
Ini kalau di penang depa panggil roti tsunami. Pakai telor rebus separuh masak. Tapi yang ini pun dah surr sangat haihh.Memang mana-mana kedai makan nasi kandar menu wajib untuk sarapan adalah roti canai dan ada lagi menu yang yang lain. Menu wajib anak-anak roti telor. Cuma masa order lupa pula nak bagitahu tak mau letak bawang. Sekali anak-anak makan dan kena kelas bawang tu. Tapi tak pa, janji makan sedap. Kuah dal nampak biasa tapi agak pedas. Tapi sangat sedappp. 
Yum..Yum..Yum..terus lapar tengok pic sendiri. Macam ni pun surr sangat tau.Ini memang menu wajib lah bila anda nak makan nasi. Nasi putih dan macam biasa ayam goreng dan kuah campur. Baru lah namanya nasi kandar. Nasi kandar ni waktu pagi pun dah ada tau, jadi tak perlu nak tunggu tengahari, pagi-pagi pun anda dah boleh bedal nasi. Nanti balik rumah kompem tersandar di sofa sambil layan tv. Hihihi.
Kuah paling best dangat sebab sedap. Yang ni khaty campur sendiri. Lagi banjir lerrApa yang menarik nya ialah Ayam Goreng nya sangat rangup di luar lembut didalam. Katanya dapat info dari seorang sahabat mengenai sahabatnya ini, menu yang di masak hasil dari idea pemilik kedai makan ini Nawab Shah. Masak sendiri ye. Bukan nak tapi bagai di kata setiap masakan yang lahir dari hati yang ikhlas pastinya akan menambat hati sesiapa sahaja yang singgah menyantapnya.

Muka terlajak happy dan kenyang. HihihiUntuk anda yang teringin nak cuba, dan kalau dah ada di sungai petani boleh la datang terus sebab kedai buka sampai malam. 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |