Nampak Macam Selamat Tapi Ini 5 Makanan Yang Tak Boleh Masuk Peti Sejuk


Nampak Macam Selamat, Tapi Ini 5 Makanan Yang ‘Tak Boleh’ Masuk Peti Sejuk
Dalam kebanyakan rumah, peti sejuk sering dianggap sebagai tempat “selamat” untuk menyimpan hampir semua jenis makanan.
Apa sahaja yang ingin dikekalkan kesegarannya, biasanya terus dimasukkan ke dalam peti sejuk tanpa berfikir panjang.
Secara logiknya, suhu sejuk memang membantu melambatkan proses kerosakan makanan. Sebab itu kita sering percaya bahawa cara terbaik untuk mengekalkan kesegaran adalah dengan menyimpannya dalam peti sejuk.
Namun, tahukah anda bahawa tidak semua jenis makanan sesuai disimpan dalam keadaan sejuk?
Difahamkan, beberapa bahan sebenarnya boleh kehilangan rasa asal, tekstur, malah kandungan nutrisinya apabila diletakkan terlalu lama di dalam peti sejuk.
Jika anda pernah perasan makanan menjadi keras, kecut, atau terlalu berair selepas dikeluarkan, itu petanda ia tidak sesuai disimpan pada suhu rendah.
Justeru, hari ini SK akan kongsikan 5 makanan yang tidak sesuai untuk disimpan dalam peti sejuk dan penjelasannya, menurut Reader’s Digest.
1. Roti
Menurut Reader’s Digest, walaupun menyimpan roti dalam peti sejuk boleh melambatkan pertumbuhan kulapuk, ia sebenarnya membuatkan roti menjadi kering dan keras.
Kalau ada lebihan roti, sebaiknya simpan dalam peti beku dan biarkan ia mencapai suhu bilik apabila anda mahu memakannya.
Jika anda kerap makan roti, lebih baik simpan sahaja di tempat yang kering dah bersuhu bilik. Cuma pastikan anda periksa selalu supaya tak ada kulapuk yang mula tumbuh.
2. Buah tembikai penuh
Menyimpan tembikai dalam peti sejuk sebenarnya boleh mengurangkan kandungan antioksidan sehingga separuh.
Kajian oleh USDA mendapati tembikai yang disimpan pada suhu bilik menghasilkan hampir dua kali ganda jumlah sebatian seperti beta karotena yang baik untuk kulit dan penglihatan, berbanding tembikai yang disimpan dalam peti sejuk.
Udara sejuk menghalang proses pembentukan antioksidan yang berlaku selepas buah dituai. Namun, jika tembikai sudah dipotong, barulah wajar disimpan dalam peti sejuk bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria.
3. Kentang
Suhu yang terlalu sejuk boleh menukar kanji dalam kentang menjadi gula, menyebabkan teksturnya terasa berpasir dan rasanya sedikit manis.
Kentang sebenarnya lebih sesuai disimpan pada suhu sekitar 7°C. Sedangkan kebanyakan peti sejuk berada antara 1°C hingga 3°C.
Cara terbaik ialah simpan kentang dalam beg kertas dan letakkan di tempat yang kering seperti pantri.
Elakkan daripada terkena cahaya matahari kerana ia boleh menyebabkan pengumpulan klorofil yang membuatkan kentang bertukar hijau dan rasanya menjadi pahit.
4. Biji kopi
Menurut Reader’s Digest, kelembapan dalam peti sejuk boleh menyebabkan biji kopi cepat rosak, dan ini membuatkan rasanya tidak lagi segar serta kurang aroma.
Selain itu, setiap kali pintu sejuk dibuka, suhu di dalamnya berubah-ubah dan menghasilkan pemeluwapan. Ini sekali gus menambah lebih banyak kelembapan yang menjejaskan kualiti biji kopi.
Sebaiknya, simpan biji kopi dalam bekas kedap updara dan letakkan di tempat yang kering seperti pantri supaya rasanya kekal segar dan aromanya tahan lama.
5. Daun selasih
Jika disimpan pada suhu bawah 4°C, daun selasih akan cepat bertukar warna menjadi hitam. Sebaiknya, simpan di tempat teduh pada suhu bilik.
Cara paling berkesan adalah dengan meletakkan tangkainya dalam segelas air, seperti cara kita letak bunga dalam pasu.
Untuk tahan lebih lama, tutup bahagian atasnya dengan beg plastik zip supaya daun dapat “bernafas” dan kekal lembap.
BACA: Bau Minyak Wangi Cepat Hilang, Cuba Tip Ini Untuk Tahan Lebih Lama
Sumber: Reader’s Digest
The post Nampak Macam Selamat, Tapi Ini 5 Makanan Yang ‘Tak Boleh’ Masuk Peti Sejuk appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/03/nampak-macam-selamat-tapi-ini-5-makanan-yang-tak-boleh-masuk-peti-sejuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

Sah Pasport Menantu Muhyiddin Ni Sudah Dibatalkan Tapi Macam Mana Dia Boleh Bergerak Di Luar Negara

papar berkaitan - pada 24/10/2025 - jumlah : 224 hits
BernamaMenteri KDN berkata pihaknya akan semak bagaimana Adlan Berhan boleh bergerak di luar negara sedangkan pasportnya telah dibatalkan Menantu bekas PM Muhyiddin Yassin Adlan Berhan meninggalkan negara ini menuju ke New Zealand pada 17 M...
Minta Macam Macam Tapi Tak Sokong Belanjawan Ahmad Maslan Tempelak Pembangkang

Minta Macam Macam Tapi Tak Sokong Belanjawan Ahmad Maslan Tempelak Pembangkang

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 129 hits
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan sempat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri pada 4 November 2025 Foto Ahmad MaslanKUALA LUMPUR 5 Nov Timbalan Menteri Kerja Ray...
Hiburan Kakak Maklum Prince Syed Masuk Hospital Lain Pula Komen Netizen Dah Nampak Hidung Jatuh Tu

Hiburan Kakak Maklum Prince Syed Masuk Hospital Lain Pula Komen Netizen Dah Nampak Hidung Jatuh Tu

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 214 hits
Pempengaruh dan usahawan sensasi mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas tular video dirinya terlantar di sebuah pusat perubatan baru baru ini Menerusi perkongsian video oleh kakaknya Syarifah Shah di TikTok kelihatan Pri...
Hiburan Ketangkasan Dua Pengawal Peribadi Wanita Melompat Masuk Dalam Kereta Jadi Tumpuan Anggun Tapi Merbahaya

Hiburan Ketangkasan Dua Pengawal Peribadi Wanita Melompat Masuk Dalam Kereta Jadi Tumpuan Anggun Tapi Merbahaya

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 259 hits
Sidang Kemuncak ASEAN ke 47 yang berlangsung di ibu negara pada Isnin bukan sahaja menjadi tumpuan pemimpin serantau malah turut mencuri perhatian rakyat apabila tular rakaman dua pengawal peribadi wanita Malaysia yang mempamerkan aksi tang...
Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk

Kenapa Madu Tidak Beku Dalam Peti Sejuk

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 213 hits
KENAPA MADU TIDAK BEKU DALAM PETI SEJUK Bagus soalan ni Ramai juga keliru bila tengok madu terutama madu kelulut tak membeku walaupun disimpan dalam peti sejuk Mari saya terangkan dengan cara mudah dan saintifik Jom dapatkan perkongsian ber...
Nak Mulakan Bisnes Makanan Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa Ini Idea Menu Delivery Laku Keras

Nak Mulakan Bisnes Makanan Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa Ini Idea Menu Delivery Laku Keras

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 260 hits
Nak Mulakan Bisnes Makanan Tapi Tak Tahu Nak Jual Apa Ini Idea Menu Delivery Laku Keras Ramai orang nak mulakan bisnes makanan tapi selalu terhenti di langkah pertama tak tahu nak jual apa Jangan risau artikel ini akan bantu anda dengan sen...
Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 187 hits
Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku Ramai peniaga makanan delivery yang pandai masak tapi kurang mahir dalam satu perkara penting kira harga jual dengan betul Akibatnya bisnes nampak laku tapi duit dalam ta...
Persiapan Skuad Malayan Tigress Langkah Pertama Menuju Kejohanan Antara Bangsa

Evening Sky Residence Scott I Edwards Architecture United States

Musim Banjir Ni Bukan Air Je Naik Dia Pun Datang Sekali

Besi Coupling Shaft Melayang Dari Lori Tembusi Kereta Warga Emas Maut

Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Banjir Beberapa Jalan Utama Di Shah Alam Ditutup Sepenuhnya

Keberanian Bank Bank Besar As Menghadapi Cabaran Ekonomi Semasa

Kad Kredit Islamik Ganjaran Terbaik Di Malaysia Panduan Lengkap 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Situs Bandarq 2025 Memilih Dengan Bijak

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Ppim Gesa Jawapan Segera Siapa Luluskan Plaza Stesen Caj Jalan Di Genting Highlands Aatv 24 11 2025

Hadiah Kecil Dari Kawan Tanda Rezeki Allah Sentiasa Ada

Filem Azimat