Nasihat Ibu Mutiara Berharga Kepada Diri Kita
kredit https://64.media.tumblr.com/
Assalamualaikum semua. Sebut sahaja nama panggilan Ibu, Emak, Umi hatta Mama adalah panggilan yang sinonim sebagai seorang anak memanggil seorang ibu.Kita masih mencari ibu tatkala mereka masih hidup. Hatta mereka sudah meninggal kita pasti merindui mereka kelak.
Sahabat-sahabat semua, jika sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak sendiri. Jika teguran daripada emak kandung ataupun mak mentua berkaitan dengan anak-anak . Terima dengan sebaiknya , jangan bermasam muka kerana ia memberi kesan tidak baik kepada diri kita kelak. Ingatlah Redha Allah terletak Redha Emak Ayah.
Nasihat daripada emak adalah nasihat emas yang kita dengar di waktu mereka masih ada sisi kita. Jika mereka sudah tiada, kita nescaya merindui kata-kata keramat daripada seorang ibu. Tak berguna menyesal di waktu itu, jika mereka masih ada lagi. Manfaatkan mereka sewaktu mereka masih ada sisi kita.
Ingatlah
"Hari esok sudah tentu akan ada tetapi belum tentunya hari esok adalah untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang - https://bidadari.my/mutiara-kata/ "
Kepada sahabat-sahabat yang sudah tiada ibu di sisi .Jangan rasa kesal dan bersedih, kirim doa kepada mereka nescaya mereka gembira di sana. Nak tahu anak yang soleh dan solehah ia sentiasa mendoakan ibu bapa di waktu mereka masih hidup hatta sudah tiada. Jangan melupakan mereka jika mereka ada lagi di dunia ini.Manfaat kan sisa hidup mereka jika mereka lanjutkan usia. Berdoalah kepada Allah panjangkan usia mereka untuk terus beribadat kepada Allah.
Jangan jadi anak yang derhaka kepada ibu bapa kerana derhaka kepada ibu bapa adalah tempatnya di Neraka. Semoga Allah memelihara lisan kita berkata-kata kurang ajar kepada ibu bapa kita.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2022/12/nasihat-ibu-mutiara-berharga-kepada.html