Nepotisme Atau Tidak Bukan Isu Jika Khidmat Bakti Jadi Keutamaan


 

Sesetengah orang mungkin melihat Johari Abdul sebagai seorang yang tidak serik-serik. Hanya Februari lalu, speaker Dewan Rakyat itu heboh ditularkan melantik Mohammed Iqbal, anak sulungnya daripada lapan beradik, sebagai pegawai tugas-tugas khas di pejabatnya.
Bukan main riuh-rendah keadaan ketika itu kerana perkara berkenaan terdedah selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anaknya, Nurul Izzah, sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan.
Di samping pelantikan yang dibuat Johari itu menjadi satu isu kerana dikaitkan dengan nepotisme, nama bapa Iqbal yang tidak tertera dalam laman web rasmi Parlimen, didakwa sebagai satu cubaan untuk menyembunyikan perkara sebenar.
Dalam mempertahankan pelantikan berkenaan, Johari menolaknya sebagai nepotisme kerana Iqbal, yang berkelulusan ijazah sarjana muda kewangan di Universiti Multimedia (MMU) Melaka, memenuhi kelayakan di samping sudah berkhidmat sebagai pegawai khasnya sejak 2009.
Nepotisme atau pilih keluarga bermaksud melebihkan atau mengutamakan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan dan bukan penilaian objektif bagi keupayaan, meritokrasi atau kesesuaian terhadap pelantikan sesuatu jawatan.
Dalam politik pula, nepotisme adalah tuduhan biasa apabila saudara seorang tokoh yang berkuasa naik ke kuasa yang sama seolah-olah tanpa kelayakan sesuai.
Selain itu, seorang lagi anaknya, Dr Mohammed Taufiq, adalah Ahli Parlimen Sungai Petani yang menang dalam PRU15 pada 2022, mengambil alih daripada Johari yang tidak bertanding mengekalkan kerusi berkenaan.
Dan bagi PRN Kedah 12 Ogos ini, anak keduanya pula, Mohammed Firdaus bertanding merebut kerusi N22 Gurun, yang dahulunya diwakili bapanya.
Lantaran itu, bukanlah menghairankan apabila tuduhan nepotisme sekali lagi dicanangkan di sebalik Firdaus, yang berkelulusan ijazah sarjana muda pengurusan insurans dan risiko dari Universiti Utara Malaysia (UUM), adalah juga ketua Pakatan Harapan (PH) Jerai.
Menepis tuduhan itu sebagai tidak berasas, Firdaus mempertahankan bahawa
pencalonannya untuk merebut kerusi berkenaan adalah atas kepercayaan Anwar selaku pengerusi PH.
Lebih daripada itu, dia bukanlah apa yang boleh ditakrifkan sebagai calon bidan terjun kerana sudah melakukan tugas-tugas di sebalik tabir dengan kerap mengunjungi penduduk setempat untuk meninjau masalah mereka sepanjang lima tahun lalu.
Nepotisme seakan-akan tidak boleh dipisahkan dalam politik Malaysia. Sudah banyak duluan daripada keturunan bekas perdana menteri, menteri mahupun tokoh ternama parti politik yang dituruti ahli keluarga, yang khidmat mereka tidak pun dijejaskan oleh pertalian darah sedemikian.
Malah, tuduhan nepotisme tidak boleh hanya dipersalahkan kepada satu-satu pihak semata-mata, dengan pihak-pihak yang berlawanan turut mengamalkannya.
Cuma, dalam usaha lawan untuk merendah-rendahkan kredibiliti seseorang calon dalam PRN kali ini, tuduhan nepotisme mudah saja digunakan sebagai cubaan untuk mengalihkan sokongan pengundi atas pagar supaya memihak kepada mereka, lebih-lebih lagi jika calon yang bertanding dilihat tidak berada di taraf sama.
Isu nepotisme kembali dipanaskan oleh Menteri Besar Kedah Sanusi Nor dalam majlis santai petang bersama Sanusi dan Baddrol Bakhtiar di Medan Gurun Jaya, Gurun, Khamis lalu dengan menganggap ia tidak bertepatan dan tidak sepatutnya jadi amalan.
Ketawa kecilnya yang diselangi antara hujah seolah-olah memberi sindiran paling tajam di sebalik pengakuan bahawa Firdaus bukan seseorang yang tidak dikenalinya.
“Bapa dia speaker Parlimen, adik jadi Ahli Parlimen Sungai Petani, ni abang nak bertanding di Gurun. Kalau orang lain buat kerja ini, depa akan hentam ini nepotisme. Hangpa kira adik-beradik hangpa saja nak jadi pemimpin. Orang lain tak boleh, hangpa boleh.
“Bukanlah saya nak kata Firdaus Johari ni orang tak baik, dia pun orang baik. Tapi nasib dia lahir sebagai anak Johari Abdul, dia kena sabar sat, bagi pak dia berhenti dulu, lepas tu ganti dia, barulah tak berapa nampak sangat. Ini berangkai semua sekali jadi wakil rakyat. Tak kan kut, tak ada orang lain ka dalam PKR ni?
“Kita berhentilah budaya berhimpun anak-beranak dalam politik ini. Bila hang jadi kerajaan nak menghimpunkan kekuasaan dalam satu famili, itu tak sesuailah bagi saya,” katanya.
Firdaus, dalam menyangkal pemilihannya sebelum ini sebagai amalan nepotisme berkata, pemilihannya dibuat berdasarkan kredibiliti selari dengan kehendak kepimpinan tertinggi PH untuk menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat.
Berdepan pertarungan satu lawan satu dengan bekas pemain bola sepak Kedah, Baddrol, di kerusi DUN Gurun, Firdaus memanfaatkan pentas ceramah jelajah Madani DUN Gurun pada Sabtu, untuk menawarkan formula “politik khidmat bakti” bagi membantu rakyat.
Sesiapa saja yang hadir di majlis berkenaan mahupun menontonnya dalam talian akan melihat keterampilan dan kepetahannya dalam menjanjikan khidmat terbaik, termasuk program TVET Vokasional Madani, dengan menawarkan peluang pekerjaan kepada anak muda, mewujudkan infrastruktur sukan yang baik dan merealisasikan slogan “Kalih Bagi Sama” seiring dengan kerajaan perpaduan di peringkat pusat.
Kesudahannya, nepotisme atau tidak, terpulang kepada pengundi untuk membuat pilihan calon mana yang diyakini mereka dapat memberi khidmat terbaik tanpa terpengaruh kepada serangan yang tujuannya hanya untuk merendahkan kewibawaan seorang calon, seolah-olah menumpang nama keluarga.
Dalam mempertahankan Baddrol selaku calon PN yang tidak petah berucap, Sanusi menjawab: “Kita bukan nak cari pendebat, kita nak cari Adun. Wakil rakyat bukan semestinya pandai berucap. Ketar dan gemuruh memang ada, macam saya juga mula-mula dulu. Keperluan kepada kepetahan
bercakap itu bukan kepada semua pemimpin. Kalau semua pandai bercakap, siapa nak buat kerja?” - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/08/nepotisme-atau-tidak-bukan-isu-jika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Cuba Lari Dari Khidmat Tentera Ravi Dijatuhkan Tempoh Percubaan Penjara Selama 2 Tahun

Isu Cuba Lari Dari Khidmat Tentera Ravi Dijatuhkan Tempoh Percubaan Penjara Selama 2 Tahun

papar berkaitan - pada 10/8/2023 - jumlah : 156 hits
Betul la orang cakap pandai buat pandai tanggung kan ARTIKEL BERKAITAN Pada 10 Ogos Ravi bekas ahli VIXX telah dijatuhi hukuman oleh mahkamah Seoul kerana melanggar undang undang yang mengawal perkhidmatan tentera di Korea Selatan Untuk pen...
Apa Org Nak Cakap Cakaplah Almy Nadia Jawap Isu Dikritik Pegang Mimi Peri

Apa Org Nak Cakap Cakaplah Almy Nadia Jawap Isu Dikritik Pegang Mimi Peri

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 169 hits
Baru baru ini pelakon Datin Almy Nadia terima kritikan serta kecaman hebat daripada netizen gara gara memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri sewaktu berkunjung ke Malaysia Enggan untuk memperbesarkan isu berkenaan meneru...
Masalah Komunikasi Punca Isu Tular Pesakit Tunggu Lama

Masalah Komunikasi Punca Isu Tular Pesakit Tunggu Lama

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 192 hits
Terdahulu tular hantaran di Facebook dipercayai oleh seorang wanita mendakwa ibunya terpaksa menunggu lama di zon kuning Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan JOHOR BAHRU Isu tiada doktor dan pesakit tidak dilay...
Jangan Pusing Isu Gambar Pencuri Ree Dengan Reza Khalid Saifuddin

Jangan Pusing Isu Gambar Pencuri Ree Dengan Reza Khalid Saifuddin

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 198 hits
Tindakan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang konon mahu mempertahankan nadir bumi di Kedah daripada dirompak oleh Kerajaan Persekutuan melalui hartawan berasal dari Indonsia Reza Khalid amatlah tidak bertanggungjawab Menteri D...
Hiburan Air Nak Ambik Semaye Mandi Lepas Kelik Kijo Isteri Syahmi Sazli Kecewa Isu Air Di Kelantan Tak Pernah Selesai

Hiburan Air Nak Ambik Semaye Mandi Lepas Kelik Kijo Isteri Syahmi Sazli Kecewa Isu Air Di Kelantan Tak Pernah Selesai

papar berkaitan - pada 5/8/2023 - jumlah : 325 hits
Isteri kepada pengarah dan pelawak terkenal Syahmi Sazli Anissa Faizul meluahkan rasa kecewa mengenai isu air di negeri yang terkenal dengan jolokan serambi Mekah Kelantan Kata Anissa sudah lebih 30 tahun negeri itu ditadbir oleh satu parti...
Shahmi Sazali Bakal Berpindah Ke Kuala Lumpur Kerana Bisnes Diboikot Disebabkan Isu Air Kotor

Shahmi Sazali Bakal Berpindah Ke Kuala Lumpur Kerana Bisnes Diboikot Disebabkan Isu Air Kotor

papar berkaitan - pada 6/8/2023 - jumlah : 292 hits
Dalam dunia perniagaan yang kompetitif ada kalanya peniaga menghadapi tantangan yang tak terduga Salah satu tantangan yang bisa dihadapi adalah ketika peniaga mengalami boikot dari penduduk tempatan di negeri atau kawasan mereka sendiri Fen...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt