New Year Resolutions
Bismillah
Ya Allah, few days left before entering Y2020. Dulu masa di sekolah rendah, aku selalu dengar pasal Wawasan 2020. Tak sangka hari ni kita di ambang tahun yang disebut-sebut tu. Dalam spektrum yang lain, sedar tak sedar kita semua sedang dimakan usia. We are getting older dan sedang menuju kematian. Terfikir tak
Entri ni aku nak cerita tentang new year resolution aku. Ala dulu-dulu kita panggil azam tahun baru tapi aku self-declare to rebrand it to make it sound mature. Perlu ke ada new year resolutions ni? Aku personally can say YES. Perlu. Sebab apa? New year resolution is something written (or spoken), not yet to be implemented. Tapi when you know what you want, you will try to visualize it and make it true. Kita mula atau buat pada tahun baru sebab nak make it fresh. Entering new year with new breath. Okay?
So here are the things that I want to visualize them and Insya Allah will work on them
Career
Aku bersyukur dengan kerjaya aku sekarang. Tak lebih, tak kurang. Colleagues pun semua baik-baik (except ada laa yang memang suka cari sebab dengan aku tu but sokayyyyy aku tak layan politik tempat kerja ni~)
Untuk tahun 2020, aku berazam untuk teruskan kerja aku (sebab aku dah ada jobscope dan portfolio yang jelas) di samping nak menambah baik nilai diri dari segi personality and communication. Kalau HR tak nak hantar aku pergi training on these, aku rasa aku nak pergi sendiri lah. Just for myself. So kalau aku spend duit sendiri, aku tak rugi apa-apa kan? All the knowledge, input semua masuk dalam poket aku kan? Hah~Half of my day spent at office. So aku rasa aku nak beautify tempat aku ni bagi ceria sikit. All this while tempat aku ni very dry dan boring. Aku ni kerja mengadap laptop dan membaca je. So perlu jugak la suasana yang ceria untuk menenangkan otak. Ya Allah I can't imagine how I enjoy myself selama kerja kat sini dengan tempat aku yang tak ceria ni. Haihhh. So kat mana nak cari indoor plant yang lawa-lawa ni? Boleh suggest
Financial
This is very critical. Duit bukan segala-galanya. Tapi segala-galanya perlukan duit. So untuk tahun 2020, aku nak istiqamah menyimpan di TH, ASB dan ada at least 3 bulan saving untuk contingency. Berbaki esok dan hari ni, aku masih berfikir samada nak mencarum di SSPN-i-Plus atas nama aku atau tidak. Ya Allah bantulah beri jawapan
Untuk Nuha, sekarang dia dah ada TH (by me) dan SSPN-i-Plus (by husband). Ini adalah persetujuan bersama demi kebaikan Nuha. Insya Allah semoga Nuha ada simpanan yang baik untuk masa hadapan
Aku juga nak buat satu fail yang lebih proper untuk rekod semua expenses terutamanya perbelanjaan-perbelanjaan besar seperti bayaran rumah (Ya, we just bought a house this year! Nanti kita cerita kat entri lain okay!) dan kereta
Motherhood
Being a mom is not easy. Tapi sedar tak sedar, dah nak masuk dua tahun aku melaluinya and I'm survived malah aku menikmatinya dengan gembira sekali. Tapi kerana aku bukan ibu yang sempurna, terkadang aku burn out juga. Pernah je aku rasa penat, marah, dan stress. Tapi aku tak simpan sorang-sorang. Aku kena express dan orang yang selalu tengok expression aku adalah husband aku. Thanks to him yang selalu ada dan selalu cek emosi aku
Untuk tahun 2020, aku akan cari dan curi masa untuk untuk diri sendiri supaya boleh recharge dan memastikan aku on track. Betullah, me-time tu sangat penting untuk kau kekal waras dan align. Me time aku kadang-kadang cukuplah sekadar berkurung dalam bilik sekejap untuk belek phone, baca buku atau lelap barang 10-15 minit tanpa diganggu
Nuha makin membesar. Tanggungjawab membesarkan Nuha bukan setakat beri makan pakai saja sekarang. Now it's time to cultivate her with good attitude and personality. Bagi aku sekaranglah masa emas untuk groom dia menjadi siapa dia di hari esok. Dan, aku ibunya adalah orang yang perlu main peran. Motherhood is getting more challenging
Self help
Aku nak jadi seorang Dhiya yang gembira dan bahagia. Kadang-kadang aku rasa tertekan dengan tuntutan hidup yang pelbagai. Aku bekerja, aku isteri, aku ibu, aku hamba. Hal-hal macam ni kadang buat aku penat mencari di mana keutamaan aku. Aku tak mampu nak jadi multitasking dan nak kejar semua benda
Yea...Kita kan manusia. Hebat mana sekali pun, kita semua ada limit. So aku nak belajar self control, self moderation, tak terlalu overthinking dan belajar untuk melepaskan. Aku sangat perlukan ilmu ni supaya aku tak stress dengan expectation aku sendiri. Doakan aku ya
Selain tu, aku berazam untuk menjadi lebih positif, optimis dan elak perkara-perkara negatif dan toxic. All these things yea aku sedar tak bagus untuk self development but somehow I just can't avoid. Untuk menambah baik self confidence, I will continuously practice healthy lifestyle termasuklah eat healthy food. Aku nak buang sikit lelemak di badan ni as Nuha pun dah tak bergantung dengan BM aku je. All this while aku asyik in denial stage je. 'Takpe makan banyak sebab Nuha kan BF' Ha gittuhhh. Sekali bila gemuk, aku stress sendiri. Hhahahaha! So please allow me to diet and lost some weight okay
Apart from that, aku aim nak bercuti dengan suami dan anak aku ke suatu tempat yang memang tempat orang bercuti. 2019 was a very busy year for us, for him to be frank. Bulan puasa haritu dia kena kerja 4 petang sampai 9 malam. Kau bayangkanlah. Aku tak boleh tolong langsung bab berbuka puasa dia. Aku balik kerja, beli lauk, ambik Nuha dan berbuka sorang-sorang. Kalau smpat, aku memasak. Nanti bila suami aku balik, barulah dia makan properly. Terawih di masjid? Weekend je. Selebihnya di rumah. So this coming 2020 aku nak pastikan moment kebersamaan kami ada and that's why salah satunya aku nak reward dengan cuti
Relationship
Kita banyak bercakap tentang benda 'luar' sampai kita selalu lupa ada yang ada pada kita. In 2020, aku aim untuk istiqamah curi masa 5-10 minit sebelum masuk waktu subuh (kebetulan aku pun memang bangun awal untuk memasak makanan Nuha) untuk self devote aku kepada Allah. Ye lah..Kita pumpang pumpang cakap pasal dunia, merungut itu ini sampai lupa meminta dariNya. Akulah tu, akulah tu~Selain tu, aku harap aku lebih focus dalam relationship aku dengan pasangan. I will try to be a better wife, good listener and great companion to him. Kita kan dah janji nak tua dan gemuk (you je gemuk) sama-sama kan
Demikianlah sedikit apa yang ada dalam fikiran aku dalam mendepani tahun 2020. Semoga tahun baru, semangat pun baru dan lancar semua urusan dalam semua lapangan. Amin
Aku tak ada planner 2020. This year I choose not to have one sebab again- Self moderation. Kita guna phone je
Salam sayang Dhiya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://dhiyadahlia.blogspot.com/2019/12/new-year-resolutions.html