Negeri Negeri Melayu Di Tengah Dan Selatan Sumatera


Sebelum ini, penulis telah dedahkan mengenai kehancuran Kesultanan-kesultanan Melayu di wilayah Sumatera Timur iaitu Langkat, Deli, Serdang Darul Arif dan Asahan. Artikel ini merupakan siri terakhir bagi ‘Negeri-negeri Melayu di luar Malaysia’, iaitu dengan menyusuri pula ke beberapa buah negeri Melayu di kawasan wilayah tengah dan selatan pulau Sumatera. Untuk makluman, artikel ini tidak akan memasukkan Kerajaan Minangkabau dan Kesultanan Acheh Darussalam kerana di Indonesia, suku Minang dan suku Acheh dianggap sebagai dua etnik yang berbeza dengan suku Melayu.




Wilayah Melayu di pulau Sumatera terbentang luas daripada Temiang di sebelah utara yang bersempadan dengan Acheh, hinggalah ke Palembang di sebelah selatan yang bersempadan dengan Lampung. Selain daripada negeri-negeri Melayu di Sumatera Timur, terdapat juga enam buah negeri Melayu di kawasan tengah dan selatan pulau Sumatera iaitu bermula dengan Kesultanan Lingga (termasuk kepulauan Riau), Kesultanan Siak Sri Indrapura, Kesultanan Pelalawan, Kesultanan Indragiri, Kesultanan Jambi dan Kesultanan Palembang. Daripada enam Kesultanan Melayu tersebut, sebanyak empat daripadanya mempunyai kaitan rapat dengan Kesultanan Melaka dan pewarisnya iaitu Kesultanan Johor yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu.

Paling menarik minat penulis, adalah mengenai asal kewujudan Kesultanan Indragiri. Sejarah umum menyatakan bahawa Kerajaan ini berdiri pada tahun 1298 dan didirikan oleh Putera Mahkota Kerajaan Melaka yang bernama Raja Merlang I. Ketika tempoh awal penubuhannya, Raja-raja Indragiri dikatakan masih berkedudukan di Negeri Melaka. Perhatikan tarikh penubuhan Kerajaan ini yang dikatakan bermula pada tahun 1298, sedangkan persepsi umum menerima bahawa Kesultanan Melaka hanya mula didirikan sekitar tahun 1400-an Masihi.

Semasa berbincang dengan waris Raja Indragiri, penulis mengusulkan bahawa ‘Melaka’ yang dinyatakan disini sebenarnya merujuk kepada Kerajaan Singapura Tua. Penulis memberi hujah, isu ini sama seperti kisah Raja Brunei iaitu Awang Alak Betatar @ Sultan Muhammad Syah yang telah memeluk Islam pada tahun 1363 hasil perkahwinannya dengan Puteri Pingai, puteri Sultan Iskandar Syah dari Negeri Johor, sedangkan Kesultanan Johor hanya bermula selepas kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511 Masihi. Maklumat dari Pusat Sejarah Brunei bersepakat menyatakan bahawa Puteri ‘Johor’ yang dinyatakan disini adalah Kerajaan Singapura Tua iaitu waris daripada Sang Nila Utama. Waris Raja Indragiri itu tidak menolak kemungkinan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau juga menegaskan tidak mustahil juga Raja Indragiri yang pertama ini merupakan zuriat langsung dari Maharaja Srivijaya yang berpusat di Palembang.



Lambang Kesultanan Siak dan Kesultanan Pelalawan berbentuk naga beralih (dua naga saling mengadap). Dikatakan lambang Kesultanan Indragiri juga berbentuk begini sebagaimana yang terdapat di istana asal Indragiri yang telah runtuh ke dalam sungai pada tahun 1960-an.


Kesultanan Siak Sri Indrapura dan Kesultanan Pelalawan pula merupakan dua buah Kerajaan Melayu bersaudara. Kesultanan Siak diasaskan oleh Raja Kecil, yang dibesarkan di Pagaruyung (Minangkabau) dan mendakwa dirinya sebagai pewaris yang sah bagi Sultan Mahmud Syah II, Sultan Johor lama yang telah mangkat tanpa meninggalkan sebarang waris. Raja Kecil kemudiannya berjaya menduduki tahkta Johor lama dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah I, tetapi tidak lama kemudian disingkirkan oleh bangsawan Bugis sebelum berundur ke Siak dan mendirikan Kerajaan baru. Kesultanan Pelalawan pula didirikan pada awal abad ke-19 oleh Syarif Abdul Rahman, saudara kepada Sultan Ali, Raja Siak. Baginda telah mengambil alih kedudukan Pelalawan dan menjadi penguasa di kawasan tersebut, dengan mendapat perkenan daripada Sultan Siak dan diakui oleh penjajah Belanda.



Tokoh korporat negara, Tan Sri Syed Yusuf bin Tun Syed Nasir, yang berketurunan Sultan Siak, menerima Anugerah Adat Kesultanan Siak.


Kesultanan Lingga pula wujud selepas perpecahan empayar Johor lama yang pada asalnya merangkumi Negeri Pahang moden, Johor moden, pulau Singapura, serta kepulauan Riau, tetapi telah berpecah kesan daripada perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824. Putera tertua kepada Sultan Mahmud Syah III dari empayar Johor lama, iaitu Tengku Hussein dilantik menjadi Raja Johor dengan berpusat di Singapura yang di bawah pengaruh Inggeris, sementara kekanda tirinya, Tengku Abdul Rahman pula yang sebelum itu mewarisi takhta Johor lama, menjadi Raja Lingga yang menguasai kepulauan Riau yang di bawah pengaruh Belanda. Perjanjian inilah yang telah memecahkan hubungan erat antara negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu dengan negeri-negeri Melayu di Sumatera dan membentuk sempadan politik Malaysia-Indonesia seperti yang wujud pada hari ini. Kesultanan Lingga telah dihapuskan oleh penjajah Belanda tanggal 3 Februari 1911, dan sebelum itu, penjajah Belanda juga telah menghapuskan Kesultanan Palembang pada tahun 1825 dan Kesultanan Jambi pada tahun 1906.

Menjelang fasa kemerdekaan Republik Indonesia, hanya tiga buah negeri sahaja yang masih diperintah oleh Raja-raja Melayu iaitu Siak, Pelalawan dan Indragiri. Walaubagaimanapun, berbeza dengan pendirian Raja-raja Melayu di Sumatera Timur yang masih berkeras mempertahankan kuasa dan negeri mereka, Raja-raja Siak, Pelalawan dan Indragiri pula bersedia untuk turun daripada takhta dan menyerahkan kekuasaan mereka kepada pihak Republik yang berpusat di Jakarta. Sejarah kemudian telah mencatatkan nasib dan tragedi yang menimpa Raja-raja Melayu serta kerabat mereka di Sumatera Timur.

Pada hari ini, para pewaris dan kerabat Kesultanan Melayu di wilayah tengah dan selatan Sumatera juga tidak ketinggalan untuk membangunkan kembali institusi Raja Melayu untuk melestarikan warisan dan kebudayaan negeri mereka. Terdapat sebilangan dari mereka yang sangat aktif dengan menyertai Festival-festival Keraton yang diadakan di Indonesia.



Tengku Abdul Rahman, waris Kesultanan Lingga



Tengku Mukhtar Anum, Raja Siak



Tengku Kamaruddin Haroen, Raja Pelalawan



Tengku Arief ibni Sultan Mahmud Syah, Raja Indragiri



Tengku Abdul Rahman Thaha Syaifuddin, waris Kesultanan Jambi



Sultan Iskandar Mahmud Badaruddin, Raja Palembang bersama isterinya

__._,_.___



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://amrlife-amran.blogspot.com/2011/09/negeri-negeri-melayu-di-tengah-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kahwin Cara Melayu Vs Cara Islam Mana Satu Jadi Pilihan

Kahwin Cara Melayu Vs Cara Islam Mana Satu Jadi Pilihan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 192 hits
Kisah ni di ambil dari facebook sharing Oh sebelum tu dalam cerita ni kononnya si kapel ni nak keluar dating Sebolehnya kita jangan dating dating ni Islam tak galakkan Apa pun cerita ini sekadar tauladan Buang yang keruh ambil yang jernih S...
Jika Orang Melayu Tiada Kualiti Cina Dah Lama Mati

Jika Orang Melayu Tiada Kualiti Cina Dah Lama Mati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 152 hits
Oleh A Suffian Sebelum kita berhujah lebih jauh lagi tentang syarikat swasta dan orang Melayu penulis ingin mengingatkan bahawa apa yang dicanangkan oleh pihak pembangkang tentang kononya syarikat swasta yang dimiliki oleh kaum Cina adalah ...
Filem Melayu 2020

Filem Melayu 2020

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 197 hits
Senarai Filem Melayu Terbaru di Pawagam 2020 Bulan Januari 2020SURAYA Tarikh Tayangan 9 Januari 2020 Genre Seram Ngeri Pengarah Feisal Azizuddin Pelakon Farihin Ufiya Amir Rahim Ainul Aishah Yunadia Mohamed Azhar Amir Terbitan Feisk Product...
Kaitan Antara Melayu Kelantan Dan Jawa

Kaitan Antara Melayu Kelantan Dan Jawa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 315 hits
salam semua Kerajaan Bumi Merah berpusat di Tanah Merah bukit Panau juga disebut Jawa Kotti titik jawa Di dalam sejarah China Suishu ada menyebutkan tentang negeri yang bernama Chih Tu atau Red Earth yang merujuk kepada negeri Kelantan Pens...
Scha Alyahya Cantik Dengan Kebaya Awal Ashaari Kacak Berbaju Melayu

Scha Alyahya Cantik Dengan Kebaya Awal Ashaari Kacak Berbaju Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 203 hits
Lisa dan Yusry baru kahwin Ana Rafali pun sama Tapi pasangan dua sejoli ini belum lagi sampai ke tahap itu Dengar dengar dah tak lama GMH doakan agar Scha Alyahya dan Awal Ashaari bahagia ke anak cucu Untuk update terus ke akaun anda sila p...
Jumpa Melayu Cina India Macam Nak Makan Orang

Jumpa Melayu Cina India Macam Nak Makan Orang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 261 hits
gambar hiasan Mereka ibarat kain putih kita yang mencorakkanya Maaf jika tajuk kasar sikit Nak ulas sedikit pasal keburukan sekolah vernakular ni Kebanyakan rakyat Malaysia pernah bersekolah Dari tadika sekolah rendah sekolah menengah sehin...
Detektif Conan Melayu Yang Cool

Detektif Conan Melayu Yang Cool

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 226 hits
Siapa sangka Detective Conan yang merupakan seorang penyiasat terkenal boleh ada di Malaysia bersama sama Detective Mouri Saksikan bagaimana 2 orang detektif ini boleh menyelesaikan kes pembunuhan berprofil tinggi di Malaysia Kes pembunuhan...
Pengaruh K Pop Dalam Masyarakat Melayu

Pengaruh K Pop Dalam Masyarakat Melayu

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 140 hits
Assalamualaikum Hoyeeahhh Sape yang selalu datang jenguk blog aku akan dapat tengok perubahan pada blog aku Well I changed the background and the header Plus ubah setting dekat linkwithin Hehe Sejak akhir akhir ni mood nak berblog tu datang...
Melayu Kristian Telah Sah Di Malaysia

Melayu Kristian Telah Sah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 163 hits
TOLONG BACA KAWAN KAWAN DAN SEBARKAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM TAK KIRA DIMANA BERADA Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia Injil telah dicetak di edar IFC buat RoadshoW besar bes...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas