Nasi Arab Damsyik Empire Tersedap


Sejak duduk di Seremban ni, seingat saya sekali je pernah menjamu selera di Restoran Nasi Arab Damsyik Empire. Selebihnya kalau teringin, tapau je makan di rumah. 
Nasi Arab Damsyik Empire ni popular di Seremban. Dekorasi resto pun ala ala resto di Arab. Boleh feel makan di negara Arab cerita dia. Ada ruang makan untuk bersila, ada ruang makan untuk makan duduk di kerusi juga

Resto Nasi Arab Damsyik Empire ni sentiasa dipenuhi dengan umat manusia. Bila masa je tak ada orang. Itu dulu lah sebelum pandemik COVID-19. Tengah pandemik ni mungkin Nasi Arab Damsyik Empire delivery kan je kot.

Tapi saya tak pernah lagi lah order Nasi Arab Damsyik Empire delivery. Jauh kot dari rumah. Dalam aplikasi foodpanda pun tak pernah nampak bayang apa apa jenis nasi arab. Nasi Arab Damsyik Empire is not your area lah.

Susah betul nak jumpa resto yang menjual nasi arab berdekatan. Nasi Arab Damsyik Empire je lah yang teringat dalam kepala ni. Semalam on the way suami balik rumah, singgah resto Nasi Arab Damsyik Empire tapau nasi arab untuk dinner.

Sebelum ni ada je resto Nasi Arab Damsyik Empire Paroi. Tapi dah tutup. Kurang mendapat sambutan kot kat sana. Terpaksalah ke resto Nasi Arab Damsyik Empire senawang tu. Beli portion suku. 


Bau nasi arab ni memukau betul. Bukak bekas pun rasa tak sabar nak makan. Aroma pelbagai jenis rempah tu pun pembuka selera betul lah. Nasi sahaja je pun dah sedap. 
Isi ayam pun lembut sungguh haihhh. Terasa juga rempah yang menyerap dalam isi ayam tu sebab nasi arab ni style masak dia, ayam dimasak bersama nasi. Kan? 



Dihidangkan bersama sos yogurt, salad timun nasi arab dan sambal. Bukan sambal belacan ye. Tak tahu lah apa nama sambal tu. Saya kurang gemar makan sambal tu. Saya makan dengan stok sambal gesek saya lah. 

Saya pun sejenis yang tak pandai nak makan dengan sos yogurt. Ayam cicah sos yogurt eh? Ke curahkan atas ayam? Cuba cerita.

Harini Negeri Sembilan dah bermula fasa 2 dah. Alhamdulillah kes baru COVID-19 semakin menyusut juga. Terus rasa nak lari ke hutan lalu belok ke pantai.

Sabar sabar..tunggu weekdays dan suami cuti kita ambil angin tepi pantai kejap sebab dah boleh rentas daerah. Saya dapat rasakan weekend ni mesti ramai orang ke Port Dickson bercuti. So tidaklah nak pergi buat masa ni. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/08/nasi-arab-damsyik-empire-tersedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nasi Arab Mudah Guna Perencah

Nasi Arab Mudah Guna Perencah

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 316 hits
Sejak PKP ni kan susah nak keluar Daripada mereput jer kat rumah ada eloknya cuba test resepi baru First time aku masak nasi Arab Inspirasi daripada mak mertua aku Guna perencah ready made jer Aku beli kat Shopee Dapat sekali beras basmathi...
Susah Sangat Nak Makan Nasi Idea 4 Resipi Nasi Kreatif Ibu Ni Sediakan Awesome Sedap

Susah Sangat Nak Makan Nasi Idea 4 Resipi Nasi Kreatif Ibu Ni Sediakan Awesome Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 417 hits
Semakin anak membesar tidak dinafikan semakin banyak karenahnya untuk menerima satu satu jenis makanan Ada anak anak yang sudah mula memilih makanan dan menolak makan nasi Jangan kalah dengan anak sebaliknya cuba idea kreatif daripada nasi ...
Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak

Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 563 hits
AssalamualaikumResepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak Makan nasi lemak dan minum kopi o Sedapnya Terbayang bayang nasi lemak yang ada ikan bilis kacang telur dan timun Boleh bertambah tiga pinggan tu Lagipun nasi lemak ini...
Nasi Air Kelate Makan Hari Hari Tak Puas Aroma Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera

Nasi Air Kelate Makan Hari Hari Tak Puas Aroma Minyak Bawang Putih Bangkitkan Selera

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 454 hits
Ada yang suka nasi air atau bubur nasi Bagi anda yang suka makan menu ni boleh cuba resipi Nasi Air Kelate yang sangat sedap Buat yang biasa menikmati menu ini ketika pergi ke negeri Kelantan pasti akan tahu rasanya Memandangkan sekarang ta...
Nasi Kerabu Dijual Murah Dengan Lauk Meriah Ini Buat Ramai Terl1ur

Nasi Kerabu Dijual Murah Dengan Lauk Meriah Ini Buat Ramai Terl1ur

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 208 hits
Nasi kerabu adalah salah satu makanan yang cukup sinonim dengan masyarakat di Pantai Timur Nasi yang berwarna biru yang dimakan bersama lauk seperti solok lada jeruk bawang putih ayam atau daging dan pelbagai lagi Popular dimakan tidak kira...
Tak Dapat Bubur Asyura Bubur Nasi Lain Pun Bolehlah

Tak Dapat Bubur Asyura Bubur Nasi Lain Pun Bolehlah

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 221 hits
Tak Dapat Bubur Asyura Bubur Nasi Pun Bolehlah Yaaa teringin bubur Asyura tapi dah tak dapat kita telan bubur nasi yang lain ni jela Kenyang dan memuaskan balik kerja beli bukan masak sendirik Hahaa Lengkap dengan telur ikan masin sayur kan...
Nasi Lemak Legend

Nasi Lemak Legend

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 395 hits
Assalamualaikum LAMBAT kalu memang putih mata laaa Sanggup keluar jauh jauh dan pagi pagi demi Nasi Lemak Legend Istimewa hujung minggu mesti ada seteko teh atau nescafe Sk guna teh ros 888 Macam dulu dulu kan sekeping daun pisang dipotong ...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Ranking Terkini Bola Sepak Malaysia 2025

The Tragicomedy Of Parti Keluarga Rakyat

Xiaomi Jenama Telefon Pintar No 1 Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerjasama Petronas Petros Diperkukuh Pm Premier Sarawak Capai Kata Sepakat

Aktiviti Majlis Perasmian Kempen Bijak Air Madani Peringkat Kebangsaan Ppim 08 05 2025

Padah Nak Scrut Anak Papa 5 Jam Woiii

Pasar Payang Terengganu Tarikan Utama Waktu Operasi

Pesawat Tempur Pakistan Berjaya Musnahkan Sistem Peluru Berpandu Paling Canggih Dimiliki India

No More Language Barriers Oppo Find N5 Bridges Cultures With Ai Translation