Nama Nama Gelang Emas Popular
Emas, bukan sekadar perhiasan wanita. Kini emas jadi trending dan pembelian emas semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Ramai mula sedar yang emas merupakan pelaburan yang bagus untuk digunakan di masa hadapan.
Bila semakin trending dan popular, bertambah meningkat lah harganya. Tak lama lagi harganya mungkin akan mencecah RM300 untuk 1 gram. Wow! Fikir banyak kali lah kalau nak membeli emas bila dah tahap harga macam tu
Banyak juga kedai emas yang buat jualan harga murah. Antara emas yang murah, orang kata kedai emas di Kuala Pilah. Ramai juga yang mula berjinak-jinakbuka kedai online atau main kutu.
Beli online tak salah, tapi jangan tertipu dengan kedai emas tipu. Selidik dulu. Nak mencari emas bajet sekalipun, carilah kedai yang sah perniagaannya. Supaya nanti senang apa apa terjadi senang nak buat report
Sejak akhir-akhir ni memang popular nama nama emas atau design gelang emas/rantai tangan inspirasi dari makanan,haiwan dan juga bangunan.
Antara yang popular adalah gelang emas terbaru iaitu gelang emas pulut dakap, gelang emas biskut tawar, gelang emas roti bun, gelang emas lipan, gelang emas jagung, gelang emas biji anggur, gelang emas ekor kucing, gelang emas gajah dan banyak lagi lah
Gelang Emas Pulut DakapGelang Emas Biskut Tawar
Gelang Emas Roti BunGelang Emas Lipan
Gelang Emas Anggur
Gelang Emas Biji Ketumbar
Gelang Emas Biji Sawi
Gelang Emas Boba
Gelang Emas/ Cincin Bola Takraw
Gelang Emas Coco
Gelang Emas Coco Mata Petai
Gelang Emas Dunhill
Emas Durian
Gelang Emas Ekor Kucing
Gelang Emas Gajah
Gelang Emas Jagung
Emas Kerepek Bawang
Emas KLCC
Gelang Emas Latok
Emas Lintah
Mana satu pilihan korang? Kalau diberi pilihan, Fiza akan pilih gelang emas lipan. Dah lama berkenan cuma belum dapat je lagi. Harap ada rezeki lah dapat satu pun jadi lah kan.
Ala dapat gelang emas 916 terkini pun dah okay dah kan. Tak kira design apa pun. Selain emas 916, sesetengah orang minat juga dengan gelang emas pandora. Kalau Fiza, lebih suka emas 916. Emas putih macam kurang minat sikit.
Nak beli emas pun kena juga lah tahu serba sedikit tentang jenis-jenis emas ni.
Jenis-Jenis Emas Dan Kegunaan1. Emas 24K atau emas 999 atau emas 999.9 atau emas sepuluhKandungan emas adalah 99.9%. Emas tulen yang paling mahal. Digunakan untuk barang perhiasan, pelaburan dan juga peralatan perubatan
2. Emas 22K atau emas 916 atau 917Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas. Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas yang mempunyai warna kuning keemasan. Sesuai untuk dijadikan emas perhiasan yang kosong tanpa permata kerana sejenis emas yang lembut. Tidak sesuai untuk digunakan sebagai pelaburan
3. Emas 21K atau emas 875Kandungan emas adalah 87.5%. Juga emas perhiasan tulen dalam barang kemas yang warnanya keemasan. Sama juga dengan emas 22k, emas perhiasan kosong tanpa permata dan tidak boleh dicampur dengan permata. Tidak sesuai juga untuk pelaburan
4. Emas 20K atau emas 833Kandungan emas adalah 83.3%. Merupakan emas perhiasan tulen dalam barang kemas yang berwarna kuning keemasan. Tidak sesuai untuk pelaburan atau dihiasi dengan permata
5. Emas 18K atau emas 750Kandungan emas adalah 75.0%. Emas perhiasan yang seimbang dari segi ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
Emas perhiasan dengan bentuk menarik dihiasi permata tapi tidak sesuai untuk pelaburan
6. Emas 14K atau emas 585Kandungan emas adalah 58.5%. Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras, kukuh, lebih tahan lama dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna. Sejenis emas yang lebih banyak logam dari emas dan tidak sesuai untuk pelaburan.
7. Emas 10K atau emas 417Kandungan emas adalah 41.7%. Emas perhiasan yang lebih keras, kukuh, lebih tahan lama, tidak calar atau bengkok dan lebih lasak namun tidak selamat dari tindak balas alergi pada orang yang sensitif kepada nikel.
Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna. Emas berketulenan 10K dan tidak sesuai untuk pelaburan
8. Emas 9K atau emas 375 atau suasaKandungan emas adalah 37.5%. Kebiasaannya digunakan untuk membuat cincin suasa untuk lelaki
Dah tahu jenis-jenis emas dan nama nama emas, jadi senang lah nak memilih ikut kesesuaian dan citarasa sendiri. Dengan lambakan penjualan emas dipasaran ni dengan harga emas yang semakin lama semakin meningkat naik ni rasa entah bila dapat beli entah.
Nak tunggu emas kembali ke seratus lebih segram macam harga dulu-dulu memang tak dapat lah kan
Ada yang berpesan supaya beli emas dengan harga sekarang sebelum meningkat sampai RM300 lebih tu. Silap silap harga cincin biasa pun dah harga seribu lebih. Aduhaiii..Lagi pun orang kata beli emas tak rugi sebab ianya boleh dijadikan pelaburan dan kegunaan di masa akan datang.
Credit image : BroOhsem/Akhtar SyamirCredit Info : Pelaburan Emas Public Gold Malaysia
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azhafizah.com/2020/08/design-emas-inspirasi-dari-makanan-yang.html