Nak Boikot Go F K Yourself Elon Musk Serang Syarikat Hentikan Iklan Di X Atas Tuduhan Anti Yahudi



Pemilik Space X, Tesla dan laman X itu membalas ugutan terhadapnya oleh lobi Zionis dan beberapa syarikat besar di Amerika Syarikat. (Malaysia Now) – Bilionair terkemuka Elon Musk hari ini menyerang syarikat-syarikat yang mengancam menarik balik pengiklanan mereka dalam X (dahulunya Twitter), susulan tuduhan beliau menyokong pandangan anti-Yahudi di platform media sosial miliknya.
Musk ditanya mengenai lawatannya baru-baru ini ke Israel di mana beliau menyatakan pendirian bersimpati dengan regim Zionis itu ketika dibawa melihat sendiri kawasan yang didakwa dimusnahkan tentera Hamas pada 7 Oktober lalu.
Ditanya sama ada lawatan itu sebagai tanda permohonan maaf beliau kepada pengkritik dan pihak yang mengugut untuk memboikot X, Musk membalas: “Go f**k yourself (pergi mampuslah),” katanya pada Sidang Kemuncak Dealbook anjuran akhbar The New York Times, acara tahunan yang kali ini turut memaparkan Bob Iger, Ketua Pegawai Eksekutif Walt Disney yang baru-baru ini mengumumkan untuk berhenti beriklan di X.
“Tak payahlah beriklan. Nak cuba peras ugut saya dengan pengiklanan, ugut saya dengan duit, go f**k yourself,” kata Musk.
Beliau kemudian mengulangi ayat itu, kali ini dengan menyasarkan kepada Iger.
“Go f**k yourself. Jelas tak? Hai Bob, kalau anda hadir sama di sini.”
Pada 15 Nov, Musk yang selama ini cuba bersikap neutral terhadap konflik di Palestin, membalas tweet oleh seorang pengguna X yang menyelar golongan Yahudi kerana cuba menyebar kebencian terhadap orang kulit putih.
Musk bersetuju dengan pandangan itu, dan berkata: “Itu memang kebenaran hakiki”.
Kiriman Musk itu menerima kecaman lobi Yahudi dan Zionis di Amerika Syarikat, yang kini berdepan protes besar-besaran rakyat negara itu yang dilihat semakin menolak naratif Israel di sebalik serangan besar-besaran di Gaza yang mengorbankan lebih 14,000 penduduk Palestin, sebahagian besarnya kanak-kanak.
Susulan serangan lobi Yahudi, Musk berangkat ke Israel di mana beliau ditemani Perdana Menteri Benjamin Netanyahu melawat apa yang didakwa Israel merupakan sebuah perkampungan Yahudi yang dimusnahkan Hamas.
Musk juga dilaporkan tidak meneruskan hasratnya membekalkan khidmat internet satelit Starlink di Gaza untuk memudahkan komunikasi dalam usaha bantuan kemanusiaan di wilayah itu.
Komen Musk, yang didakwa sebagai “anti-semitik”, dibuat ketika beberapa syarikat gergasi termasuk Apple, IBM dan Coca-Cola bertindak menarik balik pengiklanan di platform X, dengan alasan platform itu dipenuhi komen bersifat “pro-Nazi” dan “anti-semitik”.
Tindakan itu dikatakan akan menyebabkan X, yang dibeli Musk pada harga AS$44 bilion tahun lalu sebelum menggantikan nama Twitter dengan X, kerugian lebih AS$75 juta dari pendapatan pengiklanan.
Sementara itu dalam sesi temu bual yang sama, Musk mengakui tersilap memuat naik komennya yang dianggap “anti semitik”, menyifatkannya antara komen “paling bodoh” dimuat naik beliau di X.
“Bila fikir balik, sepatutnya saya tidak menjawab kepada orang itu sahaja, dan sepatutnya menjelaskan dengan panjang lebar apa yang saya maksudkan,” kata Musk.
“Tetapi penjelasan itu tidak diendahkan oleh media dan pada dasarnya saya memberikan peluru kepada mereka yang membenci saya, dan kepada mereka yang anti semitik. Untuk itu, saya minta maaf kerana itu niat saya.”
Lobi Israel di Barat kerap menuduh pengkritik regim Zionis sebagai anti-semitik, label yang turut pernah dilemparkan terhadap bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad satu ketika dulu kerana membidas penindasan Israel ke atas rakyat Palestin.
https://www.malaysianow.com/my/news/2023/11/30/nak-boikot-go-fk-yourself-elon-musk-serang-syarikat-hentikan-iklan-di-x-atas-tuduhan-anti-yahudi  


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/11/30/nak-boikot-go-fk-yourself-elon-musk-serang-syarikat-hentikan-iklan-di-x-atas-tuduhan-anti-yahudi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Did Elon Musk Get Special Treatment Pkr Rep Raises Poser

Did Elon Musk Get Special Treatment Pkr Rep Raises Poser

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 258 hits
PARLIAMENT A Pakatan Harapan representative has queried if a telecommunications company owned by Elon Musk was given special treatment by the government Hassan Karim today claimed that broadband provider Starlink is allowed to operate fully...
Kalau Nak Boikot Jangan Pi Kerja Kilang Amerika

Kalau Nak Boikot Jangan Pi Kerja Kilang Amerika

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 133 hits
MALAYSIA meraih pelaburan sebanyak RM63 02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim Daripada jumlah itu pelaburan sebanyak RM8 33 bilion adalah dar...
Hentikan Dahulu Igauan Nak Tebuk Atap Pm Tegur Takiyuddin

Hentikan Dahulu Igauan Nak Tebuk Atap Pm Tegur Takiyuddin

papar berkaitan - pada 29/11/2023 - jumlah : 153 hits
HarapanDaily comSITI NUR ZAWANI Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perikatan Nasional menghentikan igauan mereka mahu mengambil alih kerajaan secara tidak sah Perdana Menteri berkata pembangkang seharusnya sedar dengan kedudukan mereka yang k...
Gus Yahya Gerakan Boikot Produk Pro Israel Penting Tapi Bukan Jalan Keluar

Gus Yahya Gerakan Boikot Produk Pro Israel Penting Tapi Bukan Jalan Keluar

papar berkaitan - pada 21/11/2023 - jumlah : 183 hits
Harus dicari jalan yang lebih masuk akal agar kekerasan terhadap Palestina bisa dihentikan
Mmmmm Boikot Barang Tertentu Saja Kah

Mmmmm Boikot Barang Tertentu Saja Kah

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 172 hits
ADAlah juga sikit sikit sumbangan untuk mengubah nasib rakyat Palestine di Gaza unnnn sibuk boikot mekdi dan nesleee
Yang Sokong Tapi Tak Sokong Boikot

Yang Sokong Tapi Tak Sokong Boikot

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 113 hits
Mungkin poster PAS kemenangan akan sirna untuk Palestin tu disengajakan Bukanlah satu kesilapan Sebab apa aku kata begitu sebab lebai ajak boikot Coldplay tapi kata tak mampu boikot Mercedes Sedangkan Coldplay sokong Palestin dan Mercedes p...
21 Hari Cukup Latih Diri Boikot Produk Isr43l Tv Pertiwi 29 11 2023

21 Hari Cukup Latih Diri Boikot Produk Isr43l Tv Pertiwi 29 11 2023

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 304 hits
Pakar Motivasi Dr Azuraida Shahadan mendakwa masih belum terlambat bagi umat Islam untuk melakukan boikot terhadap produk berkaitan Isr43l Azuraida berkata terdapat kaedah tertentu yang mampu diamalkan jika masyarakat serius mahu merencatka...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord