Nak Tak Resepi Kek Batik Cheese Krunchy
Tulisan : Has Jan
Foto : Has Jan Resepi : Has Jan
Kek Batik krunchy
Pernah dengar atau pernah makan tak Kek Batik Cheese yang ranggup ? Kalau belum pernah saya nak share resepi yang saya ubah suai sendiri ni. Saya tak pasti samada dah ada yang guna resepi yang sama macam yang saya gunakan atau tidak , tapi setakat yang pernah saya dapat kebanyakkan nya menggunakan biskut marie. ok jangan sembang panjang-panjang , jom kita tengok bahan-bahannya
KEK BATIK CHEESE CRUNCHY
BAHAN-BAHAN
VICO SUSU PEKAT SUSU CAIR (tin)BUTTER (saya guna buttercup)BISKUT -->> CHEESE MASIN & YANG BERINTI CHEESE TELUR (1 biji )
CARA-CARA
**API PERLAHAN YE
Panaskan butter (1/2 )bila dah cair , masukkan susu pekat 1/4 tin dan susu cair 1/4 cawan (bukan 1/4 tin ye) * jika suka manis boleh gunakan susu pekat sahaja 1/2 tin
Gaul hingga bahan2 di atas cair dan sebati kemudian Masukkan vico (2 cawan ) * jika nampak terlalu cair tambah lagigaul hingga sebati kemudian Masukkan telur (1 biji) * jangan lupa cuci dulu telur Bila semua bahan sudah cair dan sebati di dalam kuali masukkan biskut yang sudah di patah2 sedikit demi sedikit hingga semua menjadi likat
Tutup api , tuangkan bahan2 tadi ke dalam loyang atau bekas yg sesuai
Lenyek2 kan bahan2 tadi di dalam loyang/bekas hingga mampat
**Tambahan : Anda boleh juga taburkan cheese diatas bahan2 tadi atau boleh juga letakkan coklat cair diatasnya
Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga keras .
Taraaa...dah siap senang kan tak sampai 10 min pun
Selamat mencuba
Has Jan Bicara Dari Hati (Aunialya.Boutique)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://anjungummi.blogspot.com/2015/10/nak-tak-resepi-kek-batik-cheese-krunchy.html