Nasi Ayam Claypot Terbaik Kalah Old Town White Coffee


Kredit: Gerald Lee Nasi ayam claypot ini memang satu hidangan yang cukup popular di kedai-kedai kopitiam komersial seperti Old Town White Coffee dan Papa Rich. Oleh sebab harga yang dijual agak mahal, ramai mesti fikir cara nak sediakan resepi nasi ayam claypot ini memang susah dan merenyahkan. Jangan tertipu! Nak masak nasi ayam claypot ini sebenarnya betul-betul senang. Bak kata orang Cina, sap sap sui saja!
Di rumah saya, setiap kali saya rasa agak malas nak ke dapur dan sediakan lauk-pauk yang banyak, inilah resepi yang saya akan sediakan. Tak ambil masa yang lama pun dan hasilnya, sama seperti anda bertungkus-lumus berjam-jam lamanya di dapur menyediakan 3-4 lauk pauk yang sama. Perkara paling menarik tentang resepi ini menyerlahkan rasa ayam dan cendawan pada nasi, betul-betul seperti di kopitiam-kopitiam Cina tanpa menggunakan bahan-bahan tidak halal seperti lapcheong dan wain Shaoxing. Jadi, memang sesuai untuk dicuba dan dinikmati oleh orang Islam.
Bahan-Bahan:
a) Bahan utama
1/2 ekor ayam, dipotong menjadi beberapa ketulan2 sudu besar sos tiram4 sudu besar kicap cair 1 sudu besar kicap pekat manis 2 sudu teh minyak bijan, tambah sedikit lagi untuk dituang sebelum menghidang4 sudu besar tepung jagung10 cendawan shitake kering, direndam dan dibelah dua 4 sudu besar minyak sayuran1 kiub ikan masin, digoreng dan dihiris nipis-nipis6 ulas bawang puting, dicincang halus5 biji bawang merah, dihiris2 sudu besar halia parut2 cawan beras Jasmine 2 sudu teh lada sulah2 sudu besar serbuk pati ayam1 cawan air b) Bahan Perasa
2 sudu besar kicap cair1 sudu besar sos tiram1 sudu teh kicap pekat manis 1 tbs of cuka 1sudu teh minyak bijan1 sudu teh minyak bawang merah c) Hiasan
Hirisan daun bawangBawang putih dicincangHirisan cili padi Cara-Cara:
Dalam sebuah mangkuk, perap ayam dengan kicap , kicap pekat manis, minyak bijan, sos tiram, serbuk pati ayam dan tepung jagung. Rendam cendawan kering dalam air selama 20 minit hingga lembut. Tapis air dan simpan 1/2 cawan air rendaman Potong dan buang batang cendawan. Belah cendawan.Panaskan minyak sayuran pada suhu rendah dalam kuali. Masukkan ikan kering. Goreng kilas selama 30 saat. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam mula bertukar warna perang keemasan. Masukkan bawang putih dan halia. Kacau selama seminit lagi. Masukkan cendawan. Kaut bahagian yang melekat di dasar periuk. Kemudian, masukkan nasi dan lada sulah.Masukkan nasi yang digaul tadi dalam periuk tanah liat. Masukkan air dan air rendaman cendawan. Letakkan periuk tanah liat di atas api sederhana besar dan biarkan mereneh sebentar. Tutup dan kecilkan api. Biar nasi masak selama 30 mini atau sehingga cecair diserap dan nasi mengembang. Buka penutup periuk tanah liat. Masukkan 2 atau 3 sudu besar bahan perasa. Tabur daun bawang di atas nasi. Hidang bersama cili potong dan bawang putih cincang. Sap Sap Sui Sangat! Tak perlu susah-susah nak ke kedai kopitiam kegemaran anda dan membayar harga yang mahal untuk makan sekali saja! Dengan bajet yang kecil, anda boleh sediakan satu periuk besar untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Tambahan pula, pada waktu-waktu sekarang, lebih baik masak di rumah saja. Jimat pun jimat, puas pun puas. Old Town White Coffee pun kalah!
Saya harap, anda sukakan resepi nasi ayam claypot halal yang saya kongsi ini. Kalau anda pertama kali mencuba resepi masakan Cina dan mempunyai apa-apa soalan atau kemusykilan, jangan lupa untuk bertanya kepada Butterkicap atau saya di laman Instagram. Kami sangat mengalu-alukan pertanyaan anda ini.

Anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsi? Sampaikan saja permintaan anda dan kami akan berusah untuk permintaan anda itu!
The post Nasi Ayam Claypot Terbaik Kalah Old Town White Coffee appeared first on Butterkicap.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.butterkicap.com/kitchen-lab/recipes/nasi-ayam-claypot-terbaik-kalah-old-town-white-coffee

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Roti Bakar 3 Bahan Ala Ala Old Town Coffee Makan Panas Panas Terangkat

Roti Bakar 3 Bahan Ala Ala Old Town Coffee Makan Panas Panas Terangkat

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 433 hits
Jika anda penggemar roti menikmati roti bakar di Old Town White Coffee pastinya terasa cukup nikmat Apa lagi kala digabungkan bersama secawan kopi panas Pastinya roti yang dihidangkan tak cukup dimakan hanya satu keping Tak perlu makan di O...
Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12 Kota Bharu

Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12 Kota Bharu

papar berkaitan - pada 14/10/2020 - jumlah : 940 hits
Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12 Kota Bharu Hai korang Hari ini saya nak kongsikan satu lagi kedai makan yang korang boleh pergi dekat Kota Bharu yang dipanggil Nasi Paku Ayam Kampung Agak scary dan curious jugaklah bila dengar Nasi Paku jad...
Gami Chicken Order Online Ayam Goreng Korea Dan Nasi Ayam Gami

Gami Chicken Order Online Ayam Goreng Korea Dan Nasi Ayam Gami

papar berkaitan - pada 26/10/2020 - jumlah : 804 hits
hai assalammualaikum Gami Chicken Order Online Ayam Goreng Korea Dan Nasi Ayam Gami Teringin sangat nak makan makanan korea Rindu dengan ayam goreng korea nak keluar tak dapat jadi kita orderla mintak delivery je So menu makanan Korea pilih...
Nasi Ayam Thai Viral Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera Cara Buat Pun Mudah

Nasi Ayam Thai Viral Aroma Bau Nasinya Bangkitkan Selera Cara Buat Pun Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 406 hits
Nasi ayam semua orang boleh buat sendiri Cuma nak kena ada kerajinan lebih sikit je untuk siapkannya Bukan apa sebab ada banyak langkah sebelum dapat dimakan Tapi bagi anda yang teringin nak makan tetapi cara penyediaannya cepat boleh cuba ...
Jom Try 12 Resipi Berasaskan Ayam Terbaik Mesti Cuba Gerenti Sedap Memikat

Jom Try 12 Resipi Berasaskan Ayam Terbaik Mesti Cuba Gerenti Sedap Memikat

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 635 hits
Koleksi resipi berasaskan Ayam paling menarik tertarik dan memang daboom mesti cuba hari ini Jadi jom kita selongkar Resipi Berasaskan Ayam Terbaik Mesti Cuba Gerenti Sedap Memikat 1 Resipi Ayam bakar ala ala kenny rogersBahan bahan 1 ekor ...
Memang Next Level Beauty Vlogger Indonesia Kekeyi Jadi Snow White Tapi Tidur Dengan Ayam Angsa

Memang Next Level Beauty Vlogger Indonesia Kekeyi Jadi Snow White Tapi Tidur Dengan Ayam Angsa

papar berkaitan - pada 22/10/2020 - jumlah : 488 hits
Aksi beauty vlogger dari Indonesia Nganjuk Rahmawati Kekeyi Putri atau Kekeyi yang menjelma menjadi Snow White baru baru ini sekali lagi telah mencuri perhatian netizen Hal ini kerana lewat beberapa keping foto yang dimuat naik di akaun Ins...
Al Mauizhah Kitchen Nasi Ayam Singapore

Al Mauizhah Kitchen Nasi Ayam Singapore

papar berkaitan - pada 30/10/2020 - jumlah : 229 hits
SALAM DARI Al MAU IZHAH KITCHEN DAN SALAM MAULIDUR RASUL OPEN ORDER UNTUK LUNCH BOX KHAMIS SAHAJA OPEN 30 BOX JE TAU SEHARI SIAPA CEPAT DIA DAPAT Rm6 00 Sahaja TEMPAH SEKARANG https AlMauizhahKitchenn wasap my https wa me message YSQ3LXBMGQ...
Paling Favourite Buatkan Anak Nasi Ayam Hainan Dengan Sos Thai Ala Superdaddy Ni Cukup Mudah

Paling Favourite Buatkan Anak Nasi Ayam Hainan Dengan Sos Thai Ala Superdaddy Ni Cukup Mudah

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 290 hits
Sebut sahaja nasi ayam anak anak pastinya akan melompat keriangan Menu nasi dengan ayam sememangnya cukup disukai anak anak kita Apa lagi kala disediakan dengan sup ayam yang membuatkan mereka makan bertambah Bosan dengan nasi ayam biasa ap...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City