Nasi Ayam Hainan Azie Kitchen Yang Harus Dicuba




Salam Syawal buat semua. Saya percaya ramai antara kita sedang berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal hari ini. Sebelum itu, jangan lupa klik follow blog dan klik iklan yang keluar juga tau. Tidak seperti youtube, bila masuk sahaja, tuan punya channel akan mendapat bayaran. Tapi blog, jika viewers tidak klik iklan, memang tiada bayaran diterima. Walaupun tidak banyak, sekurang kurangnya memberi motivasi untuk blogger terus menulis. 
Masa cuti raya baru baru ni, kami anak beranak bersembang sembang. Maklum tak boleh ke mana mana. Jadi kami asyik makan makan dan lepak depan TV jer. Saya memberitahu anak anak yang Nana dulu setiap kali balik bercuti semasa belajar kursus perubatan di Mesir, akan mesej awal awal minta saya masak ikan bawal masak tiga rasa dan begedil. Katanya, sampai jer rumah nak terus makan. Jadi sebelum ke airport, saya dah siap masak semua. 
Mendengar itu, Juita menyampuk masa nak balik dari Manchester, Juita minta mama masak nasi ayam tapi sampai sekarang, mama belum masak untuk Juita. Alamak saya betul betul terlupa. Maklumlah Juita balik tahun lepas masa tengah PKP. 
Jadi sebagai menunaikan janji, saya minta Hubby ke kedai membeli 2 ekor ayam untuk nasi ayam. Jadi saya memikirkan resipi nasi ayam yang lebih istimewa untuk Juita. Makanya saya memilih nasi ayam Hainan. 
Nasi Ayam Hainan biasanya berwarna putih kerana ianya hanya direbus tapi nasi ayam Hainan saya hari ini lain sikit. Ianya saya pelajari dengan Shahrul Chef di tempat saya bekerja. Saya diberitahu yang ianya adalah Nasi Ayam Hainan, maka pada saya ianya adalah Nasi Ayam Hainan. Tak perlu nak soal banyak, yang penting sedap

Pertama kali makan nasi ayam ini di Cafe Sasana Kijang. Kerana sangat sedap, saya berusaha menanya sana sini, siapa yang memasaknya sehingga saya diperkenalkan pada Shahrul. Kejadian ayam saya ini, tidaklah secantik ayam yang disediakan Shahrul. Mungkin kerana saya tidak menunggu ayam betul betul kering. 

Saya menyediakan 2 ekor ayam, satu ekor dibakar menggunakan air fryer tapi saya dah terlebih suhu sehingga bahagian atasnya terlebih bakar. Manakala yang dibakar menggunakan oven, cantik dan elok sedikit. Nak lagi cantik, lepas keluar dari oven, siramkan dengan minyak panas. 
Hari ini saya tidak menyediakan sambal halia dan juga saya tidak menggunakan sambal cili yang diajar oleh Shahrul. Kalau mengikut resipi sambal cili Shahrul, selepas dikisar cili, bawang dan halia, ianya ditapis dan dimasukkan cuka dan garam. 
Memang agak remeh untuk menyediakan nasi ayam versi ini tapi berbaloi baloi kerana ianya sedap sangat sangat. Ayam nya masih juicy dan sambal cili dan kicap cair menjadikan nasi ayam bertambah sedap. Sambil makan, berulang kali saya menyebut akan keenakannya. 
Sebenarnya tidak mudah untuk saya mendapat resipi ini. Shahrul sibuk dan setiap kali saya mesej, lambat untuk dia menjawab kerana beliau bekerja di dapur kan. Saya pulak ketika itu bekerja pejabat. Jadi saya tanya sikit sikit dan setelah lengkap, baru saya tulis resipi ini sendiri berdasarkan mesej WhatsApp saya dengan Shahrul. Saya mengambil masa bertahun untuk melengkapkan resipi nya. Shahrul tidak bagi atau menulis resipi untuk saya, apa lagi memberi resipi sedebuk macam tu. 
Itu lah yang saya tengok ramai jer yang menulis komen di Instagram individu famous macam orang kerabat, orang kenamaan dan selebriti dengan komen nak resipi, share resipi, please dan macam macam lagi. 
Saya nampak semuanya tidak dilayan. Itu tandanya mereka tak nak kongsi resipi. Mereka hanya mahu kongsi gambar masakan sahaja. Jadi tak perlu lah minta minta. Ambil jer resipi dengan orang yang ikhlas dan sudi kongsikan. Itu lebih baik. 
Jom layan resipi yang saya gunakan dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba.... 

Nasi Ayam HainanOleh: Azie Kitchen
Ayam Madu1 ekor ayam - jangan dipotong¼ cawan maltos½ cawan cuka biasa½ sudu kecil pewarna merah¼ cawan air
Cara cara:Rebus air sehingga mendidih dan rendam ayam lebih kurang 1 minit sehingga kulit luar ayam masak dan hilang hanyir. Pastikan seluruh badan ayam terendam. Nota: boleh masukkan lemon dalam air rebusan, jika suka. 
Angkat dan gantung selama 5 minit. Saya rendam selama 8-10 minit untuk pastikan ayam cukup masak selepas dibakar. 

Panaskan campuran maltos sehingga mendidih. Lepas tu siramkan ayam dengan campuran maltos. Kemudian gantung sehingga kering. 
Bila dah kering, ulang siram kali kedua. Boleh ulang  3-4 kali supaya nampak cantik. Selepas itu, gantung selama 2-3 jam. Masa ini, kulit ayam akan menegang. 


Selepas dah kering, baru masuk campuran 5 spices yang dicampur dengan sedikit garam dan serbuk pati ayam ke dalam perut ayam.

Panaskan oven pada suhu 180C, baru masukkan ayam. Letak ayam atas jaring. Tak perlu balut supaya garing dan air jatuh di bawah. Bakar selama 30-60 minit. Nota: ayam boleh juga digoreng. 

Selepas keluar dari oven, siram dengan minyak panas untuk kulit ayam lebih cantik. 
Setelah sejuk, baru dipotong supaya isi ayam tidak hancur. Susun di dalam pinggan hidangan dan tabur dengan daun ketumbar, daun bawang dan karot yang dihiris halus memanjang.

Nota:Kalau mahu dimasak pagi, bolehlah ayam diperap sebelah petang. Lagi lama diperap, lagi sedap.
Lebihan campuran maltose boleh simpan, bekukan dan guna banyak kali. Resepi asal, 1 bahagian campuran maltose adalah cuka merah tapi sebab tiada cuka merah, saya guna 2 bahagian cuka biasa dan dimasukkan pewarna merah


Nasi Ayam 
Bahan bahan: 5 cawan beras = 6 ½ cawan air - rendam seketika4 ulas bawang putih - ketuk5 biji bawang merah - hiris2-3 inci halia - ketuk1 helai daun pandan2-3 sudu besar mentega 4-5 sudu besar minyak ayam1 sudu besar garam
Cara cara:Panaskan mentega dan tumis bawang bawang dan halia sehingga bawang keperangan


Masukkan air rebusan ayam dan garam. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan beras. Nota: saya guna air biasa kerana saya menggunakan minyak ayam. 

Tuang minyak ayam dan kacau rata. Masak dalam periuk elektrik seperti biasa.

Kuah Sup
Tulang dan kepak ayam - potong kecil
Daun bawang
Sup bunjut - atau bunga lawang dan bunga cengkih
Garam
Gula


Rebus tulang ayam sekejap sahaja. Tapis tulang dan masukkan semula ke dalam periuk. Buang air rebusan untuk elakkan sup hanyir. Masukkan air baru dan rebus sehingga ayam masak untuk dijadikan air rebusan untuk nasi ayam dan kuah sup.


Masukkan sup bunjut atau bunga lawang serta bunga cengkih. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Masa dihidang, taburkan daun bawang.


Kicap 1 cawan kicap cair ½ cawan air3 ulas bawang putih - ketuk2 inci halia - diketuk
Rebus kicap dengan semua bahan di atas sehingga mendidih. Jika terlebih masin, tambahkan air sedikit demi sedikit


Sos Cili 3-4 biji cili merah - 45 gram2 ulas bawang putih 2 ½ sudu besar gula pasir3 sudu besar cuka1 sudu kecil garam
Kisar semua bahan di atas dan sesuaikan rasa. 

Sambal HaliaHalia mudaMinyak panasGaram
Kisar halia sehingga hancur dan tapis airnya. Tuang minyak panas ke dalam halia yang dikisar. Masukkan garam secukup rasa. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/05/nasi-ayam-hainan-azie-kitchen-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Iftar 25 Nasi Ayam Hainan Rangup

Iftar 25 Nasi Ayam Hainan Rangup

papar berkaitan - pada 8/5/2021 - jumlah : 290 hits
ha nasi ayam yang panjang namanya nasi ayam hainan rangup one pot meal katanya sedap dan mudah jer nak masaknya dah nama pun one pot meal so masuk semua sekali dalam periuk dan tet tettt tujuh minit dah siap hidangan ni tapi kalau nak ayam ...
Hidangan Rendang Ayam Dan Nasi Impit Di Pagi 1 Syawal

Hidangan Rendang Ayam Dan Nasi Impit Di Pagi 1 Syawal

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 450 hits
Selamat Hari Raya semua Bangun pagi solat subuh dan mandi sunat Hari Raya Aidilfitri Sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri kita ikut sunnah makan dulu Saya hidangkan rendang ayam dan nasi impit Macam biasa rendang ayam masak awal untuk h...
Nasi Plov Ayam Uzbekistan Yang Simple Dan Sedap Puas Hati Buat Raya Masa Pkp

Nasi Plov Ayam Uzbekistan Yang Simple Dan Sedap Puas Hati Buat Raya Masa Pkp

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 877 hits
Untuk menu hari raya kita cuba kelainan sikit dengan menu nun jauh dari Uzbekistan Jika di sana ia popular dengan Nasi Plov Daging Kuda yang dimasak dengan kawah yang besar dan memang popular Hasilnya puas hati Menu pagi RayaNasi Plov Chick...
Nasi Lemak Ayam Goreng Permintaan Berbuka Puasa Hari Ke 20

Nasi Lemak Ayam Goreng Permintaan Berbuka Puasa Hari Ke 20

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 321 hits
Assalamualaikum BILA Pak Inche buat permintaan nak makan Nasi Lemak untuk berbuka puasa pada hari ahad lepas Sk terus sahaja bersetuju Stok cili dan bawang kisar masih banyak terbayang pulak sedapnya nasi lemak dengan Sambal Sotong Masa ke ...
Resipi Gerenti Jadi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Jelatah Pagi Raya

Resipi Gerenti Jadi Nasi Tomato Ayam Masak Merah Acar Jelatah Pagi Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 454 hits
Ada yang masih berkira kira nak sediakan menu di pagi raya Apa kata cuba hidangan nasi tomato dan ayam masak merah ini Kombinasi set nasi tomato pasti buat raya anda dan keluarga sangat bermakna Biarpun tak dapat ke mana mana menu hari raya...
Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Versi Simple Gerenti Boleh Buat

Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Versi Simple Gerenti Boleh Buat

papar berkaitan - pada 7/5/2021 - jumlah : 473 hits
Nasi tomato pun nasi tomato la tuk berbuka kali ni Nak bakar ikan cicah air asam macam sayang pula dengan buah tomato banyak banyak dalam plastik tu Membusuk tanpa buat apa apa So jadilah menu Nasi tomato dan ayam masak merah gaya ciktie Si...
Cara Mudah Masak Nasi Beriyani Ayam Lazat Untuk Tetamu Di Hari Raya

Cara Mudah Masak Nasi Beriyani Ayam Lazat Untuk Tetamu Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 6/5/2021 - jumlah : 450 hits
Koleksi Resipi Rendang Sedap Mudah Masak Di Hari RayaFeaturedRasa TVFizo Omar Kongsi Resipi Ayam Percik Kuih Akok Air Tangan IbuKek BiskutKoleksi Resipi Biskut Raya Lama Paling Sedap Mudah Buat Resipi Kerepek Kudapan Ringan Popular Wajib Ad...
Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Menu Popular Restoran Nasi Kandar

Resipi Ayam Masak Bawang Pulau Pinang Menu Popular Restoran Nasi Kandar

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 327 hits
Menu Ayam Masak Bawang Pulau Pinang ni nampak sedap dan menyelerakan Menerusi perkongsian saudari Che Atie katanya menu ini adalah resipi top kalau di restoran restoran Nasi Kandar di serata Penang Wow Boleh cuba ni Cara buatnya pun mudah J...
Nasi Ayam Bowling Laksa Johor Selera Johor

Nasi Ayam Bowling Laksa Johor Selera Johor

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 523 hits
Alahaiii pasal laksa pun boleh buat gaduh satu Malaysia Kenegerian sungguh lah Kita kan satu Malaysia Laksa Johor viral di facebook gara gara seseorang ada komen dalam satu pos resipi masakan kalau tak silap Kalau tak ada ikan parang guna i...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba