Nak Perintah Kedah Program Aidiladha Pun Kelam Kabut




Rakyat Kedah yang akan mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos ini digalakkan menilai prestasi kerajaan Pas-PN Kedah yang ketika ini kelam kabut dalam menyusun program sempena sambutan Hari Raya Aidiladha minggu hadapan.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar, kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebelum ini telah merancang program Sayangi Kedah Sejahtera pada 22 Jun – 28 Jun, namun kemudian diumumkan program lain pula mengisi slot waktu sama diadakan tanpa sebarang penjelasan.
“Pada 22 Jun ada satu program yang mulanya dicanang sebagai Festival Sayangi Kedah Sejahtera.
“Bermula 22 hingga 28 Jun, menjelang sehari sebelum Raya Haji. Bermakna dia akan berakhir pada hari wukuf. Hari ke sembilan Zulhijah di Malaysia.
“Program itu akan ada forum perdana, akan ada program berkaitan anak muda dan sebagainya.
“Tiba tiba sekarang keluar satu lagi program, pada tarikh sama, tempat sama iaitu di perkarangan Stadium Darul Aman, program berkaitan Ekspo Produk Halal Malaysia Negeri Kedah, Edisi Khas Aidiladha.
“Ini satu yang sangat mengejutkan kita semua. Tarikhnya sama iaitu 22 – 28 Jun,” katanya dalam satu siaran media.
Mahfuz yang juga Pengerusi Bersama Sekretariat Kerajaan Perpaduan Kedah itu berkata, pertindihan program tersebut menunjukkan betapa kelam kabutnya Perikatan Nasional Kedah melihat kebangkitan rakyat dan cuba mengadakan program yang bersesuaian dengan rentak kempen PRN menjelang bulan Julai.
“Bagi saya hal ini menggambarkan bagaimana nak merancang program sebegini pun kita lihat kelam kabut kepimpinan kerajaan Kedah.
“Forum orang yang sama berkaitan produk halal, sama dengan cadangan asalnya forum Sayangi Kedah Sejahtera dengan program tak berubah daripada cadangan awal dan terkemudian.
“Jadi saya fikir rakyat boleh menilai betapa tiada perancangan yang rapi dalam nak melaksanakan program (oleh kerajaan Pas Kedah),” katanya.
Kelam kabut itu, menurut Mahfuz perlu difikirkan secara matang oleh pengundi sebelum membuang undi pada PRN.
Katanya, jika untuk membuat program seminggu pun pentadbiran Sanusi menghadapi masalah apatah lagi jika diundi semula dan mentadbir negeri untuk 5 tahun ke hadapan.
“Kepada rakyat negeri Kedah peristiwa ini melihat betapa kelam kabutnya Kerajaan Negeri Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Sanusi Mohd Nor.
“Untuk buat program seminggu saja pun kelam kabut, macam mana nak rancang (pembangunan) Kedah untuk tempoh beberapa tahun akan datang,” katanya.
Tegas Mahfuz, rakyat perlu teguh berpegang kepada cogankata ‘Kalih Bagi Sama’ Kerajaan Perpaduan menjelang hari mengundi bagi mengelakkan kelemahan berterusan kerajaan PN menghantui Kedah untuk 5 tahun akan datang.
The post ‘Nak perintah Kedah, program Aidiladha pun kelam kabut’ first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36471?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=nak-perintah-kedah-program-aidiladha-pun-kelam-kabut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Umum Bantuan Rm8 9 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Kedah

Pm Umum Bantuan Rm8 9 Juta Untuk Institusi Pendidikan Islam Kedah

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 256 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan sebanyak RM8 9 juta bagi meningkatkan tahap dan mutu pendidikan di Kedah Katanya daripada jumlah itu sebanyak RM6 4 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudah...
Rm8 9m Allocated To Assist Kedah Islamic Education Institutions Pm

Rm8 9m Allocated To Assist Kedah Islamic Education Institutions Pm

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 182 hits
The government has allocated RM8 9 million to help Islamic education institutions in Kedah to further improve the level and quality of education in the state said Prime Minister Anwar Ibrahim He said of the amount RM6 4 million was allocate...
Sanusi Punya Hebat Dari No 3 Miskin Sekarang Kedah Jatuh No 2 Miskin Di Malaysia

Sanusi Punya Hebat Dari No 3 Miskin Sekarang Kedah Jatuh No 2 Miskin Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/6/2023 - jumlah : 182 hits
Akhirnya aku akui kehebatan Sanusi Dalam tiga tahun Sanusi jadi MB Kedah dia berjaya perbaiki kedudukan Kedah dalam senarai negeri termiskin Kalau dulu Kedah di tempat ketiga sekarang Sanusi dah berjaya membawa Kedah menjadi negeri kedua te...
Anwar Congratulates Kedah Ruler On Birthday

Anwar Congratulates Kedah Ruler On Birthday

papar berkaitan - pada 18/6/2023 - jumlah : 143 hits
KUALA LUMPUR Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim congratulated the Sultan of Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah on the Ruler s 81st birthday on Sunday Anwar said that he prayed for Sultan Sallehuddin and Sultanah ...
Mahdzir Tiada Panglima Umno Kedah Sertai Pn

Mahdzir Tiada Panglima Umno Kedah Sertai Pn

papar berkaitan - pada 21/6/2023 - jumlah : 352 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Umno menepis dakwaan panglima atau warlord parti itu di Kedah akan menyertai Perikatan Nasional sebelum PRN seperti didakwa Hamzah Zainudin Ketua Umno Kedah Mahdzir Khalid berkata dakwaan itu hanya permainan perse...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi