
Semalam, MPK menerusi satu posting di laman facebook rasmi mereka memaklumkan tentang kelongan barang-barang sitaan berkaitan tuntutan sivil kegagalan bayaran sewaan dua buah premis MPK di Terminal Sentral Kuantan (MPK) seperti mana dinyatakan di dalam perjanjian sewaan.
Susulan itu ramai netizen membantah tinndakan tersebut.
" Sita barang orang...bila tuan empunya bayar denda, pulangkan laa balik...ni tak, dijual nya...atas dunia memang nampak menda ni okay..kat sana esok sudu ke, garpu ke, menjawab laaa...selama ni aku duk tengok lelong kereta je...okay lagi yang tu...ni pertama kali dalam hidup aku tengok majlis perbandaran lelong barang macam ni..." komen Izz Izdham.
" Sebaiknya tak perlu buat lelongan ni, masyarakat dah celik dengan birokrasi. Simpan je la atau bahagi2 je sama sendiri atau bagi je pada sedara mara ahli majlis yang meniaga. Masyarakat tak nampak dan takde la rasa sakit hati" komen D Seven Daing.
"Baca komen dalam ni. bagus ramai ada kesedaran.. beli barang sitaan tak sama mcm beli hartanah lelong. Hartanah bank lelong (loan islamic) mmg hak milik bank.. yg lelongan sitaan jpj dan PBT bukan hak milik JPJ/PBT... Dari sudut undang² mmg jadi hak milik mereka, tapi dari segi agama?" komen Mohd Firdaus.
Sementara itu seorang netizen Akhtar Ashraff yang dilihat berterusan membela MPK, menjawab komen netizen dan menegur mereka yang tak faham undang-undang dengan menuduh MPK bertindak kejam.
Beliau menjawab komen yang dibuat oleh netizen Madamme Momsey. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |