Nak Share Sikit Adil Ke Saya Kena Bayar Harga Itu Walhal Kucing Saya Hilang


“Nak Share sikit. Adil ke saya kena bayar harga itu, walhal kucing saya hilang”. Nak Share sikit. Kucing milik kawan saya hilang selama 42 hari. Then, sekarang ini masalahnya, kucing kawan saya ini telah ditemui oleh pemilik pet shop, Meyaw Cat Mart (MCM). Dia post di Facebook dia tentang kucing itu untuk mencari pemilik kucing berkenaan.
“Apabila kawan saya nak pergi tuntut kucing miliknya, pemilik pet shop itu dah inform siap-siap yang dia akan kenakan caj untuk kos penjagaan kucing itu.
“Adakah patut orang itu caj dengan harga seperti itu?” demikian perkongsian Ara Lyana di Facebooknya jam 5.04 petang semalam. Difahamkan, kucing jantan milik Mieza Sharip yang diberi nama Toby, hilang dari kediamannya di Kampung Bendahara semasa dia tiada di rumah, pada 22 Oktober lalu.
Pemilik Pet Shop
30 Oktober, seorang pemilik pet shop, MCM memuat naik gambar seekor kucing ditempatkan dalam sangkar memaklumkan bahawa mereka menemui kucing itu di kaki lima. Pihak berkenaan meminta pemilik kucing itu tampil untuk menghubungi mereka bagi tujuan tuntutan, malah memaklumkan pemilik kucing akan dikenakan caj kos penjagaan.
“Sekarang dia ada di Meyaw Cat Mart. Dijaga, diberi makan/minum, disediakan pasir. Jadi, tuan empunya akan dicaj kos-kos tersebut. Harap faham ye. Terima kasih,” kata pihak berkenaan.
Namun kegembiraan Mieza menemui Toby yang selamat dari sebagai kejadian yang tidak diingini terbantut apabila dia dimaklumkan tentang caj yang dianggap tidak munasabah dan tidak adil untuk dia.
Berdasarkan mesej itu, MCM mengenakan caj sebanyak RM787.90 yang merangkumi perkhidmatan boarding, servis, accessories dan produk.
Adil Ke Saya Perlu Bayar
“Adil ke saya kena bayar harga yang saya pun tak sangka macam ni? Saya pun tak tahu awak bagi makanan kucing saya yang mahal macam tu. Saya nak kena bayar macam ni? Adil ke? Walhal kucing saya hilang.
“Rumah saya di Kampung Bendahara, saya pun tak sangka dia sampai ke sana dan tak tahu siapa yang ambil dia,” kata Mieze.
MCM pula memberi penjelasan bahawa mereka mengenakan caj mengikut harga sebenar tanpa tambahan satu sen, malah menegaskan mereka telah memberikan diskaun yang banyak.
“Pertama, kami caj ikut harga sebenar tidak ada apa-apa tambahan 1 sen pun. Malahan kami bagi diskaun banyak.
“Keduanya, kami dah maklumkan kepada awam semasa kami iklankan tentang caj-caj tersebut.
“Ketiga, kami belum lagi buat boarding secara rasmi. Tapi cik dipersilakan cari boarding yang caj RM5 sehari.
“Sekiranya cik rasakan tak berbaloi, biarlah kami jaga,” respon pihak berkenaan.
Sementara itu, Ara Lyana berkata, pihak berkenaan tidak sepatutnya berbuat demikian dan mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain.
Niat Nak Jaga
“Ye, memang niat dia nak tolong jaga itu baik, tapi janganlah melampau nak cekik orang. Mau nye orang tak ada duit nak claim, jadi dia ambil kesempatan jual kucing orang,” kata Ara.
Bagi mempertahankan diri, pihak MCM pula tampil mengeluarkan kenyataan berikut.
“Pihak kami masih berbincang lagi dengan ‘owner’ tentang harga yang kami tawarkan. Memang awalannya bila kami letak notis bahawa penuntut kucing akan dikenakan caj, kami sedar memang penuntut nantinya tidak akan berpuas hati walaupun dah diberi diskaun dan diberi butiran terperinci caj-caj tersebut.
“InsyaAllah, kami faham tentang halal/haram dalam berniaga dan sangat tak boleh ambil lebih daripada sepatutnya sebab itu kami bagi diskaun.
“Apa yang disediakan dan diberi kepada kucing tersebut selepas tiga minggu adalah di atas sayang kami kepada kucing tersebut dan anggap macam kucing kami sendiri.
“Barang-barang yang dicaj memang dah tak boleh dijual sebagai barang baru sebab dah terkesan dengan penggunaannya. Jadi, tak adil untuk kami jual kepada awam dan kami pun tak jual barang-barang terpakai.
“Ini adalah mesej semasa mula-mula ‘owner’ claim kucing tersebut. Semasa kami adakan perbincangan antara pengurusan, kami nak caj ikut standard boarding paling murah dari RM10 hingga RM15 (akan jadi RM900 lebih). Tapi berniaga bukan matlamat utama kami sebab tujuan berniaga sebagai muslim adalah untuk berikan kebaikan dan khidmat kepada masyarakat tak kira apa kaum dan agama.
“Apa-apa pun abang kepada penuntut akan hadir berbincang dengan salah seorang pemilik MCM dalam masa terdekat. Mohon tuan-tuan puan-puan tengok amaun-amaun tersebut dengan mata, akal, hati dan iman. Sama ada munasabah atau pun tidak,” kata pengendali laman Facebook MCM.
Sumber: Ara Lyana, Mieza Sharip, Meyaw Cat Mart
The post “Nak Share sikit. Adil ke saya kena bayar harga itu, walhal kucing saya hilang” appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/nak-share-sikit-adil-ke-saya-kena-bayar-harga-itu-walhal-kucing-saya-hilang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Sign Up Konon Nak Tolong Bukan Sikit Tapi Rm30k

Masa Sign Up Konon Nak Tolong Bukan Sikit Tapi Rm30k

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 477 hits
AIA INSURANS TAK BOLEH PAKAI PETRONAS PULA KENA TANGGUNG BEBAN Assalam all Aku terpanggil utk share benda yg aku rs rakyat Malaysia patut tau especially AIA clients Dah lama aku sabar Hari ni burst juga Aku harap kisah aku ni boleh jadikan ...
Video Brader Ni Tunjukkan Cara Nak Diamkan Anak Kucing Yang Suka Merayau

Video Brader Ni Tunjukkan Cara Nak Diamkan Anak Kucing Yang Suka Merayau

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 454 hits
Yang suka bela kucing tu mesti lecehkan bila rumah korang banyak sangat anak kucing Dah la suka merayau sekali merayau entah dalam kolong mana anak kucing tu menyorok Jangan jadi macam admin khayal punya hal ada anak kucing dibaham biawak m...
Air Kelapa Muda Minum Dengan Perlahan Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan Mungkin Itu Sihir Rileks Media

Air Kelapa Muda Minum Dengan Perlahan Kalau Rasa Nak Muntah Jangan Tahan Mungkin Itu Sihir Rileks Media

papar berkaitan - pada 6/12/2018 - jumlah : 525 hits
Anda mungkin pernah mendengar perkataan sihir atau santau Mangsa yang mengalaminya akan dibinasakan dengan perlahan lahan supaya dia menderita atau lebih dasyat berakhir dengan kematian dalam jangka masa tertentu Ngeri namun selagi ada usah...
Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

Bayi Sebulan Selalu Gapai Tangan Nak Ambil Mainan Itu Perkembangan Baik Tapi 5 Info Ini Mama Papa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 18/12/2018 - jumlah : 540 hits
Bayi mula mencapai objek dan menggapaikan tangan untuk mendapatkan sesuatu ialah satu perkembangan yang baik Ketahui 5 sebab aktiviti penting untuk perkembangannya dan apa yang perlu mama papa buat untuk menggalakkannya Perlu diketahui yang...
Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

Nak Bentuk Anak Lelaki Hebat 4 Perkara Ini Ibu Perlu Buat Sebab Itu Hubungan Kena Rapat

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 540 hits
Anak lelaki boleh jadi hebat kalau dididik dengan baik oleh si ibu Benar karakternya berlainan berbanding anak perempuan Namun jika dididik dari awal dan wujudnya hubungan rapat dengan si ibu anak lelaki boleh jadi insan yang hebat 4 sebab ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai