Ni Nak Tunjuk Resit Sotong Ke Nak Tunjuk Honda Netizen Berbulu Tengok Tweet Individu Ini Yang Dikatakan Show Off
Foto Twitter Tok Tek
Tindakan seorang pengguna Twitter memuat naik gambar resit makan petangnya di sebuah restoran di Pulau Pinang dengan latar belakang logo kenderaan jenama Honda, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Difahamkan, Tok Tek memuat naik gambar resit makanan itu selepas menjamu selera di restoran Hameediyah dan jelas tertera pada resit hidangan sotong berhaga RM100 dan beberapa lagi menu lain yang berharga bawah RM5.00.
Berdasarkan gambar, resit itu bertarikh pada 7 Mac 2022, jam 5.49 petang, yang dikeluarkan oleh juruwang bernama Rohani.
Netizen yang pantang diberi 'peluru' terus membawang bagaikan tiada hari esok dan percaya individu itu sengaja memuat naik gambar tersebut untuk meraih perhatian.
"Takpe. Mampu bawa kereta 'H', confirm bayar sotong harga RM100 takde hal. Jangan marah, gurau je yer," kata Liza.
"Bangsa pakai H secondhand je selalu complaint banyak ni," kata Bangjam.
"Hameediyah memang mahal. Lagi kalau sotong besar-besar tu. Itu sebab kena tanya harga dulu baru ambil. Kalau macam ni, aku sanggup pulangkan balik sotong tu," kata Zahn.
"Itulah, siapa suruh fitnah sotong ni dubur babi. Kan tak pepasal naik harga. Hahahaha!" seloroh Muhd Kaz.
"Kau pakai honda, sebab tu kau kena bayar RM100. Cuba kau pakai Myvi, baru harga marhaen RM10 seekor," perli Afwanz.
Difahamkan, restoran yang sama pernah tular di media sosial disebabkan isu harga sotong goreng yang dikatakan tidak masuk akal pada November 2021. Kes itu turut menarik perhatian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang kemudian mengeluarkan notis tunjuk sebab.
Pengusaha restoran berkenaan, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim pada waktu itu menjelaskan harga bagi setiap seekor sotong itu adalah RM50 dan pelanggan berkenaan telah mengambil dua ekor sotong menjadikan harganya RM100.
"Itu adalah harga bagi dua ekor sotong goreng yang mana setiap satu berharga RM50 mengikut saiz. Pelanggan sudah maklum mengenai harganya pada paparan skrin ketika mahu membayar dan jika tidak bersetuju, mereka boleh menukarnya dengan lauk lain," katanya,.
Malu dengan tindakan menularkan gambar resit tersebut, pelanggan terbabit tampil memohon maaf kepada pihak restoran itu melalui aplikasi WhatsApp.
Jelasnya, dia hanya sekadar memuat naik gambar itu di Instastory tanpa sebarang keterangan sebelum ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan kapsyen yang tidak benar. Malah katanya, dia tahu harga hidangan sotong goreng itu.
Sumber: Twitter Tok Tek
source https://www.thereporter.my/2022/03/ni-nak-tunjuk-resit-sotong-ke-nak.html
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kongsibro.blogspot.com/2022/03/ni-nak-tunjuk-resit-sotong-ke-nak.html