Nasib Anwar Dihitung Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
'Ainin Wan Salleh
-March 14, 2022 8:00 AM
Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim, yang juga Presiden PKR, berkempen di Bukit Batu untuk calon PKR, Arthur Chiong. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Penampilan buruk Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor boleh menandakan pengakhiran kerjaya politik Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, menurut penganalisis.

Felo kanan Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, hari-hari Anwar ‘sudah terhitung’ selepas PH hanya berjaya memenangi 12 daripada 56 kerusi di DUN, sekali gus melemahkan pengaruh gabungan itu di Johor.

“Kekalahan di Johor lebih teruk kerana PRN Melaka dan Sarawak sepatutnya menjadi titik tolak untuk PH mengkaji apa yang silap dan memperkemaskan strategi mereka, tetapi itu tidak pernah berlaku,” katanya kepada FMT.

PH hanya memenangi dua daripada 82 kerusi pada PRN Sarawak pada Dis, sebulan selepas gabungan itu hanya memenangi lima daripada 28 kerusi pada PRN Melaka.

Sambil menyifatkan prestasi PH pada PRN Melaka sebagai satu ‘bencana’ dan persembahan mereka pada PRN Sarawak sebagai ‘malapetaka’, Azmi berkata PRN Johor adalah kedua-duanya sekali iaitu “bencana dan malapetaka” bagi gabungan yang pernah memerintah negara itu.

Daripada 12 kerusi yang dimenangi PH di Johor, hanya satu dimenangi PKR parti Anwar atas tiket sendiri, apabila calon parti itu, Arthur Chiong, menang di Bukit Batu dengan majoriti tipis 137 undi mengatasi S Suppayah daripada Barisan Nasional.

“Berdasarkan (PRN) Johor, PH kini perlu memutuskan siapa yang akan memimpin mereka pada pilihan raya umum (PRU15) akan datang,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau pasti Pejuang dan Warisan tidak akan menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan dilantik Perdana Menteri jika parti-parti itu menyertai PH untuk membentuk barisan pembangkang.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania berkata, PH perlu menggantikan Anwar sebagai ketua mereka jika mereka mahukan peluang untuk memenangi PRU15.

“Anwar telah melakukan terlalu banyak kesilapan politik, dan Johor adalah yang terbaharu dalam beberapa siri kesilapan yang dia lakukan,” kata Chin kepada FMT.

Chin juga menekankan keengganan dalam kalangan kepimpinan PKR untuk mendesak seseorang menggantikan Anwar, sambil menambah ini menunjukkan struktur parti itu adalah “sangat sukar untuk menyingkirkan Anwar.”

“Pemimpin itu sendiri perlu membuat keputusan untuk berundur,” kata Chin. “Jika tidak, tiada siapa boleh menolaknya keluar dari dalam parti.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, beliau tidak nampak calon yang berdaya saing untuk mengetuai pergerakan pembangkang menuju ke PRU15.

Dengan Warisan yang menunjukkan prestasi yang lebih buruk daripada PH dalam PRN Johor, Oh juga berkata Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman “terlalu baharu” untuk memegang tampuk pimpinan.

“Nampaknya tidak ada sesiapa dalam PKR, dalam PH, malah lebih luas lagi dalam pembangkang yang boleh mengambil alih daripada Anwar dengan hebat,” kata Oh.

“Seperti yang dibuktikan dengan keputusan PRN Johor, seluruh pembangkang sememangnya berada dalam dilema sekarang.”

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/nasib-anwar-dihitung-kata-penganalisis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Sokongan Muhyiddin Kepada Anwar Untuk Jadi Pm Mula Tular Apa Kata Pas

Surat Sokongan Muhyiddin Kepada Anwar Untuk Jadi Pm Mula Tular Apa Kata Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2022 - jumlah : 260 hits
TERSEBAR SURAT YANG MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA DS ANWAR IBRAHIM DARI MUHYIDDIN MEWAKILI PERIKATAN NASIONAL Satu pendedahan berhubung sepucuk surat dari Perikatan Nasional yang menyatakan persetujuan dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada...
Tsunami Anak Muda Terbentuk Jika Semua Keluar Mengundi Kata Penganalisis

Tsunami Anak Muda Terbentuk Jika Semua Keluar Mengundi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 640 hits
March 12 2022 Seorang penganalisis berkata rakyat Johor bertuah kerana boleh memilih berdasarkan pengalaman ditadbir tiga buah kerajaan negeri sebelum ini PETALING JAYA Jika semua anak muda Johor laksanakan tanggungjawab dan keluar mengundi...
Prn Johor Khemah Besar Ph Tidak Begitu Menjadi Kata Penganalisis

Prn Johor Khemah Besar Ph Tidak Begitu Menjadi Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 192 hits
freemalaysiatoday com March 7 2022 9 00 AMPenganalisis politik berpandangan khemah besar PH gagal diserlahkan kesatuannya pada PRN Johor kali ini PETALING JAYA Khemah besar yang diharapkan pimpinan Pakatan Harapan untuk menyerlahkan kesatua...
Pm Akan Mengalah Kepada Desakan Umno Adakan Pru15 Awal Kata Penganalisis

Pm Akan Mengalah Kepada Desakan Umno Adakan Pru15 Awal Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 167 hits
malaysiatoday com March 18 2022 11 30 AMPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mungkin akan mengadakan PRU15 awal selepas tamat tempoh Perjanjian Persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan pada Julai kata penganalisis PETALING JAYA Perda...
Surat Pelesu Depa Kata

Surat Pelesu Depa Kata

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 136 hits
Tersebar surat sokongan Mahiaddin terhadap DS Anwar sebagai Perdana Menteri Namun surat itu disahkan palsu Selain tandatangan Mahiaddin yang jelas berbeza Mahiaddin sendiri menafikan kewujudan surat itu Namun musuh DS Anwar masih ada yang c...
Bila Kita Terasa Hodoh Tetiba Orang Kata Muka Kita Macam Artis

Bila Kita Terasa Hodoh Tetiba Orang Kata Muka Kita Macam Artis

papar berkaitan - pada 14/3/2022 - jumlah : 289 hits
Ramai orang disamakan wajah mereka dengan Mendiang Tang Mo Nida Ai pulak lain kisahnya Jangan maree ini content sahaja ye Kemarin dalam pada mood melihat muka sendiri tengah ke laut tetiba cek messenger ada kawan text Muka orang ni macam Pu...
10 Penimbang Digital Terbaik Paling Tepat Kiraan

Ringgit Weakens Against Us Dollar Amid Ongoing Trade War Concerns

Norza Leaves Bam On A High

Beli Jam Tangan Di Twg Angsana

Dododots Lancar Koleksi Istimewa Powerpuff Girls

Energy Efficient Shredders That Don T Compromise On Cutting Force

Chemical Peel Treatment In Malaysia Restore Your Skin S Natural Glow

Penangguhan 90 Hari Tarif As Bantu Ringankan Beban Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perang Israel Hamas Suatu Naskah Yang Di Ulang Ulang

Ambil Alih Tanggungjawab Mak

Perkongsian Empower Quran Global

Daniela Sengalang Sampal Ngabang Gawai Chord

Nadhif Basalamah Bergema Sampai Selamanya Chord

Makan Tengahari Dan Mengopi Di Rumah Hijau Segamat