Nak Kulit Cantik Tanpa Jerawat Bukan Susah Hanya Buat Sebelum Tidur


Nak Kulit Cantik Tanpa Jerawat? Bukan Susah, Hanya Buat Sebelum Tidur! Tidur itu nikmat yang tidak terhingga nilainya. Tidur malam pula selain penghilang mengantuk, memberi manfaat yang cukup besar bagi anda yang ingin kulit cantik dan sihat.

Cara Hidup Sihat Setiap orang daripada kita dianugerahkan dengan kulit yang sihat, cantik dan licin. Jika tidak, masakan setiap bayi itu lahir dengan kulit yang lembut tanpa noda. Hanya apabila kita tidak menjaga cara hidup dan disebabkan persekitaran, membuatkan kulit wajah kita mudah bertukar rupa. Maka timbullah masalah seperti jerawat, jeragat, kedut dan sebagainya.

Disiplinkan Diri Untuk cantik kita perlu disiplinkan diri dan jangan malas. Merawat kulit tidak hanya pada waktu siang hari sahaja. Sebaliknya, waktu malam adalah waktu puncak dan berperanan besar dalam menentukan perubahan kulit muka terutamanya ketika anda sedang lena diulit mimpi. Justeru, adanya kaitan antara tidur dengan kecantikan.

TIDUR SEAWAL JAM 10 Cuba lihat bagaimana keadaan kulit wajah kebanyakan orang yang mengamalkan gaya hidup malam atau night life? Rata-rata yang tidak menjaga waktu tidur atau suka tidur lewat mempunyai masalah kulit sembap, kering, tidak bermaya, kulit kendur, tidak anjal dan nampak tua daripada usia sebenar. Walaupun waktu tidur disarankan lapan jam sehari, tetapi ia belum cukup bagus untuk kulit anda. Selain tempoh waktu tidur, pada jam berapa anda masuk tidur juga perlu dititikberatkan.

RUTIN CANTIK SEBELUM TIDUR Tabiat wanita yang suka tidur dengan mekap adalah tabiat yang sangat buruk, umpama mempersilakan penuaan menjengah ke kulit muka. Katanya sebelum masuk tidur, anda seharusnya memastikan kulit muka benar-benar dalam keadaan bersih. JIka mekap masih di muka, ia menghalang kulit untuk menyubur dan sel kulit tidak akan bertukar.
Sumber: Pesona Pengantin
Artikel Lain

Miliki Wajah Awet Muda Dengan 8 Petua Cara Islam Ini, Nak Amalkan Pun Mudah! Bagaimanakah untuk kekal muda dan berseri? Meskipun bertambahnya usia, banyak orang yang tidak mahu wajah kelihatan tampak tua. Hal itu membuatkan ramai berusaha untuk melakukan pelbagai cara agar memiliki wajah kekal awet muda.

Ikuti Cara Tradisional Jika anda ingin memiliki wajah yang tampak awet muda, anda boleh mengikuti cara orang-orang terdahulu. Seperti nenek anda, mereka bahkan hingga berumur lanjut masih tetap kuat menjalankan segala aktiviti. Maka anda perlu mengetahui tip daripada mereka. Selain mengamalkan petua lama, anda juga boleh amalkan pelbagai doa dan zikir untuk awet muda. Jangan mengubah tetapi pelihara dan mensyukuri nikmat yang dikurniakan Yang Maha Esa. In sha Allah jika yakin pada Allah dan pasang niat yang baik, maka baiklah jadinya.

Petua 1 Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi dengan selawat Nabi tiga kali. Amalkan urutan ini setiap hari.

Petua 2 Sejurus bangun pagi sebelum mandi dan menggosok gigi, minum air dan biarkan ia dalam mulut anda selama 10 saat sambil berselawat tiga kali. Kemudian, baharulah anda meneguknya. Air liur mempunyai enzim yang boleh menjadi ubat.

Petua 3 Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 Semasa berdandan di waktu pagi, bacalah selawat Nabi di kedua-dua tapak tangan dan sapukan ke muka berserta niat dalam hati agar diindahkan wajah anda seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi

Petua 5 Agar wajah muda daripada umur, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Setiap kali selepas solat Subuh, bacalah surah Yusuf, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah anda akan kelihatan muda daripada umur sebenar.

Petua 6 Hafal ayat 35-38 daripada surah Al-Waqiah. Baca dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah anda akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk di kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Elak mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
The post Nak Kulit Cantik Tanpa Jerawat? Bukan Susah, Hanya Buat Sebelum Tidur! appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/nak-kulit-cantik-tanpa-jerawat-bukan-susah-hanya-buat-sebelum-tidur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Masker Ini Sebelum Tidur Setelah 1 Minggu Anda Akan Takjub Wajah Jadi Bersih Tanpa Bekas Jerawat

Pakai Masker Ini Sebelum Tidur Setelah 1 Minggu Anda Akan Takjub Wajah Jadi Bersih Tanpa Bekas Jerawat

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 350 hits
Menjadi cantik dengan kulit putih alami secara instan merupakan dambaan bagi setiap pria maupun wanita Bahkan tak jarang bagi mereka yang menginginkan kulit cantik dan putih ini mengeluarkan biaya yang tidak sedikit hingga mencapai puluhan ...
Lakukan Gerakan Sederhana Ini Sebelum Tidur Maka Sakit Pinggang Punggung Bahu Dan Leher Akan Sembuh

Lakukan Gerakan Sederhana Ini Sebelum Tidur Maka Sakit Pinggang Punggung Bahu Dan Leher Akan Sembuh

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 433 hits
Olahraga sebenarnya adalah hal yang mudah untuk dilakukan Namun sayangnya masih banyak yang malas melakukan olahraga karena alasan susah bangun pagi atau mager Padahal nih manfaat olahraga itu banyak banget lho Nah kalau kamu sering merasa ...
Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

Jangan Buat 5 Benda Ni Pada Bayi Sebelum Masuk Tidur

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 556 hits
1 Terlalu banyak geletek dan bergurau Benda ni semua akan mengaktifkan sympathetic nervous system secara berlebihan Tu yang bayi tu jadi susah nak tidur 2 atau 3 jam sebelum tidur tu kita kena jadikan suasana sekeliling bayi tu senyap dan t...
Khasiat Baca Mu Awwidzat Sebelum Tidur

Khasiat Baca Mu Awwidzat Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 418 hits
Ada tiga surah yang bagus dibaca sebelum tidur yaitu Al Ikhlas Al Falaq dan An Naas Bagaimana caranya Lihatlah dalam kelanjutan bahasan Riyadhus Sholihin berikut ini
Nak Cantik Macam Janna Nick Nh Colla Plus 3 Rahsianya

Nak Cantik Macam Janna Nick Nh Colla Plus 3 Rahsianya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 958 hits
hai assalammualaikumManfaat NH Colla Plus 3 Untuk KulitNak Cantik Macam Janna Nick NH Colla Plus 3 Rahsianya Nad tau sekarang ramai yang ambil minuman kolagen tidak kira perempuan mahupun lelaki disebabkan khasiatnya yang mampu mengembalika...
Anak Yang Dah Terbiasa Dibacakan Buku Sebelum Tidur Boleh Jadi Cepat Pandai Dan Petah Bercakap

Anak Yang Dah Terbiasa Dibacakan Buku Sebelum Tidur Boleh Jadi Cepat Pandai Dan Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 25/11/2018 - jumlah : 469 hits
Membaca buku pada anak sebelum tidur sangat bagus terutama dalam merangsang otaknya Tak perlu tunggu anak masuk tadika untuk buat rutin ini Seawal setahun pun dah boleh mulakan walaupun anak masih belum memahaminya Bukan sahaja baik untuk p...
Ini 4 Wasiat Rasulullah Saw Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

Ini 4 Wasiat Rasulullah Saw Kepada Siti Aisyah Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 504 hits
Sayidah Aisyah termasuk istri yang paling dekat dengan Nabi SAW Bahkan tatkala beliau sakit menjelang wafatnya beliau minta izin pada istri istrinya yang lain agar merelakan dirinya untuk tinggal di rumah Aisyah Karena itu tidak heran jika ...
Kematian Sugra Dan Doa Penting Sebelum Tidur

Kematian Sugra Dan Doa Penting Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 384 hits
Tidur disebut sebagai wafat sugra atau kematian kecil Karenanya ada doa sebelum tidur yang terkait dengan hal ini yang bagus untuk dihafal dan ini adalah bahasan dari Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi rahimahullah
Baca Tasbih Tahmid Takbir Sebelum Tidur

Baca Tasbih Tahmid Takbir Sebelum Tidur

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 588 hits
Satu amalan ringan sebelum tidur adalah membaca tasbih tahmid dan takbir
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game