Ngeh Jadi Bahan Kecaman Gara Gara Isu Kebebasan Beragama


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jun 13, 2023 
Pandangan seorang ahli parlimen DAP mengenai takrif kebebasan beragama di negara ini menjadi perhatian ramai ketika suhu politik semakin panas menjelang hadirnya tarikh pilihan raya negeri (PRN)

Pun begitu pandangan tersebut sebenarnya disuarakan Ngeh Koo Ham - dan dilaporkan media - hampir 10 tahun lalu.

Pada 2014 akhbar melaporkan Ngeh menggesa orang Islam untuk menghormati hak kebebasan agama yang dinyatakan Perlembagaan Persekutuan.

Kata Ngeh orang bukan Islam menerima hakikat bahawa ada undang-undang digubal untuk menyekat sesuatu agama disebarkan kepada penganut Islam.

Pada masa sama dia berpendapat Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa seseorang rakyat negara ini memiliki hak memilih agama jika dia berusia lebih daripada 18 tahun.

"Akan tetapi saya berharap juga orang Islam juga boleh terima peruntukan 11(1) ini yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan, dan kalau seseorang itu memang nak meninggalkan agama itu dan beliau (berusia) lebih daripada 18 tahun.

"Kita mesti menghormati hak yang telah Tuhan berikan kepada seseorang itu dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan kita ini," katanya.

Berdasarkan hansard parlimen Ahli Parlimen Beruas itu berkata demikian pada 11 Jun 2014.

Utusan Malaysia kemudian melaporkan kenyataan Ngeh ketika itu dengan tajuk berita "Koo Ham mahu umat Islam hormati murtad.”

Soalan dijawab menteri

Kira-kira sembilan tahun kemudian PN menggunakan kenyataan dan laporan berkenaan untuk menyerang Ngeh di media sosial.

Semakan Malaysiakini mendapati ia juga pernah dijadikan bahan dalam kempen PRU ke-15 pada tahun lalu.Isu tersebut kembali mendapat perhatian apabila parlimen menerbitkan senarai jawaban lisan kepada soalan bertarikh 8 Jun. Antara soalan yang ditanya - dan dijawab kerajaan - ialah daripada Ngeh.

Dia bertanya sama ada perkahwinan di luar negara membabitkan orang Islam Malaysia dengan pasangan yang bukan Islam boleh diiktiraf atau tidak.

Akaun media sosial yang dikaitkan dengan PN - terutamanya di Tiktok, menggunakan kenyataan pada 2014 dan soalan di parlimen minggu lalu untuk menggambarkan Ngeh dan DAP sebagai memusuhi Islam.

Sebagai reaksi ada pihak yang menggesa supaya pengundi Melayu-Islam menolak DAP, PH dan sekutunya semasa PRN dilangsungkan di enam negeri tidak lama lagi.ADS
Antara tokoh awam yang turut bersuara ialah bekas pemimpin Umno-BN yang kini menjadi ahli PAS, Annuar Musa.

“Matlamat dan pemikiran sama… Cara mungkin kini berbeza,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

Bekas menteri itu turut berkongsi tangkap layar laporan berita mengenai Ngeh pada 2014 artikel dari keratan akhbar tersebut yang digabungkan dengan soalan lisan Ngeh minggu lalu.
Annuar turut mengakui ia adalah imej yang di salin dari akaun orang lain
Sebagai respons, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil semalam bertanya mengapa bekas ahli parlimen Ketereh itu tidak memuat naik jawapan kerajaan terhadap soalan Ngeh itu

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na'im Mokhtar memberitahu perlahwinan di antara orang Islam dan bukan Islam tanpa melibatkan penukaran agama ke Islam memang tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Adam turut memberikan respons kepada serangan terhadap Ngeh.

Dalam satu rakaman video pada Ahad lalu, Lokman berkata meskipun Ngeh mempunyai hak untuk mengemukakan soalan, dia tidak sepatutnya bertanya kepada isu yang dia sudah tahu jawapannya.

“Dia ada banyak penyelidik yang boleh berikan jawapan, tapi kenapa dia pilih untuk bangkitkan isu ini yang sangat sensitif kepada orang Islam sekarang apabila kita akan berdepan dengan PRN di enam negeri?

“Walaupun adalah hak Ngeh untuk bertanya soalan, (tapi) jangan biarkan orang seperti Annuar korek semula kenyataan lama (berkenaan murtad), di mana ia tidak berkaitan dengan isu ini (perkahwinan), dan jadikan modal untuk terus mencemarkan imej DAP, terutamanya di kalangan orang Islam,” katanya.

Lokman kemudian menasihati DAP supaya lebih berhati-hati, dan tidak membuka ruang untuk PN menyerang mereka lagi.

Malaysiakini sudah menghubungi Ngeh untuk dapatkan maklum balasnya.

[Baca laporan asal]

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/06/ngeh-jadi-bahan-kecaman-gara-gara-isu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

Isu Kedah Pulau Pinang Jangan Main Suara Politik Picisan

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 131 hits
Pemimpin di negara ini perlu mempunyai ilmu sebelum menimbulkan sesuatu isu jelas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merujuk kepada isu Pulau Pinang milik Kedah yang dibangkitkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor b...
Kpm Akan Teliti Isu 14 858 Calon Spm Tak Hadir

Kpm Akan Teliti Isu 14 858 Calon Spm Tak Hadir

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 121 hits
Fadhlina Sidek berkata terdapat banyak faktor dan punca yang mengakibatkan 3 8 calon terlibat tidak hadir menduduki peperiksaan SPM tahun lalu PETALING JAYA Kementerian Pendidikan akan meneliti isu ketidakhadiran 14 858 atau 3 8 daripada 38...
Wah Selesai Isu Ayaq Nohhh

Wah Selesai Isu Ayaq Nohhh

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 126 hits
RMS Alhamdulilah settel semua masalah rakyat diKedah Berkonvoi Bersama Isley
Suami Tetap Dosa Dan Dayus Isu Pilih Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat Ini Penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki

Suami Tetap Dosa Dan Dayus Isu Pilih Isteri Tak Tutup Aurat Tapi Solat Ini Penjelasan Ustaz Ahmad Dusuki

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 143 hits
Seperti diketahui ramai minggu lalu kecoh dengan satu isu mengenai seorang selebriti berkongsikan pandangan lebih memilih wanita tidak bertudung tetapi solat daripada wanita bertudung tetapi tidak solat Menjawab pandangan tersebut Ustaz Ahm...
Hiburan Gambar Kahwin Pun Delete Fatin Afeefa Amp Opai Padam Foto Di Ig Masing Masing Lepas Isu Sindir Supercar

Hiburan Gambar Kahwin Pun Delete Fatin Afeefa Amp Opai Padam Foto Di Ig Masing Masing Lepas Isu Sindir Supercar

papar berkaitan - pada 13/6/2023 - jumlah : 186 hits
Nama Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai sekali lagi menjadi bualan ramai di media sosial selepas tular satu video menunjukkan dia melabel kereta yang bukan supercar sebagai najis Sudah tentu isterinya yang juga pelakon Fatin Afeef...
Hiburan Lawa Gila Rambut Dia Alya Iman Dipuji Mirip Fazura Ramai Dah Lupa Isu Buka Tudung

Hiburan Lawa Gila Rambut Dia Alya Iman Dipuji Mirip Fazura Ramai Dah Lupa Isu Buka Tudung

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 146 hits
Seperti yang ramai sudah ketahui pelakon telah membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung Malah anak kepada Allahyarham Azmil Mustapha itu turut mengakui dia memakai tudung sebelum ini hanya atas permintaan bapanya untuk menutup aurat sej...
Hiburan Memang Tak Patut Kesian Siapa Bini Dia Fatin Afeefa Menganjing Suami Isu Anggap Kereta Biasa Najis

Hiburan Memang Tak Patut Kesian Siapa Bini Dia Fatin Afeefa Menganjing Suami Isu Anggap Kereta Biasa Najis

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 152 hits
Sebelum ini suami kepada pelakon jelita Fatin Afeefa iaitu Aliff teruk dikecam warganet setelah memuat naik video menghina pemilik kereta Honda dan AMG yang dianggap bukan supercar Terbaru video yang dimuat naik oleh Fatin di laman TikTok s...
Kena Ingat Mereka Kanak Kanak Biarkan Mereka Jadi Kanak Kanak Dr Sheikh Komen Isu Anak Tantrum

Kena Ingat Mereka Kanak Kanak Biarkan Mereka Jadi Kanak Kanak Dr Sheikh Komen Isu Anak Tantrum

papar berkaitan - pada 9/6/2023 - jumlah : 114 hits
Setiap kali berjanji dengan anak anak pasti perlu ditunaikan Itulah yang dilakukan oleh Dr Sheikh Muszaphar apabila menunaikan janji kepada anak anak dengan membawa mereka ke taman permainan Walaupun bersendirian menguruskan anak anak keran...
Tel Aviv Jadi Gaza Natanyahu Lari Ketakutan Terkencing Dalam Seluar

Drama Gadis Dan Angan Angan Lakonan Bell Ngasri

Kenyataan Nur Jazlan Dangkal Lemah Bodoh

Bekal Sate

Balas Tweet Tentang Suami Skandal Dengan Staf Netizen Kata Fazura Bagi Hint Dia Macam Nak Bagitahu Tapi Macam Taknak

Aroma Lavender Di Sekitar Kawasan Klcc Mengundang Persoalan Rupa Rupanya

It Firm Name Ideas

Cara Mohon Lesen B Penuh Terbaru Jpj Umum Untuk Rakyat Malaysia


echo '';
5 Bukti Jelas Bagaimana Teknologi Moden Buat Kita Tak Reti Berfikir

10 Fakta Drama Berepisod Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Adaptasi Mr Hiiragi s Homeroom Astro Ria Sooka Fakta Yang Ramai Tak Tahu

5 Isu Utama Pelajar Genius Usia Muda Masuk Universiti Awal

Resepi Sup Ayam Thai Paling Menarik dan Senang Dibuat Rasa Sekali Pasti Terpikat

Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Mingguan Akhir 30 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton


12 Game Sukaneka Family Day Menggunakan Belon Boleh Cuba Seisi Keluarga

Raim Laode Abangku Chord

Sharul Kamal Sifar Chord

Senarai Kelas Lesen Memandu B Penuh Seluruh Malaysia Terkini

7 Fall Car Care Tips To Ensure A Smooth Transition From Summer

Pekerja Terjatuh Semasa Lakukan Kerja Penyelenggaraan Kereta Kabel Langkawi