiki mereka dikatakan terjunam ke dalam tasik di Tasik Lake Resort di Serdang di sini petang tadi Kedua dua mayat mangsa dikeluarkan dari kereta jenis Proton Persona oleh ...
Dia Masuk Balik Nak Selamatkan Mak 2 Beranak Lemas Driver Tertekan Pedal Minyak Kereta Menjunam Ke Dalam Tasik

Dia Masuk Balik Nak Selamatkan Mak 2 Beranak Lemas Driver Tertekan Pedal Minyak Kereta Menjunam Ke Dalam Tasik

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 557 hits
The ReporterSeorang wanita dan anak perempuannya dilaporkan lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam tasik dalam kejadian yang berlaku di Serdang Bandar Baharu Kedah Ketua Polis Daerah Bandar Baharu DSP Mohd Akmal Hisam Ab...
Jangan Bina Kuil Sesuka Hati Kemudian Salahkan Pihak Yang Meroboh

Jangan Bina Kuil Sesuka Hati Kemudian Salahkan Pihak Yang Meroboh

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 280 hits
Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran bercakap pada Perhimpunan Agung MIC di Hotel Wyndham Acmar Kalang Selangor Foto SYAFIQ AMBAK KLANG Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran menegur masyarata India yang membuna kuil di tanah orang lain yang a...
Pelik Bilangan Murid Cina Menurun Tapi Masih Tuntut Bina Sekolah Vernakular

Pelik Bilangan Murid Cina Menurun Tapi Masih Tuntut Bina Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh Siti Hafidah Abd GhaffarSentiasa cari jalan penuhi nafsu rakus supaya SJKC tak berkurangan BANGI Pelik melihat masyarakat Cina tidak berhenti menuntut pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang baharu kononnya untuk menampung enrolme...
Cara Ubah Hidup Dengan Bina Bisnes Berjaya Virtual Online

Cara Ubah Hidup Dengan Bina Bisnes Berjaya Virtual Online

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 333 hits
Cara Ubah Hidup Dengan Bina Bisnes Berjaya Virtual Online Perintah Kawalan Pergerakan pertama yang dilalui oleh semua rakyat Malaysia adalah pada 18 Mac 2020 Sekarang ini dah masuk bulan Mac tahun 2021 Sudah lebih setahun kita berperang den...
Bagaimana Bina Bisnes Berjaya Walaupun Dalam Pandemik Covid 19 Bersama Richworks

Bagaimana Bina Bisnes Berjaya Walaupun Dalam Pandemik Covid 19 Bersama Richworks

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 359 hits
Bagaimana Bina Bisnes Berjaya Walaupun Dalam Pandemik Covid 19 Bersama Richworks Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semasa isu pandemik covid 19 menyerang negara kita Malaysia ramai usahawan terasa terkesan akibat tidak dapat menjalankan b...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jauhkan Anak Dari Pedofilia Ajar Anak Sentuhan Tak Selamat

Geladangan

Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri